Tuesday, November 23, 2010

JOM BUAT KETUPAT

Assalamualaikum...
Ketupat ni buat masa raya haji dekat Ipoh,mak masak pulut 2kg,1 kg ketupat kosong dan 1kg lagi ketupat jagung.Mariam dan Syazana (Ateh) tukang balut ketupat ni,yang setia membalutnya ateh la sebab kejap-kejap mariam bangun pergi jemur kain,kejap-kejap si kecik ni nak itu ini...Nak cakap cara-cara balut dengan jelas susah sikit,tengok gambar pun macam tak jelas je step by step dia,kalau nak belajar kena berguru depan-depan baru senang.Tak pela,jom kita tengok cara orang utara balut ketupat palas.Orang belah pantai timur lain pulak cara balutannya.Orang cakap,balutan belah timur lagi kemas dan elok (ni mak yang cakap,bukan sebab mariam orang pantai timur ye....)Mula-mula bukak dulu daun palasPulut diisikan (ketupat jagung)



Taraaa...
Siap dibalut
Siap dipotong lebihan daun,tunggu untuk direbus ;-)
Siap direbus
Bismilah...Jemput makan ;-) (Sidqiy makan ketupat dengan susu pekat)

~Resepi~ (Mak)

~Pulut 1 kg
~Santan pekat 500g-600g
~Secubit garam
~1 sudu besar gula
~Daun pandan

~Cara-cara~

~Masukkan semua bahan-bahan,kacau pulut hingga 3/4 masak.
~Bolehla dibalut.

6 comments:

  1. suka tengok adik , eh salah sidqiy makan . bestnyerrrr !

    ReplyDelete
  2. heehehe...skrg nih selera makan dia dah ada..kalu tak jgn harap laaa...

    ReplyDelete
  3. agh jugak laa yg tak reti2 lg balut ketupat,haha.nanti balik kena menuntut bagi pandai jugak2,malu2...

    ReplyDelete
  4. hehehe...aaaa,nanti balik kalau mak kacau pulut 2 atau 3 kg agh kena balut sengsorang...praktissss...hehehe..

    ReplyDelete
  5. kalau agh balut sorg,pagi hari ni start,esok tgh malam pun belum tentu kaklong boleh makan lg tau,hahaha...

    ReplyDelete
  6. Hahahaaha..kalu macam tuh angah kena start seminggu sebelum raya la...hehehe..

    ReplyDelete