Thursday, August 4, 2011

Talam Pandan n Hari Sukan

Assalamualaikum...
Alhamdulillah hari ni hari ke-4 kita semua menyambut Ramadhan,mesti mak-mak masih banyak lagi dok menerai menu-menu yang best2 untuk berbuka...Awal-awal nih resepi-resepi baru mesti banyak lagi yang nak kena cuba,akhir-akhir nanti mesti dah kering idea kan..;-) Mariam masak biasa-biasa je untuk berbuka,2 jenis lauk dah cukup untuk kami,nak masak lebih-lebih susah sikit sebab Syadza tak sporting sangat...Semalam sempat buat kuih talam pandan,petang tuh jiran bagi kuih sagu,Alhamdulillah ada gak kuih semalam,kalau tak memang tak menguih pun,lepas terawih makan buah je lah...('',)
Suami cakap sedap,tapi next time siler kurangkan lapisan atas tuh bagi nipis skit...('',)

LinkKuih talam pandan,mariam ambik resepi dekat rumah Kak Nur
~Resepi~
Bahan Lapisan Bawah

• 1 cawan tepung beras
• 1 s/b tepung jagung
• 1/2 cawan gula (saya tambah 2 sb lagi)
• 2 cawan santan cair + sikit garam
• 1 cawan jus pandan + pewarna hijau
• 1 sb air kapur

Cara Masak L.Bawah
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci dan kukus sebentar.
2. Masukkan semua bahan lapisan bawah ke dlm mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
3. Masak adunan sebentar sehingga naik wap dlm 10 minit dan kacau sentiasa.
4. Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 20 minit.
5. = sementara itu, bolehlah sediakan bahan lapisan atas pula.


Bahan Utk Lapisan Atas
• 1/2 cawan tepung beras
• 4 sudu besar tpng jagung
• 3 cawan santan sederhana pekat + sedikit garam

Cara Masak Lapisan Atas
1. Gaulkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan.
2. Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2 (dlm 10 minit)
3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah tadi.
4. ( sekiranya ada sedikit air atas lapisan tu, bolehlah lapkan sedikit guna kertas tisu dan cakarkan)
5. Kukus lagi selama 20 minit. Setelah siap, angkat dan sejukkan.
6. Sejukkan betul2 sebelum potong dan hidangkan.( potong guna pisau plastik/pisau kek)


Hari sabtu minggu lepas hari sukan sekolah Syafiy,pukul 8.30 pagi acara bermula dan habis pukul 12 tengahari,memang on time sungguh tak macam janji melayu.Seronok tengok anak-anak kecik main sukan,ada yang nangis,ada yang tak nak gerak-gerak pun,puas cikgu-cikgu dok pujuk.Yelah pelajar yang main sukan ni dari 2 tahun hingga 6 tahun,macam-macam perangai ada...Syadza dari mula sampai ke sudah tak buat perangai walaupun mata dah ngantuk,baik sungguh anak solehah mama nih..:-) Pukul 12.30 sampai rumah tidurkan Syadza dulu lepas tu lunch kemudian terus bersilat kat dapur pulak sebab makcik n sepupu belah suami nak datang petang tuh,sempatla jugak masakkan mee bandung walaupun suami suh masak mee goreng je sebab takut wife dia nih tak larat...Okla jom tengok gambar-gambar yang sempat diambik hari tuh...,(*_-)

Game nih group abang Syafiy menang....
Game nih group biru kalah..hehehe..
Ni acara untuk kaum bapa,kaum ibu pun ada gak tapi papa tak sempat nak ambik gambar....Waahh group mama dapat no 1 tuh,group papa dapat no 3....lajuuu mama lariiii... hahaha!!!

Group abang Syafiy,sukan nih abang Syafiy menang 3 medal...(*_*)

Mama dapat adiah..carik mana mama..hehehe ('',)

Syadza dah ngantuk dah nih..(=_=)
My '3 S'

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan

Assalamualikum...
Selamat menyambut bulan Ramadhan buat seluruh umat Islam,semoga Ramadhan kali ini kita sama-sama berusaha mempertingkatkan lagi amal ibadat kita semua,InsyAllah.Hari pertama bulan Ramadhan tahun ni terpaksa berbuka dengan anak-anak je sebab suami kena kerja luar, ingatkan Ramadhan kali ni bolehla rest dari buat kerja luar...Tapi rezeki tidak kira bila dan dimana,semoga Allah permudahkan segala urusan dan berikan kesihatan yang terbaik untuk suamiku,Ameen...Pagi tadi kami bertiga bangun sahur awal dari biasa,pukul 4 dah bersahur,pukul 4.30 suami bertolak ke kl sebab meeting pukul 10 pagi.InsyaAllah kalau semua urusan selesai,petang nanti akan bertolak balik ke penang semula....('',)
Okla citer pasal menu kali ni pulak,kek marble dekat bawah buat minggu lepas,mariam guna resepi yang biasa buat dulu,cuma buat ala-ala pelangi.Mula-mula tu buat apam dot2 tu,tapi tak jadi la pulakkk,disebabkan angin rajin ada lagi jadi mariam terus buat kek nih,tengok-tengok ovallet tak cukup la pulak,alang-alang dah buat tawakal je lah.Nasib baik ok, memandangkan hari tuh suami nak ke kl,kirim kek ni dekat mak sikit dan bagi jiran sebelah sikit (balas pinggan dia..hehe..)Ni untuk mak..;-)
Ni untuk jiran sebelah..:-)

Ni untuk makan-makan dekat rumah ;-)

~Resepi~
(myresepi:tulip77)
( loyang 10" x 3" tinggi )

~250g tepung naik sendiri
~200g gula kastor (mariam letak 180g)
~300g telur - timbang tanpa kulit ( saya guna 5biji size B )
~1camb ovellate
~1camt baking powder
~2camb susu pekat
~50ml susu segar
~175g butter - cairkan
~1/2camb coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari, atau citarasa sendiri

Cara-cara:

1.Pukul telur dengan gula hingga kembang,kemudian masukkan ovellate.
2.Masukkan telur,baking powder,susu pekat,tepung dan susu cair (adunan menjadi pekat).Apabila sudah sebati masukkan butter cair tadi,kemudian kacau hingga sebati.
3.Bahagikan kepada 3/4 bahagian.
4.Sapukan loyang dengan butter dan tabur sedikit tepung.
5.Kemudian masukkan adunan selang seli.
6.Bakar pada suhu 160'c selama 45 minit.
(bila sejuk baru keluarkan dr loyang)