Tuesday, April 10, 2012

RINDU Tepung Pelita





Assalamualaikum….


Fuhhhh,lama sungguh menyepikan diri,rindu sesangat nak update tapi apakan daya masa untuk mengadap lappy lama-lama terbatas.Bila ada masa mood pulak tak ada,bila ada mood tenet pulak buat hal.Rasa rindu nak jenguk,nak tinggal jejak blog kawan-kawan.Malam ni sementara menunggu my Mr S balik dari meeting baik buat kerja yang berfaedah nih..(‘’,) Banyak benda yang berlaku pahit,manis,masin,payau,kelat semua adala untuk suku pertama tahun ni.Selalu ingatkan hati bahawa hujan,ribut,guruh,petir,panas yang Allah S.W.T bagi sebab Allah nak bagi pelangi suatu hari nanti untuk kami sebab Allah sayang pada hambanya,Allah uji semua ni untuk hapuskan dosa-dosa yang lepas dan Allah nak anugerahkan pahala.InsyaAllah…
Okla nak citer apa ye sementara mata tak ngantuk lagi ni…Emmm…Ok citer pasal life sekarangla sikit.Sekarang ni mariam tengah giat usahakan business online (baju nursing n maternity n tudung) sebenarnya dari tahun lepas lagi,tapi tahun ni makin serius sebab kemudahan transport dah ada,jadi senangla nak gi mari gi mari.Kalau berminat bolehla LIKE kat fb ye kawan-kawan (‘’,)…
Anak-anak semakin membesar dan semakin banyak karenah,penat jugakla nak layan terutama sekali Sidqiy,walaupun dah ada adik,tapi mama kena monitor sidqiy sama je dengan syadza,sangat-sangat panjang akal.Setiap hari syadza akan teman mama dekat rumah,tengahhari pukul 12 keluar ambik abang Sidqiy dan pukul 1 pergi ambik abang Syafiy.Pukul 3 pulak hantar abang Syafiy ke sekolah agama dan pukul 6 pergi jemput balik.Itula rutin harian mama dan Syadza,my lovely solehah.Kalau papa outstation,pukul 7 dan pukul 8 kena hantar abang-abang ke sekolah,membesar dalam kereta kan dik...Takpe yang penting co-pilot mama nih sangat behave.Dah setahun dah 'baby' mama nih,cepat sungguh masa berlalu...
Okla,entry kali ni mariam sertakan kuih tepung pelita,dah lama buat tapi baru nak upload.Resepi mariam ambik dari myresepi.Nanti mariam letak resepi dia kemudian ye..('',)