Kali ni mariam nak kongsi menu-menu yang simple jugak,sesuai dimakan waktu sarapan pagi atau minum petang....Jom kita layannnnn.... ;-)

~Resepi~
~Bahan-bahan~
~Tepung gandum 2 Cawan
~Udang mengikut citarasa (sudah dibuang kulit) -Mariam letak seekor udang dalam sebiji cucur
~Jagung 3/4 cawan
~Yis 1 susu kecil
~Bawang besar 1/2-1 biji (dadukan)
~Daun kucai (6-10 helai)
~Garam dan gula
~Cara-cara~
~Gaul semua bahan-bahan kecuali udang.
~Bila sudah sebati perap adunan dalam 10-15 minit.
~Bila hendak mengoreng baru letakkan udang satu persatu supaya adunan tidak menjadi cair disebabkan air udang.
~Goreng hingga masak dengan api yang serdahana.

Pulut mangga,sarapan pagi kami...Kalu dulu,sebelum kahwin rasa pelik je kalau makan pulut durian atau pulut mangga ni masa sarapan...Tapi sekarang dah biasa sebab family in law memang makan menu macam ni waktu pagi atau petang...Senang dan sedap... ;-)
~Resepi~
~Bahan-bahan~
~Pulut (direndam dan dikukus)
~Mangga
~Santan (ditambah secubit garam)
~Gula
~Cara-cara~
~Kukus pulut hingga masak (untuk dapatkan pulut yang sentiasa lembut,selepas 10-15 minit kukus,ambil secawan air/kurang~mengikut kuantiti pulut~renjiskan air ke atas pulut dan arong/kacau pulut.Kemudian kukus lagi dalam 10-15 minit)
~Hidangkan dengan santan,gula dan potongan buah mangga.
No comments:
Post a Comment