Tuesday, June 21, 2011

Kuih Muih

Assalamualaikum...
Kuih muih yang dibuat minggu lepas,ingat nak update satu-satu tapi memandangkan masa nak mengadap benda alah nih tak berapa nak ada,jadi letakla sekali arong je.Sekarang kena merajinkan diri buat kuih-muih sebab kesian tengok anak-anak dok makan roti dengan biskut je waktu petang.Dalam hati sekarang tengah membuak-buak nak buat apam dotdot tuh lepas tengok makcikku Cik Tie tengah dihujanni dengan tempahan apam dotdot tuh,meriah tengok dekat blog dia.Tapi kena sabar bebanyak sebab mixer tengah sakit,bilerla boleh baik pulih mixer tuh :( Kalau dapat buat mesti 2S nih suka sangat sebab cantik.Okla jomla layan kuih yang mama 3S buat minggu lepas,tak banyak jenis pun..('',)Kuih serimuka,guna resepi Kak MadihaCempedak goreng,guna tepung beras+kapur+kelapa putih+kunyit hidup (tumbuk ambik air dia)/serbuk kunyit,+garam+gula.
Roti GorengRoti goreng guna resepi roti puri,letak inti kacang hijau kat dalam ('',)

~Resepi ~
(Yatiezaini)
~Bahan-bahan~ 12 biji

~2 cwan tepung gandum
~1 sudu kecil yis mauripan
~1/2 sudu kecil garam *
~3 sudu makan minyak masak *
~2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
~175 ml air panas *
~40-50ml air
~minyak utk mengoreng

~Cara-cara~
1. satukan bahan bertanda (*) n panaskn ..kacau sehingga gula hancur n tutup api
2. satukan tepung n yis .. gaul
3. no. 1 dimskkn kedlm no.2 .. dan digaul dgn mgunakan garfu .. sehingga bercampur shj
4. dgn mgunakn tangan gaul adunan mjadi spt ~ breadcrumb~
5. Tambah air sedikit2 . adun hingga x melekat kat tgn n mjadi doh ...
6. Biarkan doh selama 30 minit --- pastu blhler doh dibahagikan kpd 12 bhgian
7. Letakkan inti.
8. Siap utk digoreng ...

2 comments:

  1. salam mariam.. huiii.. byknyer kuih... mcm2 ada..

    oh rupanya roti goreng td tu yer... rajin mariam buat serimuka akak tu... oh ya.. nak bagi cantik permukaan tu.. lenkali leh tutup loyang dengan aluminium foil.. licin jer kuih mcm kuih akak buat baru ni.. kuih general mahbob... pernah dengar tak nama kuih tu?

    ReplyDelete
  2. Salam kak,tak banyak mana pun kuih mariam buat,kuih senang2 je..hehe
    ooo,kena tutup dengan aluminium foil ye,tula mariam tgk cantik je kuih akak tuh,kuih general mahbob tuh first time mariam dengar,pelik pulak nama tuh,tp nampak memang sedap..:)

    ReplyDelete