Friday, July 29, 2011

Happy Birthday Sayang...

Assalamualaikum....
26/7/2011 lepas hari lahir putera sulung kami,dah 6 tahun umur Syafiy,rasa kejap je besar anak teruna mama ni,tak lama lagi dah nak kena 'potong' hehehe ..(menyesal pulak tak bagi sunat terus masa baby hari tuh,InsyaAllah lepas ni kalau ditakdirkan dapat baby boy lagi mama akan bagi sunat terus.)Mama,papa dan adik-adik doakan semoga abangSyafiy jadi anak soleh yang beriman,berilmu dan bertakwa,mujahid yang terbilang.Menjadi contoh yang terbaik buat adik-adik yang lain.We love you so much honey...
Birthday tahun ni mama tak sempat nak buat kek macam tahun lepas untuk abang Syafiy.Tahun ni Syafiy celebrate kat sekolah pada hari jumaat,4 hari sebelum birthday sebab dekat sekolah teacher buat sambutan beramai-ramai students yang lahir bulan 6 dan 7.Hari jumaat tuh cuma belikan sebiji kek je.Door gift mama bagi masa birthday syafiy.Mariam tak bagi sekali dengan kek tuh sebab biasanya pada hari tuh banyak door gift yang students akan dapat.Nanti diaorang tak makan pulak.Tahun ni papa belanja makan mee udang dekat sungai dua,yang bestnye nenet dan atuk pun ada sekali (mama suka sangat2 sebab bulan ni 2 kali atuk dan nenet datang penang.Ma dan abah dah 2 kali datang penang,kami tak balik-balik pun lagih..huhuhu)

Kek ready made,yang ni je ada masa pergi beli hari tu,kalau tempah mesti lagi cunkan...Untuk anak-anak di Tadika Cahaya Comel,ada 70 kesemuanya...:-) (Encik suami tanya tak ada cekedis ke...isshhh,anak2 sendiri kita tak bagi makan,takkan nak bagi makan dekat anak2 orang lain pulakkan...hehehe)

Thursday, July 21, 2011

Kek Karemel

Assalamualaikum....
Dah lama tak update,macam busy je..hehehe..Hari ni pepagi lagi,dalam pukul 5.20 suami dah bertolak ke kl,InsyaAllah malam nanti balik penang semula.Hari ahad nanti kena pergi lagi,adoiii...kesian sungguh,nak buat macam mana kan,sampai anak-anak cakap papa ni asyik-asyik pergi kl je,kalau pergi australia tak pela jugak..(ayat belakang tuh mama yang tambah..hahaha).Okla tak yah sedih-sedih,jom kita layan kek karemel kat bawah nih.Kek nih dah lama sangat dalam wishlist,sebelum syadza lahir lagi.Memandangkan mixer dah kong masa nak buat benda ni,jadi kena hold dulula.Masa ma datang baru-baru nih ma bawakkan mixer baru,jadi apa lagi apam dot-dot dan kek karemel pun jadila kenyataan...=) Resepi nanti mariam letak lain kali ye...:)

Tuesday, July 12, 2011

Ais Krim Goreng

Assalamualaikum....
Minggu lepas ma dan abah datang rumah,happy sangat sebab tak sangka ma dan abah akan datang sini dulu sebelum pergi kenduri rumah mak cik (cik tie) dekat shah alam.Minggu lepas jugak suami pergi kl (isnin) dan rabu baru balik,rabu pulak ma dan abah sampai. Lumrah alam,setelah tiba kesedihan pasti kegembiraan akan menyusul.Yes,I'm super happy ma dan abah datang sebab sebelum tu rindu sangat-sangat dekat ma abah.Mula-mula ingatkan nak pergi sekali dengan ma n abah kenduri rumah cik tie,tapi suami pulak ada meeting hari jumaat dan sabtu,tak dapatla nak tengok rumah baru cik tie.Dahla malam sabtu tu diaorang buat bbq rumah ayah chik,kiranya family gathering la nih sebab semua ada,kami je yelekk,sedih sungguhhh :-(
Khamis tu penang cuti sempena hari warisan,jadi suami tak kerja dan kami semua ke pulau (kalu suami tak cuti pun kami akan ke sana jugak..hehe) Mai sini kalau tak pekena nasi kandar memang tak sahla kan,masa mengandungkan Syadza,antara menu yang selalu duk makan nasi nila.Sampai my sis kata jangan baby ikut macam orang yang dok jual nasi kandar sudah..hehe..Sebelum nih mariam memang tak suka pun nasi kandar nih,satu hari tuh suami cakap yang kawan dia hari-hari makan nasi kandar,mariam pun cakap eh,dia tak muak ke?Komen sangat kat orang,aahh ambekk time peggy Syadza kena atas batang hidung sendiri..;-)

Okla,pasal menu kat bawah ni buat untuk 2S,buat 3 bijik je sebab nak test jadi ke tak.Alhamdulillah jadi,2S ni berebut makan dan request nak lagi.Nasib baik senang je nak buat.Mariam tengok resepi dekat mana entah,kat blog orang ke atau myresepi,lupa pulak ('',)

Mariam buat tiga segi,kebanyakkan orang lain mariam tengok buat bulat.Malas nak buat bulat sebab malas nak masak kuih lain dengan lebihan roti yang dipotong tuh.Takkan nak buang pulak kan.

~Resepi~
~Bahan-bahan~
~Roti (mariam potong bahagian tepi )
~Ais Krim

~Cara-cara~
1.Roti digelek hingga nipis,letakkan ais krim dan lipat dua.Gunakan air untuk lekatkan bahagian tepi.
2.Masukkan ke dalam freezer,dalam 3-4 jam atau hingga roti ni keras.Goreng dengan api yang sederhana.(Pastikan minyak panas dulu baru keluarkan roti ni dari peti ais dan terus goreng,goreng kejap je)
3.(Nak makan baru goreng kalau tak ais krim cair)

Friday, July 8, 2011

Nur Sarra Boutique

Assalamualaikum....
Kali ni mariam nak promote pasal blog business terbaru adik-adik,mariam tukang menyibuk je,tolong sikit-sikit mana patut dan tolong cari customer.Baru 2 minggu beroperasi,jomla jemput ke blog business kami.Setakat ni kami tawarkan nursing cloth (baju menyusu),baju,perfume,produk kecantikan SKll, produk kecantikan Clinique.InsyaAllah nanti kami akan tambah collection dari masa ke semasa...Jommm...


Tuesday, July 5, 2011

Lempuk Durian

Assalamualaikum...
Hari tu durian yang mak tok bagi banyak sangat jadi mariam buat lempuk,kalau buat lempuk ni boleh tahan lama.Bertahun-tahun pun tahan kalau simpan dalam peti ais.Biasanya kalau lempuk ni mariam akan buat kuah lempuk makan dengan roti jala.Kalau buat pun suami dan anak-anak je yang makan,mama dia nih tak tahu kenapa tak boleh nak telan kalau roti jala cicah dengan kuah lempuk ni,mesti nak kena cicah dengan kari atau kuzi jugak.Mungkin sebab dari dulu lagi dah biasa makan macam tu kan...Biasanya kalau buat menu ni,mariam akan cicah dengan roti biasa jela.Okla jom layan gambar lempuk,mariam guna oven untuk buat lempuk nih,sangatla sempoi dan senang.Walaupun makan masa yang lama tapi dapur kita tak bersepah dan tak perlu penat mengacau,kalau masak dapur biasa ni kita tak boleh nak tinggal,nanti hangit pulak..(''_'')Sebelum
Sesudah...

~Resepi~
~Bahan-bahan~

~Durian yang dibuang biji
~Gula (ikut citarasa)

~Cara-cara~
1.Durian digaul dengan gula dan bakar pada suhu 150'c (bergantung pada kepanasan oven masing-masing,jangan terlampau panas nanti cepat hangit)
2.Selepas sejam,gaul semula sampai sebati,bakar lagi dengan suhu yang sama,dan turunkan suhu dan masa membakar apabila nampak dah nak masak.Ulangi langkah ini sehingga durian bertukar warna coklat.(Bila dah masak durian/lempuk tak akan melekat)

Friday, July 1, 2011

Ayam Lada Hitam Bermadu

Assalamualaikum...
Ayam ni masak hari ahad lepas,buat nasi ayam lada hitam bermadu,nasi mariam tak ambik gambar sebab dah biasa dah menu nasi ayam ni kan,cuma tang ayam tu first time mariam buat cam tu ,sebab biasanya kalau nasi ayam mariam cuma buat ayam madu je,kali nih ubah pesen skit..Lain kali boleh cuba ayam tomyam bermadu ke,ayam kari bermadu ke,best jugak gu dengan nasi ayam ni kan..:-)
Hari ni encik suami balik awal sebab dekat penang depa nak buat demonstrasi bantahan BERSIH..Entah apa-apa kan,lantak pi la depa nak buat demonstrasi BERSIH tu,nak pi bantah-bantah buat apa kan..Mesti depa nih dapat duit kan,kalau tak takkanla nak buat keja-keja yang tak de faedah tuh...Lawak sungguh bila tengok iklan digi,patung tu pun kena tangkap sebab pakai baju kuning,last-last kena tukar pakai baju biru..Malaysia..Malaysia...Satu lagi iklan yang dok kondem BERSIH ni,(yang Bell berlakon) depa ni takut sangat,kata negara demokrasi,tapi orang nak buat demonstrasi aman pun tak boleh,konon-konon takut jadi huru-hara,yang jadi huru-hara tuh sebab depa dok pi tangkap orang masuk truck tu yang menyebabkan orang jadi marah,kalu tak mesti tak ada apa-apakan...ishh..ishh..ishh..Ni nak pi dok Australia nih...(ayat mcm mengada-ngada dan lupa asal usul je..hahaha...) Tapi ok juga depa nak buat demonstrasi bantahan tu,sebab boleh cik abangku balik awal hari nih..hehehe...
Makan dengan nasi ayam...nyamm..nyamm..('',)

~Resepi~
~Bahan-bahan~

~Ayam (setengah ekor)
~1 biji bawang besar
~2-3 ulas bawang putih
~1 inci halia
~2-3 sudu besar sos tiram
~3-4 sudu besar kicap
~2-3 sudu besar sos lada hitam(mariam guna life)
~2 sudu besar madu
~1 sudu besar@ 1 sudu kecil serbuk lada hitam
~Garam secukupnya
(kepedasan ikut citarasa..)

~Cara-cara~
1.Kisar bawang besar,bawang putih dan halia.Kemudian bahan kisar dicampurkan dengan sos tiram,kicap,sos lada hitam,madu,serbuk lada hitam dan garam.Rasa dulu,kalau semua dah ok baru gaulkan dengan ayam.
2.Perap selama 1 jam atau lebih,kemudian bolehla dibakar dengan suhu 180'c selama 1 jam/hingga masak.(Sos perap yang lebih mariam masak dan bila dah pekat mariam lumur atas ayam bila ayam dah 3/4 masak.)