Assalamualaikum..
Lama tak update blog ni,rasa rindu pulak..tapi apakan daya,komitment untuk benda lain perlu didahulukan..Kali ni bukan gambar masak-masak yang mariam nak tunjukkan,tapi nak promote sikit business yang mariam buat secara online.Sarra Butik milik mariam dan adik melangkah selangkah lagi untuk memasarkan kain pasang english cotton.Pada kawan-kawan yang berminat bolehla oder dengan kami.Kain yang kami tawarkan ialah kain imported yang berkualiti tinggi,tidak luntur setelah dibasuh,tidak singkat apabila dibasuh,tidak berbulu dan kain yang sejuk dipakai.Harga yang berpatutan,dan InsyaAllah antara yang rendah di pasaran.Kesemua untuk batch pertama ni mariam upload 22 corak kain,tapi sekiranya ada gambar yang tidak kelihatan bolehla tengok di facebook kami Sarra Butik.Untuk pembelian 6 helai ke atas kami tawarkan harga borong.Kami juga sangat mengalu-alukan sesiapa yang berminat nak jadi egen kami.Okla sampai sini sahaja dulu,jomla LIKE page SARRA BUTIK boleh kita berkenalan dan chit-chat kat sana...Jangan malu-malu ye...^-(*_*)-^
Tuesday, September 11, 2012
Tuesday, July 10, 2012
Nasi Lemak Kunyit
Assalamualaikum...Menu makan malam untuk malam ni,fuhhhh...lama tak masak nasi untuk makan malam,memandangkan hari ni semua tak makan nasi lagi,jadi mama masak nasi untuk dinner.Kali pertama tengok nasi lemak kuning ni masa pergi pasar malam,sebelum ni pernah masak nasi lemak biasa dan pandan je...Best jugak sebab mariam guna kunyit hidup,tak letak pun serbuk kunyit atau pewarna kuning...Mariam letak resepi untuk nasi je ye,sambal tu resepi dia macam biasa...kenapa ye,kalau nasi lemak yang orang jual tu sambal dia cair,sambal sikit je,ayaq yg banyak...tak syokkk langsung....:-(
~Resepi~
Nasi:
~Beras (basuh dan toskan)
~Santan
~Halia
~Bawang besar
~Kunyit hidup (kisar/tumbuh kemudian tambah air.Tapis dan ambil airnya)
~Garam dan gula
~Daun pandan
Cara-cara:
~Masak nasi seperti biasa,biasanya mariam masak dulu nasi,bawang besar,daun pandan,halia dengan air kunyit,bila dan nak kering masukkan santan,garam dan gula.Masak sehingga nasi kering.

~Nasi lemak kunyit + sambal kerang + sambal sotong~
(maappp ye abang,ayam kampung goreng rempah tak ada sebab ayam dah habis.....)
Thursday, July 5, 2012
~Tempahan~
Assalamualaikum...
Dah 2 bulan tak ada entry baru,tuan rumah macam busy je.Takla busy macam supermak2 lain,tapi disebabkan lappy yang tak berapa nak sihat,jadi malas nak online.Alhamdulillah sekarang ni dah dapat gajet baru si kecik merah ni InsyaAllah akan cuba luangkan sedikit masa untuk kongsi resepi yang telah dicuba.Sekarang ni mood masak2 dan cuba resepi baru dah mai dah..Pagi ni dah start membaking kek,tengah bakorrr kek coklat tanpa telur...9kla,kali ni mariam cuma update pasal tempahan roti jala dan apam dot2 baru-baru ni.Kepada sesiapa yang tinggal berdekatan Kepala Batas dan sewaktu dengannya kalau nak oder bolehla contact mariam..('',)

Tuesday, April 10, 2012
RINDU Tepung Pelita
Assalamualaikum….
Fuhhhh,lama sungguh menyepikan diri,rindu sesangat nak
update tapi apakan daya masa untuk mengadap lappy lama-lama terbatas.Bila ada
masa mood pulak tak ada,bila ada mood tenet pulak buat hal.Rasa rindu nak
jenguk,nak tinggal jejak blog kawan-kawan.Malam ni sementara menunggu my Mr S
balik dari meeting baik buat kerja yang berfaedah nih..(‘’,) Banyak benda yang
berlaku pahit,manis,masin,payau,kelat semua adala untuk suku pertama tahun
ni.Selalu ingatkan hati bahawa hujan,ribut,guruh,petir,panas yang Allah S.W.T
bagi sebab Allah nak bagi pelangi suatu hari nanti untuk kami sebab Allah
sayang pada hambanya,Allah uji semua ni untuk hapuskan dosa-dosa yang lepas dan
Allah nak anugerahkan pahala.InsyaAllah…
Okla
nak citer apa ye sementara mata tak ngantuk lagi ni…Emmm…Ok citer pasal life sekarangla
sikit.Sekarang ni mariam tengah giat usahakan business online (baju nursing n
maternity n tudung) sebenarnya dari tahun lepas lagi,tapi tahun ni makin serius
sebab kemudahan transport dah ada,jadi senangla nak gi mari gi mari.Kalau
berminat bolehla LIKE kat fb ye kawan-kawan (‘’,)…
Anak-anak semakin membesar dan semakin banyak karenah,penat jugakla nak layan terutama sekali Sidqiy,walaupun dah ada adik,tapi mama kena monitor sidqiy sama je dengan syadza,sangat-sangat panjang akal.Setiap hari syadza akan teman mama dekat rumah,tengahhari pukul 12 keluar ambik abang Sidqiy dan pukul 1 pergi ambik abang Syafiy.Pukul 3 pulak hantar abang Syafiy ke sekolah agama dan pukul 6 pergi jemput balik.Itula rutin harian mama dan Syadza,my lovely solehah.Kalau papa outstation,pukul 7 dan pukul 8 kena hantar abang-abang ke sekolah,membesar dalam kereta kan dik...Takpe yang penting co-pilot mama nih sangat behave.Dah setahun dah 'baby' mama nih,cepat sungguh masa berlalu...
Okla,entry kali ni mariam sertakan kuih tepung pelita,dah lama buat tapi baru nak upload.Resepi mariam ambik dari myresepi.Nanti mariam letak resepi dia kemudian ye..('',)
Monday, November 21, 2011
Roselle
Assalamualaikum..
Sekarang ni dok tunggu keputusan encik suami sama ada kami boleh ikut pergi KL malam ni atau tidak,baju semua dah kemas.Harap dapatla good news jap lagi...;-) Kali ni update pasal air roselle,buah roselle yang mak bagi masa kami balik bulan lepas...Ok jomla tengok apa yang ada...('',)
Roselle dari kebun mak...
Hasil dari kebun mak,hampir penuh satu baldi...
Siap dibersihkan..
Taraaa...Siap untuk di minum,,,nyamannnn...('',)
~Resepi~
~Buah roselle (bersihkan dan buang biji)
~Gula
Cara-cara
~Rebus buah roselle dan tapis,rebus dan tapis beberapa kali hingga warnanya menjadi pudar..
(mariam ulang rebus 4-5 kali)
~Setiap kali rebus jangan letak air banyak-banyak nanti cair pulak..

Friday, November 18, 2011
Apam Marmar
Assalamualaikum....
Barsiaran di pagi Jumaat yang penuh dengan keberkatan...Hari ni mak-mak masak apa ye,tengahari ni mariam buat ayam goreng oat je untuk anak-anak.Pagi tadi abah mariam bertolak balik ke kelantan,abah datang hari rabu sebab ada kerja dekat Perlis tidur dekat rumah 2 malam je...Abah kata dah nak kena balik pagi ni sebab dah rindu dekat ma dah..hehe..Mula-mula abah ajak ma datang jugak,tapi ma tak boleh nak tinggalkan rumah sebab kak umi tengah berpantang dekat kelantan...Okla,kita tengok apam marmar yang gebusss nih...bagi jiran sebelah sikit...Sekarang ni kalau mama buat apa-apa je kuih mesti 2s tegur ''mama nak bagi makcik Nurul ke...??'' hehehe...

~Resepi~ My Resepi(Mat Gebu)
~Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )
- 250 g tepung berserbuk penaik
- 200 ml santan
- 200 g gula halus
- 2 biji telur Gred A
- 1 camca teh vanila esen
- 1 camca makan ovallate
- Secubit garam
- Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)
Cara-cara
- Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
- Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
- Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
- Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
- Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.
Tuesday, November 15, 2011
Kek Coklat Tanpa Telur
Assalamualaikum...
Nak cerita apa ye malam ni,tak ada cerita sangat nak citer kali ni memandangkan MyLove pun baru je bertolak ke KL lepas maghrib tadi.Syafiy dan Syadza pun dah tido,tinggal Sidqiy je yang teman mama sekarang ni,tu pun tengah dok main tuang-tuang air dalam gelas.Malas mama nak larang,ikut dia laaa...
Sekarang nih dah boleh nak update kerap sikit sebab dah beli charger baru..hehehe..Lepas nih bolehla ronda-ronda blog kengkawan yang lain,lama dah tak buat keje tuh..('',)
Super Moist Eggless Chocolate Cake resepi dari Kak Dayang.Sangat senang buat kek nih dan sangat moist,tak yah pakai butter,tak yah pukul telur sampai kembang,senang yang amat....Antara kek coklat yang mariam suka buat,bulan lepas je 5-6 kali buat kek nih ('',)
~Resepi~ Myresepi (Dayang)
Bahan-bahan ( loyang 5-6 inci )

- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
- 2 sudu besar susu tepung
- 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
- 1 cawan gula perang
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
- secubit garam
- 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
- 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara
- Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan muffin cup pun boleh juga.
- Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
- Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
- Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran. Contoh gambar kek yg menggunakan muffin cup.
Subscribe to:
Posts (Atom)