Bersua kembali setelah sekian lama menyepi....
Kiranya kali ni Mariam beralih angin berblog pula selepas berfotopages.Nampak gayanya fp dah semakin sunyi sebab ramai yang beralih ke sini...Harap-harap ramaila kawan-kawan yang sudi bertandang ke sini.Disebabkan dah lama tak update,jadi mood nak mencuba resepi-resepi baru tuh kurenggg sikit.Masak pun menu-menu ulang tayang je.Lepas ni harapnya angin rajin nak cuba resepi-resepi baru tuh mai la...Okla disebabkan dah lama tak snap gambar masak-masak jadi jomla tengokmenu sempoi apa yang baru disnap semalam dan pagi tadi...
PENGAT PISANG

~Resepi~
~Bahan-bahan~
~Pisang 5-6 biji dipotong dua
~Santan 2 cawan
~Gula melaka
~Secubit garam
~Daun pandan sehelai
~Cara-cara~
~Masakkan santan,gula melaka,garam,dan daun pandan.Sebelum santan mengelegak masukkan pisang.
~Pastikan sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak,gunakan api yang kecil.
LEMPENG PISANG

~Resepi~
~Bahan-bahan~
~Pisang 4-5 biji dilecek
~Tepung gandum 1/2 cawan (bergantung pada jumlah pisang)
~Santan pekat 3-4 sudu besar
~Secubit garam
~Gula
~Daun pisang
~Sedikit butter/minyak (untuk disapu pada daun pisang)
~Cara-cara~
~Sapukan sedikit butter/minyak pada daun pisang supaya tak melekat
~Letakkan daun pisang atas kuali leper,bakar lempeng.Sapukan satu lagi daun pisang untuk tutup di atasnya,supaya senang bila nak terbalikkan nanti....Bakar hingga masak..
No comments:
Post a Comment