Tuesday, July 12, 2011

Ais Krim Goreng

Assalamualaikum....
Minggu lepas ma dan abah datang rumah,happy sangat sebab tak sangka ma dan abah akan datang sini dulu sebelum pergi kenduri rumah mak cik (cik tie) dekat shah alam.Minggu lepas jugak suami pergi kl (isnin) dan rabu baru balik,rabu pulak ma dan abah sampai. Lumrah alam,setelah tiba kesedihan pasti kegembiraan akan menyusul.Yes,I'm super happy ma dan abah datang sebab sebelum tu rindu sangat-sangat dekat ma abah.Mula-mula ingatkan nak pergi sekali dengan ma n abah kenduri rumah cik tie,tapi suami pulak ada meeting hari jumaat dan sabtu,tak dapatla nak tengok rumah baru cik tie.Dahla malam sabtu tu diaorang buat bbq rumah ayah chik,kiranya family gathering la nih sebab semua ada,kami je yelekk,sedih sungguhhh :-(
Khamis tu penang cuti sempena hari warisan,jadi suami tak kerja dan kami semua ke pulau (kalu suami tak cuti pun kami akan ke sana jugak..hehe) Mai sini kalau tak pekena nasi kandar memang tak sahla kan,masa mengandungkan Syadza,antara menu yang selalu duk makan nasi nila.Sampai my sis kata jangan baby ikut macam orang yang dok jual nasi kandar sudah..hehe..Sebelum nih mariam memang tak suka pun nasi kandar nih,satu hari tuh suami cakap yang kawan dia hari-hari makan nasi kandar,mariam pun cakap eh,dia tak muak ke?Komen sangat kat orang,aahh ambekk time peggy Syadza kena atas batang hidung sendiri..;-)

Okla,pasal menu kat bawah ni buat untuk 2S,buat 3 bijik je sebab nak test jadi ke tak.Alhamdulillah jadi,2S ni berebut makan dan request nak lagi.Nasib baik senang je nak buat.Mariam tengok resepi dekat mana entah,kat blog orang ke atau myresepi,lupa pulak ('',)

Mariam buat tiga segi,kebanyakkan orang lain mariam tengok buat bulat.Malas nak buat bulat sebab malas nak masak kuih lain dengan lebihan roti yang dipotong tuh.Takkan nak buang pulak kan.

~Resepi~
~Bahan-bahan~
~Roti (mariam potong bahagian tepi )
~Ais Krim

~Cara-cara~
1.Roti digelek hingga nipis,letakkan ais krim dan lipat dua.Gunakan air untuk lekatkan bahagian tepi.
2.Masukkan ke dalam freezer,dalam 3-4 jam atau hingga roti ni keras.Goreng dengan api yang sederhana.(Pastikan minyak panas dulu baru keluarkan roti ni dari peti ais dan terus goreng,goreng kejap je)
3.(Nak makan baru goreng kalau tak ais krim cair)

No comments:

Post a Comment