Assalamualaikum....
Sebelum cerita lebih lanjut tentang menu hari ni mariam cuma nak update sikit cerita pasal melecur semalam.Nak tambah tips satu lagi,selain dari letak garam tempat kita melecur,mengikut kata Kak Madiha air liur kita juga boleh digunakkan untuk mengelak dari mengelembong.Cara ni lagila senang,tak yahla susah payah nak lumur garam kan.Mengikut kata Dato' Dr.Fazilah Kamsah,air liur sangat mujarab untuk sesetengah penyakit jika digunakkan secara berterusan.Macam pengalaman dia sendiri,kalau kita tengok sebelum ni Dato' pakai kaca mata,tapi Dato' cakap selepas dia amalkan selepas bangun pagi (jangan gosok gigi dulu) ambil kedua-dua belah ibu jari tangan,bukan ibu jari kaki ye..hehehe... masukkan ke dalam mulut,ambil sedikit air liur dan calitkan ke kelopak mata.Alhamdulillah dengan kuasa Allah S.W.T. selepas 2 tahun amalkan setiap pagi sekarang Dato' dah tak perlu pakai kaca mata lagi.Bolehla kita amalkan juga.... :-) Okla berbalik kepada cerita masakan pulak,jom layan apa yang ada kat bawah.... ;-)
Nasi lemak asas,sesuai tak dengan nama tajuk entry hari ni,hehehe...Sebenarnya ni request dari anak sulung mariam,dia cakap mama kawan abang Syafiy bawak nasi ada sambal kat sekolah,abang nak jugak.Mama dia pun fikir tu mesti nasi lemak,jadi mama dia pun masakla nasi lemak.Bila mariam letak dalam bekas,dia cakap kawan syafiy bawak nasi dalam paper dan plastik.Mama dia cakap tak pela,mama kawan abang tak sempat masak sebab kerja,jadi mama dia beli...Mama sempat masak sebab mama tak kerja,mama letak dalam bekas ye.Lepas tuh hari-hari request nak nasi lemak,mama pun cakap gemukla mama macam nih,mama dahla pantang tengok nasi lemak,mesti nak makan banyak...Semalam ngelat tak masak nasi lemak,masak macaroni goreng selepas berhari-hari dok makan nasi lemak je,tapi tengok-tengok Syafiy tak makan habis pun dia cakap dah kenyang.Amboiii nasi mama bagi banyak boleh je licin...Jadi hari ni masakla nasi lemak lagi... :-)'Bento' bak kata mak ngah,bekal bak kata orang melayu...;-) untuk dibawa ke sekolah.Syafiy dan Sidqiy panggil 'Nasi lemak pedas sikit'...Sebab mariam buat sambal dia letak cili sikit je,bawang besar dan putih banyak.Asam jawa ganti dengan sos tomato.
~Resepi~
~Beras dibersihkan
~Santan
~Daun pandan
~Halia (diketuk)
~Bawang Besar(dihiris)
~Garam
~Gula
~Cara-cara~
~Masakkan nasi dengan sedikit air,letak daun pandan,halia dan bawang besar.Kemudian masukkan santan.(Mariam guna santan pekat,tu yang masak nasi dengan air dulu)
~Kemudian masukkan garam dan gula dekat-dekat nasi nak kering,kacau sedikit supaya garam dan gula sekata.
~Masak nasi sehingga kering.
ooo syafiy pi tadika bawa bento ek?jenuh laa mama stp hari masak nasi lemak,bahaya ni!sib baik mama syafiy rajin,hehe.tp nasi lemak mmg best kan,tak jemu!
ReplyDeletemak ngah mmg syafiy pi sekolah bwk bento,cam pak ngah...hehehe...sblm nih bwk roti/kek je skg nih baru nak bawak nasi...rajinla sgt mama syafiy nih,sib baik suh buat nasi lemak je,kalu suh buat nasi minyak ke nasi tomato je...lagi haru..hehehe..
ReplyDelete