Sunday, March 27, 2011

Perth - Kota Bharu - Ipoh

Assalamualaikum.....
Lama jugak tak update blog ni,rindu pulak rasanya.Memandangkan mata tak mengantuk lagi,dan tengah tunggu encik suami stay up siapkan kerja dia baik ambik peluang nih untuk buat apa yang patut kan ;-) Terima kasih dekat kawan-kawan yang bertanyakan khabar dan doakan keselamatan mariam dan baby.Setakat ni baby masih lagi dekat dalam (39 minggu 2 hari) mama dia ni tengah menghitung hari je, yang abang-abang pulak tak jemu-jemu tanya bila baby nak keluar.Semoga Allah S.W.T permudahkan semuanya.Ameen...
Sekarang ni mariam ada dekat Ipoh dan InsyaAllah jantung hati kami yang ke-3 akan lahir di sini.
Kalau dulu ramai yang tanya "Nanti bersalin kat mana" my answer "tak tahu lagi," dan orang akan cakap,la tak tahu lagi??? Dalam hati,yela tak tahu lagi nak bersalin kat mana,penang ke,kelantan ke ipoh ke ausie ke (yang nih melampau dan ngada-ngada sangat la kan..hehehe) Mariam buat keputusan nak bersalin dekat sini pun dalam 2 minggu lepas je bila kata hati dah tekat tanpa paksaan atau cadangan dari mana-mana pihak ('',) hehehe
Salah satu sebab yang membolehkan mariam nak bersalin kat ipoh nih sebab angah ada kat sini dan tak berangkat ke Holland lagi,nanti bolehla angah tengok-tengokkan 2S (Syafiy n Sidqiy) kalau mariam n mak pergi hospital nanti.Mula-mula kesian jugak sebab angah sekarang still dalam fasa 'sakit pagi' tapi angah kata tak apa dia boleh jaga.Harap-harap 2S tak buat perangai terutama sekali Sidqiy.
Pagi tadi kami pergi buat check up dekat Pusat Perubatan Ar-Ridzuan,mula-mula ada 2 pilihan antara Ipoh Specialist Hospital atau Ar-Ridzuan,bila pergi tengok Hospital Ar-Ridzuan selesa (sebab dah pindah bangunan baru) dan kami puas hati sangat,jadi kami buat keputusan untuk bersalin dekat situ.InsyaAllah mariam dan angah akan bersalin dekat Ar-Ridzuan kali ni (2 orangla cucu mak abah akan keluar dekat situ tahun ni,InsyaAllah ) ('',)

(Gambar di Hospital Ar-Ridzuan pagi tadi ;-))
Paksu dan anak-anak buah,baru 4 orang,bila semua menjerit macam ada 40 orang...feninggg...feningggg ('',)Sama-sama pandai cakap dan sama-sama kuat menjerit....Ishhh..ishhh.. ;-)Takeshi yang putih melepak dan kuat makan...betul tak dik...('',)

Friday, March 4, 2011

Pulut Pagi

Assalamualaikum...
Bersiaran dengan menu pulut pagi,suami dan anak-anak suka sangat makan pulut ni.Kalau buat mesti adik dan abang makan berulang-ulang kali.Tapi 3S tu makan pulut tanpa kelapa,mama dia sorang jela yang makan mesti ada kelapa.... ('',)


Pulut ni masa balik kelantan hari tuh beli ye... ;-),mariam suka sangat kalau makan pulut yang ada kacang nih...sukeee sesangattt.. ('',)

~Resepi~ Ma
~Bahan-bahan~
~Pulut (direndam)
~Daun pandan 1-2 helai
~Gula melaka (kemanisan citarasa) (yang dimasak dengan sedikit air)

~Cara-cara~
~Rendam pulut 3-4 jam.
~Kukus pulut 15 minit,kemudian ambil secawan air dan siram atas pulut yang dikukus tadi,kacau seketika kemudian kukus semula dalam 10 minit.
~Angkat pulut,masukkan dalam bekas yang diisi daun pandan kemudian masukkan air gula melaka sedikit-sedikit,kacau hingga semua sebati.
~Kemudian kukus semula 15-20 minit.
~Bolehla dimakan dengan kelapa parut dan kacang.

Wednesday, March 2, 2011

MEE REBUS

Assalamualaikum...
Menu makan malam,kalau dekat belah kelantan mee rebus nih macam rojak mee.Tapi kuahnya lebih pekat dan kurang pedas.Mariam lebih suka mee rebus ni kalau nak dibandingkan dengan rojak mee.Okla tak ada apa-apa nak citer sangat,jomla kita layannnn.. ('',)

~Resepi~
~Bahan-bahan~
~2 sudu besar udang kering
~6-7 tangkaicili kering
~1 ketul ubi keledek (serdahana)
~2 ulas bawang merah
~Asam jawa
~Garam
~Gula melaka
~Daging direbus,dan ambil air rebusan daging

Bahan hiasan

~Tauhu goreng
~Telur rebus
~Daun ketumbar
~Bawang goreng
~Cucur udang/jemput-jemput udang
~Ubi kentang (rebus)
~Daging yang telah direbus dihiris nipis.

~Cara-cara~
-Udang kering dan cili digoreng tanpa minyak kemudia dikisar bersama ubi yang sudah direbus.
-Tumis bawang merah kemudian masukkan bahan kisar hingga pecah minyak.
-Masukkan air rebusan daging,asam jawa, garam dan gula melaka.
-Selepas siap hidang bersama tauhu goreng,telur,cucur udang,daun ketumbar,ubi kentang dan bawang goreng
(kuah tak likat sangat dan tak cair sangat )