Assalamualaikum...
Bersua kembali di pagi Selasa yang cerah disinari cahaya matahari.Biasanya pagi-pagi kat sini mendung sebab sekarang musim hujan.Tak pela,cerah ke mendung ke tuan rumah tetap setia dok dalam rumah... ;-) Ingat nak keluar pergi beli santan untuk buat projek kuih petang nanti,tapi malasla pulak...Harap-harap santan kat dalam peti ais tuh cukupla untuk kuih petang nanti,alamatnya kena buat sikit je la... :-|
Okla kita tengok pulak apa yang ada kat bawah...Layannn...;-)
Ikan pari bakar bersambal,cicah dengan air asam.Boleh dikatakan setiap minggu suami mesti request bakar ikan pari ni,tak "puah-puah" bak kata orang kelantan..Tak "cemuih-cemuih" bak kata orang kedah.. ;-)
~Resepi~
~Bahan-bahan~
~Ikan pari (dibersihkan dan dilumuran garam)
~Cili kering 10-15 tangkai (direbus)
~Bawang besar 1 biji
~Bawang putih 3-4 ulas
~Serai 1 batang
~Lengkuas 1/2 inci
~Gula melaka/Gula
~Garam
~Asam jawa
~Cara-cara~
~Kisar,cili kering,bawang putih,bawang besar,serai,lengkuas kemudian tumiskan hingga pecah minyak.
~Masukkan air asam jawa,gula melaka/gula dan garam.Masukkan sedikit air.Masak sehingga kering.
~Bakar ikan atas kuali leper,lapik daun pisang atau aluminium foil.Bila sebelah ikan sudah masak,tebalikkan dan sebelah yang sudah masak dilumurkan sambal.Apabila sebelah lagi sudah masak,tebalikkan dan lumurkan sambal.Bakar dalam 3-5 minit,kemudian bolehla diangkat.Jangan bakar sampai sambal kering,nanti tak sedap...
agh pun suka ikan pari,klau makan stp minggu pun tak jemu,sama mcm ikan keli laa,hehe.tp is tak suka sgt,tu yg agh jarang2 beli.nanti nak try bakar bersambal pulak,mcm best je...
ReplyDeleteooo..ikan pari pun agh suka ye,klong ingat ikan keli je agh fanatik..hehehe..kalu is tak suka ikan ni,agh boleh je try ngan ikan2 lain...klong ikan pari makanla,tp kalu diberi pilihan pari vs keli klong pilih keli..heehehe...ikan keli pun klong ada dlm list,nnt klong update naaa...hehehe
ReplyDelete