Kali ni mariam nak cerita sedikit pengalaman mariam bersalin di Perth tahun 2005,2 hari lepas mariam dapat message dari seorang kenalan baru bertanyakan pengalaman mariam bersalin cara squatting position (posisi mencangkung).Kawan mariam ni dapat tahu mariam pernah bersalin cara ni dari Dr. Siti Nawwal (my sis)
Bersalin menggunakan teknik mencangkung ni merupakan posisi yang terbaik untuk proses kelahiran.Teknik mencangkung memudahkan kelahiran disebabkan bukaan pelviks lebih lebar dan tarikan gravity dapat memudahkan baby keluar.Tetapi teknik squatting nih agak meletihkan sekiranya tiada latihan dibuat sebab kita meletakkan banyak beban dekat kaki.Tetapi kalau kita biasa buat latihan,cara ni lebih mudah.Sebenarnya banyak lagi teknik untuk bersalin yang dilakukan di negara-negara luar,tetapi dekat negara kita ni kita biasa dengan cara supine/horizontal (baring).
Boleh tengok dekat SINI teknik-teknik bersalin yang lain...
Alhamdulillah,masa anak pertama,26 Julai 2005 (Syafiy) mariam berpeluang merasa bersalin di Peth,Australia (King Edward Memorial Hospital). Masa dekat sana dulu kami disarankan untuk pergi ke kelas antenatal yang disediakan dekat hospital secara percuma,tapi disebabkan masa tuh kami sibuk lagi dengan kelas dan hospital ni agak jauh jugak dari rumah jadi kami tak pernah pergi mana-mana kelas yang berkaitan dengan childbirth.Rasa macam rugi jugakla sebab tak dapat merasai pengalaman tuh.
Sebenarnya semasa bersalinkan Syafiy dulu nak kata mariam guna teknik squatting sepenuhnya pun tidak sebab mariam lebih kepada teknik hands n kness (posisi melutut) dan teknik leaning on the birth ball (tak guna birth ball,tapi mariam guna big pillow) Memandangkan ini pengalaman pertama dan masih samar-samar lagi dengan apa yang akan berlaku dalam proses kelahiran masa tu,jadi apa yang disurah oleh midwives mariam ikut je.
Syafiy lahir lambat 2 hari dari due date,pada hari isnin seperti biasa mariam,suami dan ma (masa tu ma dah sampai dari Malaysia) pergi hospital check up untuk 40 weeks,memandangkan baby dah melebihi dari tarikh jangkaan dan semua midwives pelik sebab perut mariam kecik tapi berat baby dah 4 kg (+-600g),jadi kes ni dirujuk kepada doctor,selepas doctor check dan semuanya baik,mariam terpaksa jugak kena tahan di ward hari tuh.Mula-mula boring jugakla sebab duduk dalam bilik sorang-sorang dan tak sakit apa-apa lagi masa tu.Suami dan ma balik rumah dalam pukul 10 malam,dalam pukul 11 malam perut mariam mula sakit.Alhamdulillah, contractions dah bermula,pukul 12 lebih midwife masuk bilik dan tengok mariam dah start sakit.Mula-mula dia tanya nak masuk labor room tak,mariam cakap tak nak lagi.Dalam pukul 1 lebih dia datang lagi tanya dan suruh mariam turun bawah masuk berehat dalam labor room.Midwife nak ambik kerusi roda,tapi mariam cakap masih boleh jalan,jadi jalanla slow macam kura-kura,mariam mintak maaf dekat midwife tu sebab kena teman mariam jalan slow-slow,dia cakap tak apa,memang semua orang macam ni…hehehe
Turun bawah masuk labor room,duduk kejap lepas tuh midwife datang tanya nak berendam dalam pool tak,dia cakap boleh redakan kesakitan.Mariam kata nak,dalam hati isshhh pukul 1 lebih buat keje-keje macam ni,tak pela bila lagi kan..hehehe.Dekat sejam berendam,kulit pun dah kecut,badan pun dah sejuk mariam pun keluar dan pergi masuk labor room semula.Setengah jam sekali midwife datang tanya nak suruh dia contact family tak.Mariam cakap tak payahla,kesian dekat suami dan ma,seharian temankan mariam dekat hospital,biarla suami dan ma balik berehat.Contractions kejap datang kejap hilang,dalam pukul 6.30 pagi suami dan ma dah sampai hospital,lega rasanya sebab dah ada peneman,kalau tak bosan jugak duduk layan sakit sorang-sorang Midwife suruh mariam jalan-jalan untuk cepatkan proses bersalin.Dalam labor room kat sana sangat-sangat la best,dahla besar (rasanya besar dari rumah yang mariam duduk kat sana) dan macam-macam ada,disediakan jugak birth ball untuk duduk atas tuh sambil henjut-henjut.Dekat sana kita boleh mintak apa je kita nak semasa proses kelahiran berlaku,macam kita nak suruh pasang lagu ke, tv ke apa-apa jela yang boleh menenangkan kita masa nak bersalin nanti.Kita juga boleh mintak nak bersalin dengan posisi yang mana dan nak bersalin dekat mana,macam nak bersalin dalam pool ke(menyesal pulak mariam tak pilih teknik nih dulu,dulu ada ke patut dok fikir takut baby lemas…kes tak study lah nih…huhuhu).Sebelum tuh kita perlu bagitahu siapa yang akan teman kita masa dalam labor room,tak kisahla berapa orang kita nak (satu kampung pun boleh kot...hehehe)
Bila dah tengah hari contractions makin dekat dan makin sakit,walaupun sakit makin kerap tapi air ketuban masih belum pecah,jadi midwife ambil keputusan untuk pecahkan,lepas air ketuban keluar sepenuhnya,rasa sakit makin kerap.Mariam tak ambik sebarang ubat cuma mariam try Etanox (campuran gas nitrus oksida dan oksigen) sempat sedut 3-4 kali je sebab mariam akan rasa khayal dan tak boleh nak sebut nama Allah lepas pakai gas tuh,menyebabkan rasa lagi sakit.Dalam pukul 3, midwives dan suami papah mariam turun dari katil dan melutut di lantai yang dah disedikan bantal yang besar.Berada dalam posisi ni mariam rasa lebih selesa,jadi bermulala proses bersalin yang sebenar-benarnya.Dibantu oleh 3 orang midwife,suami dan ma dalam pukul 4.30 petang baby selamat keluar.Semasa proses baby nak keluar,ketua midwife suruh suami sambut baby,tapi mariam tak bagi sebab nak suami ada depan muka mariam (sekarang ni memang menyesal sangat-sangat sebab tak bagi suami rasa pengalaman sambut baby masa tuh) masa tu suami cuma dapat potong tali pusat baby je.Mariam rasa terharu sangat-sangat sebab suami dan ma sokong 200% masa proses bersalin nih,kami sama-sama push,sama-sama keluar air mata(suami tak nangisla,cuma ma dan mariam je…hehehe) suami dan ma sanggup tak makan sebab temankan kat sebelah.
Selepas semua selesai,midwife tunjukkan kami placenta baby dan terangkan benda-benda yang berkaitan,macam tempat baby duduk,saluran darah,saluran makanan dan banyak lagi.Cara kerja midwife kat sana sangat-sangatla friendly dan supportive, kami rasa dekat sangat dengan diaorang,kalau ada 10 bintang,10 bintang kami bagi dekat diaorang. Mariam ingat lagi kata-kata ma “kalaula macam nih cara bersalin dekat sini dan macam ni midwife layan patient, tiap-tiap tahun bersalin kat sini pun tak apa” (kalau ma duduk perth mesti adik beradik mariam ramai lagi…hehehehe).Selama 6 hari mariam berkampung kat hospital,memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.Terpaksa tinggal lama di hospital sebab baby ada sedikit masalah masa tu,Alhamdulillah masalah tak berlarutan.
P/S:Nila serba sedikit pengalaman mariam bersalin dekat sana dulu,harap dapat kongsi serba sedikit dengan Kak Najwa….
bagus ye kat sana.. mcm2 posisi boleh pilih utk bersalin.. kat m'sia belum bersedia lagi kot nak buat mcm tu... nak kena ada latihan juga tu...
ReplyDeletetula kak,posisi mana2 kita boleh pilih,yang paling best tuh sebab bidan2 kat sana sangat2la baik,senyum memanjang...kalau kita kat sini ikut cara keja kat sana kan bagus,yg baik elok kita ikut kan,tak salah.Betul tak kak...:)tapi kat sini pun banyak yang kerja cara profesional kan...:)
ReplyDeletenak tanyalah mariam..cost bersalin kat hospital berpa ye?
ReplyDeleteKenapalah semua hospital kerajaan di Malaysia asyik suruh para ibu bersalin secara berbaring? Bukankah lebih baik ada pilihan bersalin secara melutut? Dapatlah suami berdiri di belakang isteri untuk sambut bayi yang keluar dari lubang ibunya...
ReplyDelete