Showing posts with label KUEH TEOW LADNA. Show all posts
Showing posts with label KUEH TEOW LADNA. Show all posts

Friday, November 5, 2010

KUEH TEOW LADNA 'n' DORAYAKI ORIGINAL

Assalamualaikum....

Hari ni Hari Deepavali dan cuti umum,rasanya nila kali pertama Mariam update time cuti macam ni.Biasanya kalau cuti 3 hari berturut-turut kami akan balik kampung,tapi kali ni tak sebab Ahad nanti suami kena kerja luar lagi.Pada mulanya memang kami plan nak balik Ipoh cuti ni,tapi tak kesampaian....Semua kerja dah beres,cuma tunggu nak solat asar dulu sebelum kami keluar pergi beli barang-barang dapur.Hari ni plan nak ke Jusco Seberang Jaya,antara tempat yang best untuk shopping,hehehe...Okla kita tengok menu sempoi apa pulak yang ada kat bawah... :-)

Kueh teow ladna,minggu ni 2 kali buat menu ni...Hari isnin dan semalam (khamis).Masa masak hari isnin lepas mariam rasa dah masak lebih sikit untuk suami makan malam.Niat di hati cuma nak tumpang sekaki je la makan ngan suami sebab dah makan nasi dengan Syafiy n Sidqiy sebelum tu.Tapi nampak gayanya tak sampai hati pulak nak mintak sebab masa lunch encik suami tak makan.Jadi semalam kiranya balas dendam la..hehehe ;-)

~Resepi~
~Bahan-bahan~

~Kueh teow (2 orang makan)
~Ayam (bahagian isi)
~Udang
~Bebola ikan/bebola udang/bebola sotong
~ Sos tiram 2-3 sudu besar
~Telur 2 biji
~Cili padi
~Bawang merah/besar
~Bawang putih
~Kubis
~Lobak merah
~Tepung jagung 1 sudu kecil (dibancuh dengan sedikit air)
~Garam dan gula

~Cara-cara~

~Tumis bawang merah dan putih yang dikisar atau ditumbuk hingga naik bau.Masukkan isi ayam,kemudian masukkan air dan bebola ikan/sotong/udang.
~Masukkan sos tiram,cili padi,lobak merah,kubis serta garam dan gula.
~Masukkan udang dan kueh teow.Kemudian bolehla angkat kueh teow tetapi kuah jangan diangkat sekali,tinggalkan kuah.
~Masukkan bancuhan tepung jagung,kiranya kuah agak kering,bolehla tambahkan sedikit air.Masukkan telur sebiji-sebiji.
~Apabila telur dah masak/separuh masak bolehla dicurahkan di atas kueh teow tadi.



Dorayaki yang dipos oleh angah dari Yamaguchi,terima kasih ye angah sebab susah-susah je poskan dorayaki ni dan puzzle untuk 2 S tu,macam tahu-tahu je kak long teringin nak makan :-)...Masa mak abah datang untuk kenduri 2 minggu lepas mak bawak ole-ole yang angah kirimkan untuk kami semua,kiranya nih bukan kali pertama angah dok kirim barang dekat kami,setahun 2-3 kali jugakla dapat ole-ole dari sana...
Dorayaki yang paling sedap pernah mariam makan,kalau dah rasa yang ni mesti dah tak pandang dorayaki yang lain...Masa tengah belajar kat Ausie dulu pernahla sekali kirimkan 50 biji dari angah,sebab mariam nak makan dan nak bagi dekat family-family yang lain... :-)