Thursday, January 13, 2011

Donut Keledek

Assalamualaikum...
Petang semalam buat donut keledek nih,mula-mula si abang mintak nak pau tapi inti nutella yang dia suka dah habis.Memandangkan keledek ada,jadi mariam cubala resepi yang tak pernah dibuat nih.Ambik resepi dari blog Kak Nor,keledek yang mariam pakai isi putih,jadi tak nampak bezala dengan donut-donut biasa.Kalau ubi keledek isi oren tuh mesti warna lagi cantik...('',)
~Resepi~Ros (Jintan Manis) Kak Nor (Blog Secubit Garam)
~Bahan-bahan~
~250 gram tepung gandum
~80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
~2 sudu besar susu tepung/skim milk
~1 biji telur ( dipukul sedikit)
~80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
~1 1/2 sudu besar marjerin
~2 sudu besar gula
~4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)

~Caranya~
~ Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
~Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
~Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
~ Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..
Donut yang gebu,dapat 14 biji dan mariam goreng semua buat minum petang kami 3 beranak petang semalam...('',) (mama dia yang paling banyak makan...kikikihhh)

10 comments:

  1. tak pernah cuba lg buat donut keledek.. mesti sama lembut dgn donut kentang kan? tp rasa dia mesti ada manis2 sikit kot sbb keledek kan manis..

    ReplyDelete
  2. yammm... gebuuuu! akak amik resepi yer! macehhhhh

    ReplyDelete
  3. ish 1st time tgk donat keledek,klau donat tofu pernah laa mkn,tu pun beli,bukan buat sndr,hehe.
    nanti nak try la,nmpk sedap je tu...

    ReplyDelete
  4. waaaaa...sini pun ada donut....terliur lagi....tap tap tap(tadah besen hehehe)

    ReplyDelete
  5. ~Kak madiha,aaa lembut macam donut kentang jugak...bezanya rasa keledek,dan kalau keledek warna oren warna dia pun beza gak...ala2 keria kot...hehehe

    ReplyDelete
  6. ~Kak hana sapa yg gebu...hehehe,tuan buat pun gebu gak..hahahaha,baru baca komen akak tup..tup..kak hana dh update dah...waduhhh cepat sesungguhhhhh...

    ReplyDelete
  7. ~Angah,donut tofu klong pernah tgk resepi je,tengok sendiri n makan belum lagih..hehheehe
    nanti ubi keledek byk bolehla angah try buat...2r fanatik donut,tuh yg syok nk try apa2 resepi pun kan...

    ReplyDelete
  8. ~Kak Noor,kak sini pun mengdonut jgk..hehee,t.kasih sbb akak sudi jenguk sini..
    (k.noor tadah besen kecik sudah la ye..kikikihhh)

    ReplyDelete
  9. Salam,
    baru pertama kali berkunjung ke sini ...
    geram tengok donut gebu tu...

    ReplyDelete