Monday, January 3, 2011

Percutian Akhir + Awal Tahun

Assalamualaikum.....
Hari Jumaat lepas (31/12/2010) kami ke Perlis 3 hari 2 malam makan angin,kiranya tahun ni dah 2 kali ke sana bercuti.Masa bulan 5 family gathering dekat Langkawi dan menginap dekat Kuala Perlis.Kali ni pun menginap hotel yang sama jugak Putra Brasmana Hotel.Bertolak dari rumah dalam pukul 11.30 pagi,singgah klinik dekat Permatang Pauh kejap dan dalam pukul 12.30 tengahari baru bertolak ke Perlis.Singgah makan dekat Alor Star sekejap dalam pukul 2.45 petang baru sampai Kuala Perlis.Petang tuh ronda-ronda pekan Perlis dan malam pekena ikan bakar dekat medan ikan bakar,2 malam berturut-turut makan dekat medan ikan bakar tu,tempat makan malam yang popular dekat Kuala Perlis.Keesokkan harinya kami pergi ke Padang Besar,Bukit Kayu Hitam, pergi tengok ladang mangga harum manis dan anggur,tengok burung unta.Suami nak pergi taman ular tapi mariam tak nak sebab tak suka tengok spesis tu.Dekat sana tak beli apa sangat pun cuma beli baju untuk Syafiy n Sidqiy dan coklat je dekat Bukit Kayu Hitam.Pergi sana cuma banyak makan je la,sampai 2 beradik ni cakap asyik-asyik makan je...;-) Hari Ahad lepas sarapan,dan lepak-lepak dekat bilik kejap pukul 11.30 kami check out.Dalam pukul 12.30 tengahari sampai Alor Star,singgah rumah makcik makan tengahari kat situ dan dalam pukul 3.30 petang kami bertolak balik Penang,sebelum tuh singgah Sungai Petani shopping dulu.Pukul 6.30 petang barula sampai Bertam.Okla tu serba sedikit cerita percutian kali ni,nak story lebih-lebih tak pandai...Jom kita layan gambar yang tak berapa nak ada nih... (",)On the way dari Bukit Kayu Hitam,tengah tunggu giliran untuk diperiksa oleh kastam...Jalan-jalan dekat taman...Syafiy n Sidqiy tengah bersantai lepas penat meloncat...Dah nak balik dah.....Papa,Mama,Adik Sidqiy dan Baby Hafiy (abang n adik minat sangat dekat baby ni) dekat Alor Star...

4 comments:

  1. haha comel giler sidqiy tenung baby hafiy(anak kak faezah kan?),sabaq naa abang sidqiy,tak lama lagi ada baby gak kat rumah,boleh tenung puas2,haha.ish debob sungguh hafiy,kalau dpt kat agh,agh picit2 dia,hehe.
    handsome laa 2S potong rambut.

    ReplyDelete
  2. tahun baru rambut baru ek adik abang.. klakar lah rambut. macm topi kledar jeeee. sapa yang potong rmbut tuuuu?

    ReplyDelete
  3. aaa..anak kak faezah,8 bulan badan punyala semangatttt...semua dok heran hafiy nak dengan k.long..sebab dekat rumah tuh dia tak nak dengan sapa2 kecuali mak n kakak dia je..ngan tok dia pun baby tak nak...heheheh..Sidqiy suka sgt,dia suka cucuk2 pipi hafiy sampai merah2 dah la putih gebu,geram giler k.long tgk...Abg ingat girl sbb rambut punyala lebat n hitam,hehehe...
    rambut tahun baru makngah..hehehe..

    ReplyDelete
  4. cik aminah,rambut tahun baru...abg potong kat kedai,adik papa yg potong sebab adik nangis tak nak potong kat kedai...cam topi keleder kan....hehehe...

    ReplyDelete