Friday, January 28, 2011

Udang Masak Kari

Assalamualaikum...
Hari ni suami ke Kl atas urusan kerja,InsyaAllah kalau kerja cepat siap malam ni sampaila penang.Mariam suruh bermalam je kat sana,tapi katanya malas sebab boring sengsorang kat sana.Suami ajak ikut,tapi my answer is 'tok sea',penatla travle jauh-jauh ni dahla sekejap,buat sakit pinggang je.Kalau ikutkan hati nak je ikut,walaupun alasan tadi sampingan je..hehehe.Tapi sebolehnya mariam nak minimumkan 'kepontengan' syafiy ke sekolah,sebab lepas ni banyak hari Syafiy akan ponteng sekolah ;-)
Pagi tadi masa tengok NLKO (Nasi lemak kopi o),ada satu segmen tuh pasal Penawar Syifa',siapa yang biasa tengok 106(oasis) mungkin biasala kot tengok segmen Penawar Syifa' yang Ustaz Lokman jadi perawatnya dan Ashraf Muslim jadi hos dia tu.Pagi tadi baru mariam tahu yang Ashraf nih pun dah jadi salah satu murid Ustaz Lokman,dan dia sekarang boleh merawat pesakit menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.Tengok muka dia sekarang pun macam bersih dah,bagus sangatla mariam rasa,lepas nih bolehla jadikan kerjaya tuh sebagai kerjaya tetap.Kalu tak silap mariam lepas ni pun satu slot pasal penawar syifa' akan ada dekat NLKO (hari jumaat).
Issshh,merewang ke lain pulak...Okla,jom tengok apa yang ada kat bawah... ('',)

Udang masak kari,simple-simple je..Habiskan udang yang ma bagi hari tuh.Clearkan stok lauk dalam peti sebab nanti nak balik kampung dah...('',)

~Resepi~ Ma

~Bahan-bahan~
~Udang
~2-3 sudu besar rempah kari ikan
~1 tangkai daun kari
~3-4 ulas bawang merah
~2-3 ulas bawang putih
~1/2 inci halia
~Air asam jawa
~Santan cair(option)
~Gula melaka/gula
~Garam

~Cara-cara~
~Bawang merah,putih dan halia dikisar/ditumbuk lumat.Kemudian tumis hingga naik bau,masukkan daun kari.
~Masukkan rempah kari dan sedikit air,tumis hingga pecah minyak.Masukkan santan,air asam jawa,gula melaka,garam dan akhir sekali masukkan udang.Bila udang sudah masak bolehla diangkat.

Wednesday, January 26, 2011

Apam Gandum n Donut

Assalamualaikum...
Apam gandum ni buat untuk sarapan pagi,makan apam ni teringat zaman dekat SMART dulu.Antara kuih minum petang budak-budak asrama apam ni la,mungkin sebab apam ni senang buat dan murah,jadi pihak dewan makan tak kedekut nak bagi banyak-banyak dekat pelajar...('',)
~Resepi~ My Resepi (Kak Fida)

~Bahan-bahan ~( loyang 10x10x3 inc. )

  • 4 1/4 cawan tepung gandum - diayak(akak guna 1/2 kilo)
  • 3/4 cawan gula hitam (akak guna gula perang dan gula pasir,dicampur)
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 peket yis serbuk - (cnth - Mauripan)
  • secubit garam (opt)
  • kelapa parut putih dikukus dgn sedikit garam dan daun pandan yg digunting kecil - utk mkn bersama apam(mariam kukus biasa je)

~Cara-cara~

  1. Loyang disapu minyak sekeliling.
  2. Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.Tepung,gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis sambil dituangkan lebihan air dan kacau dengan hand whisk/senduk hingga adunan sebati,licin dan tak berbintil2.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda,selama lebih kurang 45 min hingga 1 jam.
  4. Panaskan kukusan dan kukus selama 30-40 min.Biar apam benar2 sejuk.
  5. Apabila kuih benar2 sejuk,bolehlah dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut kukus.
Donut ni buat semalam untuk minum petang dengan anak-anak,guna resepi angah.Kalau tak silap mariam,angah buat jual donut guna resepi nila...

~Resepi~Angah
~Bahan-bahan~
~140 ml air
~1/2 biji telur saiz M
~280 gm tepung roti
~28 gm gula
~4 gm garam
~6 gm susu tepung
~40 gm marjerin
~5 gm yis

~Cara-cara~
~Adun semua bahan hingga jadi doh yang kenyal.
~Canai dan terap.
~Biar doh naik 2 kali ganda, kemudian goreng dengan api yang kecil.
~Salut dengan gula atau topping kegemaran anda.

Tuesday, January 25, 2011

Ayam Panggang ala Kenny Rogers

Assalamualaikum...
Ayam panggang ni mariam buat sama dengan black pepper chicken chop,sedap tapi lain kali kena lebihkan rempah.Kali ni buat main bubuh je,tak ikut sukatan resepi pun.Satu lagi silap bubuh rempah campuran,kena beli rempah lain lepas ni.. :)
Tak mengancamla ayam ni,gambar pun tak cun..Next time boleh buat lagi dan kena lebihkan bahan perap.Kali ni mariam buat agak kering sikit... :(

~Resepi~
MyResepi resepi asal Che.Mid FP
~Bahan-bahan~
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)(mariam potong)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam -
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir-
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.-
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar

Monday, January 24, 2011

Black Pepper Chicken Chop

Assalamualaikum....
Hari jumaat lepas buat menu ni untuk makan malam,ingat encik suami balik macam biasa,tup-tup pukul 10 lebih baru sampai.Kesejukkanla semuanya,kecuali ayam tuh bakar balik sekejap.Malam tuh mariam buat ayam 2 versi,black pepper ni salah satunya,satu lagi buat versi lain pulak.Tiba-tiba masa nak perap ayam tuh rasa macam rajin sikit,sikit je...('',) Resepi ni biasa buat,dan ambik dekat myresepi,tapi tak ikut semuanya sebab ada bahan-bahan yang tak ada dekat rumah..Okla jom kita layannnn... ('',)

~Resepi~ My Resepi (Aeeda)

Bahan-bahan ( 2 orang )

~*UNTUK DIPERAP*

~2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)

~2 ulas bawang putih (cincang)

~1 cm halia (cincang)

~1/2 sudu teh serbuk lada hitam

~2 sudu besar sos cili

~1 sudu besar sos tomato

~1 sudu besar sos Lee & Perrins(mariam tak letak)

~1 sudu besar kicap manis

~1 sudu besar kicap masin(mariam tak letak)

~1 sudu besar sos tiram

~1 sudu besar madu

~garam secukup rasa

~*SOS BLACK PEPPER*

~1/2 botol sos lada hitam

~2-3 sudu besar sos tiram

~3-4 cendawan butang (cincang)

~1/2 biji bawang besar (cincang)

~garam/gula secukup rasa

~Cara-cara~

  1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
  2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
  3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
  4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
  5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
  6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. OK

Saturday, January 22, 2011

Tahun ke-7 Bergelar Puan.

Assalamualaikum.....
Alhamdulillah hari ni 22/1/2011 genapla 7 tahun usia perkahwinan antara mariam dan suami.Sekejap je rasanya masa berlalu.Semoga ikatan yang suci antara kami berkekalan hingga ke Syurga...Ameen...
Hari ni tak ada plan nak ke mana-mana lagi,mungkin lepas Asar nanti keluar jalan-jalan cari makan...('',)

~TO MY LOVE ~

My day is your day..My songs through my heart and remain you to me..
When the day past by day....You are always in my mind....
When I sad, you are always be my shoulder....
I want to cry and I want to smile....
Although I know it never be forever and ever...
For you, MY LOVE....I don't want to see you sad...
I prayed and deepful in my heart hope you will success meaningfully sooner or later....
And my lovely regards always be with you....


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 21, 2011

~-Isteri Solehah-~

Assalamualaikum...
Hari ni tak sampai 2 jam mariam update 2 entry,pecah rekod sendiri nih..hehehe..Kali ni nak kongsi dengan kawan-kawan apa yang mariam baca tadi .Walaupun artikal ni dah banyak diupdate di blog-blog lain,tapi mariam nak letak dekat blog sendiri ni sebagai peringatan dan panduan untuk diri sendiri.Sumber mariam ambik dari AnakkuSoleh

~Kelebihan Menjadi Isteri yang Solehah~
  1. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  2. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  3. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut (permata).
  4. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  5. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
  6. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.
  7. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  8. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  9. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tuala emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tuala perak.
  10. Seorang isteri yg menyambut baik kedatangan suaminya yg dalam keadaan marah, Allah akan beri padanya setengah pahala jihad
  11. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki SYURGA.

~Kelebihan menjadi Ibu yang Solehah~

  1. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 8 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  2. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  4. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  5. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  6. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  7. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  8. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  9. Apabila seorang wanita melahirkan anak & dia mati maka dikira mati syahid.
  10. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

"Aduhai diriku seorang wanita,

Syurga sedang memanggil-manggil namamu,

Bidadari sedang menunggu mu untuk dijadikan sebagai ketua mereka,

Para malaikat pula sedang sibuk menghiaskan mahligai untukmu,

Apa lagi yang kau mahu?

Sesungguhnya kehidupan dunia adalah sementara

Sedangkan, akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi..

Ayuh, terus berkhidmat untuk suami dan anak-anak,

kerana dengan khidmat, seseorang itu akan mendapat ALLAH swt

dan hanya dengan rahmat Allah swt, seseorang itu dapat masuk ke SYURGA.

Ya Allah, berikanlah kami taufiq dan hidayah untuk menjadi wanita yang solehah…Aameen"


Mee Bandung

Assalamualaikum....
Tak ada apa nak story kali ni,jomla tengok mee bandung sempoi,menu makan malam kami... ('',)

Tukang masak rebus macaroni sebab kehabisan mee ;-)

~Resepi~
~Bahan-bahan~
~8-9 tangkai Cili kering
~Bawang merah/bawang besar
~2-3 ulas bawang putih
~2-3 sudu besar tomato puri/sos tomato
~Mee kuning (celur dengan air panas seketika)
~Telur rebus
~Udang,ayam,sotong
~Bebola ikan
~Tauhu (goreng)
~Sawi
~Lobak merah
~Limau nipis
~Daun ketumbar
~Bawang goreng

~Cara-cara~

~Kisar cili kering, bawang merah dan putih,kemudian tumis hingga naik bau atau pecah minyak.
~Masukkan air, kemudian bolehla masukkan lauk-lauk.
~Kemudian masukkan sos tomato/tomato puri.
~Garam,gula secukupnya.Masukkan sayur.
~Kemudian hiasla dengan telur,tauhu, daun ketumbar,limau dan bawang goreng.

Tuesday, January 18, 2011

Roti Goreng Rangup

Assalamualaikum...
Minum petang yang sempoi-sempoi je dengan anak-anak,kiranya tak dela sempoi sangat sebab kat rumah nih kalau yang paling sempoi makan biskut kering cicah air je lah... ;-)
Mariam ambik resepi dekat myresepi.Tak letak kaya,dalam bancuhan tepung mariam letak gula.Bancuhan tepung mariam kurangkan tepung gandum dan tambah tepung beras :-)

~Resepi
~HaSue~ Myresepi
~Bahan-bahan~
~8 keping roti
~Serikaya - Secukupnya
~2 cawan Tepung gandum
~2 1/2 cawan air
~2 sm Marjerin
~1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
~Sedikit pewarna kuning


~Cara-cara~

~Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.

~Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.

~Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.

~Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)

~Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)

Monday, January 17, 2011

SERIMUKA

Assalamualaikum....
Antara kuih kegemaran mariam,walaupun ni bukan pertama kali buat.Rasanya dah berbelas kali kot dah buat kuih ni tapi dalam berbelas kali tuh tak semua yang menjadi,separuh kot yang menepati citarasa.Sebab suka cuba-cuba resepi baru,kadang-kadang rasa terlebih lemak santan,terlebih rasa telur dan yang paling tak syok bila bahagian atas tuh lembik,adoiiii...geram sungguh!!!!Ada sekali tuh mariam buat terasa pedas pulak bahagian atas tuh,bila fikir-fikir balik baru teringat masa kacau bahagian atas tu guna kuali yang baru lepas buat sambal tumis...Adoiiii,masuk mat bin la jawabnya.... :(
Guna resepi Kak Madiha,InsyaAllah tak tukar resepi lain dah....:-)
Suami dan Syafiy pun makan banyak kuih serimuka kali nih,Sidqiy makan yang atas jela,yang bawah tuh mama dia kena perabis...Mariam buat separuh adunan je...:-)

~Resepi~Kak Madiha (Fotopages)
~Bahan-bahan~
Bahan Lapisan Bawah
~400gm beras pulut (basuh bersih & rendam dlm sejam atau sementara prepare bahan2 lain rendam pulut dulu)
~17oz santan cair (dari sebiji kelapa ~ yg pekat simpan utk lapisan atas yg cair untuk lapisan bwh)
~1 s/k garam

Bahan Lapisan Atas
~25 oz santan pekat (mariam tak guna kepala santan,guna santan yang diperah je)
~220gm gula pasir
~5biji telor gred A
~½ s/k esen vanilla
~¼ s/k esen pandan (kalau dah blend daun pandan tak perlu boh esen pandan lagi) (mariam tak letak sebab guna daun pandan)
~¼ s/k garam
~5 s/b rata tepong gandum (sukat guna sudu penyukat)
~5 s/b rata tepong jagung
~Pewarna hijau secukupnya (boleh juga blendkan daun pandan bersama kelapa & dapatkan jus santan bercampur pandan sebanyak 25 oz... kalau nak buat camni.. kelapa kena ambil 2/3 khas utk lapisan atas & tinggalkan 1/3 utk lapisan pulut)(mariam tak letak pewarna)

~5 helai daun pandan untuk mengukus. (kalau takde pun takpe)

Cara Membuatnya

1. Terlebih dulu jerang air & daun pandan dalam periuk kukus.
2. Toskan beras pulut yg direndam. Masukkan ke dalam loyang. Campur santan & garam lalu kacau rata sehingga garam larut. Semasa meletak di atas pengukus, pastikan beras pulut & santan serata. (jangan ada bahagian yg tebal & nipis. Rata2kan guna sudu. (kalau tak nanti ada bahagian pulut yg tebal ada yg nipis )
3. Kukuslah selama 30 minit. Bila masak tekan2 pulut dengan sudu agar mampat. Ketepikan dulu.
4. Dalam bekas yang lain, sediakan bahagian lapisan atas.
5. Campurkan kesemua bahan2 lapisan atas menggunakan whisker dan kacau hingga sebati. Tapiskan ke dalam kuali.
6. Masak sebentar di atas api yg sederhana sambil dikacau2 sentiasa menggunakan whisker sehingga agak pekat (agak2 mcm susu pekat manis tu).
7. Tuangkan ke atas lapisan pulut dan kukus lagi anggaran 10 - 15 minit.
8. Sejukkan sebelum dipotong.

Friday, January 14, 2011

Mee Hoon Sup Utara

Assalamualaikum...
Menu dinner malam semalam,tak ada niat pun nak masak mee hoon ni semalam sebab ingat suami sampai penang malam.Mula-mula ingat nak masak roti jala je lah,buat yang ringan-ringan .Tapi suami cakap InsyaAllah akan sampai penang petang lepas asar,jadi mariam masakla mee hoon ni untuk makan malam kami semua.Kalu buat dekat kelantan,kami akan buat begedil daging sekali,tapi kali nih mariam malas nak godek-godek begedil...('',)
Ada lagi mee hoon nih,buat banyak supaya boleh ulang makan 2 kali...Tak berbaloi kalau buat sikit-sikit sebab buat perabis gas je rebus tulang tuh lama-lama...kikikikkk.. ;-)

~Resepi~(Mak)
~Bahan-bahan~
~Mee hoon (rendam dengan kunyit)
~Daging (bahagian tulang dan isi)
~Daun ketumbar
~Tauhu goreng
~Bawang goreng
~Lobak masin

Sambal
~Cili kering
~Bawang besar
~Bawang putih
~Asam jawa
~Garam
~Gula
~Gula melaka

~Cara-cara~
~Mee hoon direndam dengan serbuk kunyit secukupnya (untuk sebungkus mee hoon mariam letak dalam 3 sudu besar serbuk kunyit).Bila mee honn dan lembut,bolehla dicelur dengan air panas hingga lembut.Kemudian angkat dan lalukan di bawah air paip yang mengalir.
~Daging dan tulang-tulang direbus dan dijadikan sup (macam buat sup daging)
~Cili kering,bawang merah dan putih dikisar halus
kemudian ditumis hingga masak,bila semua sudah garing dan naik bau masukkan asam, garam,sedikit gula melaka dan gula.
~Bolehla dihidangkan bersama tauhu goreng,bawang goreng dan daun ketumbar.

Thursday, January 13, 2011

Donut Keledek

Assalamualaikum...
Petang semalam buat donut keledek nih,mula-mula si abang mintak nak pau tapi inti nutella yang dia suka dah habis.Memandangkan keledek ada,jadi mariam cubala resepi yang tak pernah dibuat nih.Ambik resepi dari blog Kak Nor,keledek yang mariam pakai isi putih,jadi tak nampak bezala dengan donut-donut biasa.Kalau ubi keledek isi oren tuh mesti warna lagi cantik...('',)
~Resepi~Ros (Jintan Manis) Kak Nor (Blog Secubit Garam)
~Bahan-bahan~
~250 gram tepung gandum
~80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
~2 sudu besar susu tepung/skim milk
~1 biji telur ( dipukul sedikit)
~80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
~1 1/2 sudu besar marjerin
~2 sudu besar gula
~4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)

~Caranya~
~ Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
~Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
~Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
~ Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..
Donut yang gebu,dapat 14 biji dan mariam goreng semua buat minum petang kami 3 beranak petang semalam...('',) (mama dia yang paling banyak makan...kikikihhh)

Wednesday, January 12, 2011

Sakura Boutique

Assalamualaikum....
Kali ni mariam nak promosi blog Angah yang menetap di Yamaguchi kini sudah membuka rangkaian perniagaan online yang baru.Perniagaan barangan kosmetik dari Jepun,buat kawan-kawan,bolehla singgah di Sakura Boutique kiranya anda berminat dengan barangan kosmetik dari negara matahari terbit ni...Jom pakat singgah ramai-ramai... ('',)

Tuesday, January 11, 2011

Tetamu Hari Ahad

Assalamualaikum....
Hari ni lewat petang update memandangkan suami ke KL,jadi malam ni tak kalut nak masak-masak sangat.Hari ahad lepas suami jemput pakcik n family kat Sungai Dua dan sepupu n family dekat Bertam Perdana makan-makan dekat rumah.Plan pun last minit masa kami on the way ke pasar malam hari sabtu.Mariam buat laksa penang dan bubur pulut hitam je...;-)

~Resepi~
~Bahan-bahan~
-Ikan kembung/sardin/dll
-Asam keping
-Garam
(Rebus ikan bersama asam keping dan garam)
~Bahan kisar~
~Cili kering
~Bawang besar
~Belacan
~Cili padi
(Kisar semua bahan-bahan)
~Bunga kantan
~Daun kesum
~Telur
~Limau kasturi
~Bawang besar
~Cili padi/besar
~Timun
~Daun Salom
~Salad

~Cara-cara~
~Isi ikan yang direbus dikisar halus.
~Tulang ikan dikisar dan ditapis.
~Masak bahan kisar seketika,kemudian masukkan air rebusan ikan,ikan yang dikisar serta air tulang yang telah ditapis (tapis 2 kali,mula-mula guna penapis santan kemudian guna penapis teh)
~Masukkan asam keping (guna asam yang rebus ikan tadi),bunga kantan dan daun kesum.
~Bolehla masukkan garam.

~Selepas kuah masak bolehla dimakan bersama laksa yang telah direbus hingga kembang.
~Makan bersama telur rebus dan ulam-ulam.
~Resepi~
~Bahan-bahan~
~Beras pulut hitam (rendam 2-3 jam)
~Santan
~Gula
~Daun pandan
~Secubit garam
~Tepung beras (1-2 sudu besar)

~Cara-cara~
~Rebus beras pulut hitam hingga empuk,masukkan daun pandan dan gula.
~Dalam periuk berasingan kacau santan,tepung beras dan secubit garam hingga likat.
~Bila dua-dua sudah masak bolehla dimakan bersama.

Abang dan adik kena perisi daun kesum,adik buat keje sungguh-sungguh tapi abang banyak main dari buat...

Makan timeeee....Nyammmm....nyammm... ;-)

Monday, January 10, 2011

Honey Prawn

Assalamualaikum...
Udang madu nih buat untuk lunch hari sabtu,sedap tapi mariam derhaka skit dekat resepi asal,ikut apa yang ada kat rumah je ;-)
Hari tu Mariam ada tanya Kak Hana pasal flower carrot yang selalu nampak dalam hidangan masakan dia,suka sangat-sangat sebab cantik.Jadi Kak Hana ada buat entry khas pasal benda tu (cayangggg akak).....Boleh la tengok dekat rumah Kak Hana ye.Sesuai sangat untuk menarik minat anak-anak untuk makan sayur-sayuran.Lepas nih mariam nak cuba cari kat sini,kalu tak kena kecek-kecek dekat angahla jawabnye...hehehehe ('',)

~Resepi~Kak Hana
~Bahan-bahan~
~400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
~1 labu bawang besar*
~1 biji cili merah*- x dok!! gune cili kering jerk! ngeeee..(mariam guna cili kering jugak)
~3 ulas bawang putih*
~3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
~2-3 biji cili api (diketuk) (mariam tak letak)
~1 sudu makan sos cili
~1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren)
~sedikit daun ketumbar (dihiris)
~1/2 sudu besar kicap pekat

~Cara-cara~
~Kisar bahan2 bertanda *.
~Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
~Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
~Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.

Thursday, January 6, 2011

Lepat Pisang

Assalamualaikum...
Petang semalam buat lepat pisang berbekalkan pisang yang ditebang minggu lepas.Selepas agih-agih dekat 7 buah rumah dapatla mariam simpan seikat setengah,tu pun pisang yang dah tak berapa elok bahagian bawah.Pagi tuh buat apam pisang,tapi tang mana silapnya apam tak jadi pulak.Rasanya sebab pisang terover kot,last-last terpaksala sarapan dengan roti paratha je...
Petang tuh ingat nak buat cekodok pisang je,tapi memandangkan minyak sekarang kena catu jadi kenala kurangkan masakan yang goreng-goreng nih...Minyak canola yang ma bagi ada banyak lagi,tapi sayang ooooo kalu nak guna dalam goreng-goreng nih.Biasanya minyak mahal nih mariam guna dalam menumis je....Diaorang nih pun satu,nak sorok-sorok minyak pulak padahal nak naikkan harga.Nak naik cakapla terus terang,nih nak nafi-nafi pulak dahhh...Lepas nih mungkin adala pulak iklan tv yang suruh kurangkan pengambilan minyak dalam makanan,kempen makan bakar-bakar,rebus-rebusla pulak lepas nih.Dahla minyak pertol RON97 dan minyak tanah naik serentak malam tadi,ishhh3.Kalau gula dulu mariam tak heran sangatla sebab kat rumah nih memang jenis tak makan banyak gula,kalau time buat kuih atau kek je la gula parok sikit...Tapi time bab minyak nih susah hati gakla sebab mariam jenis guna minyak sekali atau dua kali je,tak pandai nak guna minyak sampai hitam.Ma pantang kalau guna minyak recycle nih sebab bahayakan kesihatan.Eh lari topik pulak,okla kita tengok lepat kat bawah pulak...('',)Kalu kira nak buat tak padan sebab dapat 5 biji je,tapi tak pela kan.Dapat 5 biji,papa makan 3 biji adik makan 1 1/2 biji,mama makan 1/2 biji yang adik tak habis.Abang pulak tak nak makan...;-)

~Resepi~
~Bahan-bahan~
~Pisang yang dilenyek
~Santan pekat
~Tepung gandum
~Gula
~Garam (secubit)
~Daun pisang yg dilayur
~Sagu (rendam hingga kembang dan toskan) (Option)

~Cara-cara~
~Pisang yang dilenyek dicampurkan dengan tepung,santan,garam,gula,dan sagu.
~Gaul sampai sebati.Kemudian letakkan 2 /3 sudu besar di atas daun pisang.Balutkan.
~Kukus lebih kurang 30-40 minit.

Wednesday, January 5, 2011

Roti Sosage Beroat

Assalamualaikum....
Biasanya roti sosage nih makan masa sarapan,tapi mariam buat tengah hari tadi untuk lunch Syafiy dan Sidqiy,bila tanya Syafiy nak makan mee hoon goreng tak dia kata tak nak lagi,adik dah makan mee hoon dah sebelum tu.Bila cakap mama buat roti sosage dulu nak tak,dia cakap nak pulak...Buat 2 biji je untuk Syafiy n Sidqiy makan,ingat nak buat lebih,tapi memandangkan sosage nih besar jadi buat 2 jela sebagai alas perut 2 beradik nih...('',)~Resepi~
~Bahan-bahan~
~Roti ( dicanai hingga nipis)
~Sosage cheese (direbus dan toskan)
~Oat (dikisar)
~Telur sebiji (pukul)
~Minyak (untuk mengoreng)
~Sos Cili

~Cara-cara~
~Gulung sosage dengan roti kemudian celupkan ke dalam telur.
~Golekkan di atas oat kemudian goreng hingga masak.
~Makan bersama sos cili

Biasanya orang guna serbuk roti,tapi mariam tukar kepada oat yang dikisar.Mariam suka guna sosage bercheese,rasanya lebih sedap sebab rasa lemak-lemak gituh...;-)

Tuesday, January 4, 2011

Pizza

Assalamualaikum....
Semalam buat pizza untuk dinner,buat simple je ikut apa yang ada dalam peti ais.Masa tengah nak campur bahan-bahan dalam BM Syafiy masuk dapur dan dia ambik baca botol yeast,dia cakap "Ni bukan ibu roti,tapi mama roti" mula-mula tak perasan sangat apa yang Syafiy cakap tu,tiba-tiba mama dia ni gelak sengsorang...patutla dia cakap macam tuh sebab dia panggil kat emak dia nih mama,bukan ibu...hehehe ('',)
~Resepi~ Mini Pizza Fendi MyResepi
~Bahan-bahan~ ( 10 biji )
  • 200ml air
  • 300g tepung roti
  • 14g gula
  • 3.5g garam
  • 16g shortening
  • 3g dry yeast
  • 6g susu tepung
  • Topping:
  • - pizza cheese
  • - mini tomato
  • - sosej
  • - asparagus
  • - sos tomato / sos pizza
  • - telur untuk sapu pada roti

~Cara-cara~

  1. Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan.
  2. Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentu bulat. Rehatkan selama 10 minit
  3. Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Lipat ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti gambar disebelah. Buat sehingga abih. Biarkan naik 2 kali ganda
  4. Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di bahagian tengah/ lubang. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.
  5. Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.
Sebelum kebakaran...;-)
Pagi tadi ada anak kucing sesat datang rumah,adik tengah bagi anak kucing makan...Manja sungguh anak kucing nih...
Award dari Fiza lagi...terima kasih banyak-banyak ye Kak Fiza,terima kasih daun keladi...hehehehe...Cam kelakar la pulak dapat benda nih....hehehe

1. Apa Benda Paling Cool Dalam Hidup Korang?
~Apa ye...eemmmm,bila anak-anak cakap benda yang tak terfikir di kotak minda mama dia nih...rasa macam kelakar dan lawak je...sejuk hati....hehehe

2. Siapa Orang Paling "Cool" Pernah Korang Jumpa?
~ "My Lovely Mum",kalau ada problem tak cepat nak melenting dan tak pernah nak anggap masalah tuh besar sangat...Cool je :-)
~ "My Father In Law", cool je...takdela nak bising-bising dan tak pernah nampak abah marah...Sesuai sangat-sangat dengan kerjayanya... :-)

3. Pass Kepada 3 Bloggers
~Sapa-sapa nak buat sila ambik ye,jangan malu-malu...

Monday, January 3, 2011

Percutian Akhir + Awal Tahun

Assalamualaikum.....
Hari Jumaat lepas (31/12/2010) kami ke Perlis 3 hari 2 malam makan angin,kiranya tahun ni dah 2 kali ke sana bercuti.Masa bulan 5 family gathering dekat Langkawi dan menginap dekat Kuala Perlis.Kali ni pun menginap hotel yang sama jugak Putra Brasmana Hotel.Bertolak dari rumah dalam pukul 11.30 pagi,singgah klinik dekat Permatang Pauh kejap dan dalam pukul 12.30 tengahari baru bertolak ke Perlis.Singgah makan dekat Alor Star sekejap dalam pukul 2.45 petang baru sampai Kuala Perlis.Petang tuh ronda-ronda pekan Perlis dan malam pekena ikan bakar dekat medan ikan bakar,2 malam berturut-turut makan dekat medan ikan bakar tu,tempat makan malam yang popular dekat Kuala Perlis.Keesokkan harinya kami pergi ke Padang Besar,Bukit Kayu Hitam, pergi tengok ladang mangga harum manis dan anggur,tengok burung unta.Suami nak pergi taman ular tapi mariam tak nak sebab tak suka tengok spesis tu.Dekat sana tak beli apa sangat pun cuma beli baju untuk Syafiy n Sidqiy dan coklat je dekat Bukit Kayu Hitam.Pergi sana cuma banyak makan je la,sampai 2 beradik ni cakap asyik-asyik makan je...;-) Hari Ahad lepas sarapan,dan lepak-lepak dekat bilik kejap pukul 11.30 kami check out.Dalam pukul 12.30 tengahari sampai Alor Star,singgah rumah makcik makan tengahari kat situ dan dalam pukul 3.30 petang kami bertolak balik Penang,sebelum tuh singgah Sungai Petani shopping dulu.Pukul 6.30 petang barula sampai Bertam.Okla tu serba sedikit cerita percutian kali ni,nak story lebih-lebih tak pandai...Jom kita layan gambar yang tak berapa nak ada nih... (",)On the way dari Bukit Kayu Hitam,tengah tunggu giliran untuk diperiksa oleh kastam...Jalan-jalan dekat taman...Syafiy n Sidqiy tengah bersantai lepas penat meloncat...Dah nak balik dah.....Papa,Mama,Adik Sidqiy dan Baby Hafiy (abang n adik minat sangat dekat baby ni) dekat Alor Star...