Barsiaran di pagi Jumaat yang penuh dengan keberkatan...Hari ni mak-mak masak apa ye,tengahari ni mariam buat ayam goreng oat je untuk anak-anak.Pagi tadi abah mariam bertolak balik ke kelantan,abah datang hari rabu sebab ada kerja dekat Perlis tidur dekat rumah 2 malam je...Abah kata dah nak kena balik pagi ni sebab dah rindu dekat ma dah..hehe..Mula-mula abah ajak ma datang jugak,tapi ma tak boleh nak tinggalkan rumah sebab kak umi tengah berpantang dekat kelantan...Okla,kita tengok apam marmar yang gebusss nih...bagi jiran sebelah sikit...Sekarang ni kalau mama buat apa-apa je kuih mesti 2s tegur ''mama nak bagi makcik Nurul ke...??'' hehehe...

~Resepi~ My Resepi(Mat Gebu)
~Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )
- 250 g tepung berserbuk penaik
- 200 ml santan
- 200 g gula halus
- 2 biji telur Gred A
- 1 camca teh vanila esen
- 1 camca makan ovallate
- Secubit garam
- Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)
Cara-cara
- Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.