Tuesday, November 15, 2011

Kek Coklat Tanpa Telur

Assalamualaikum...
Nak cerita apa ye malam ni,tak ada cerita sangat nak citer kali ni memandangkan MyLove pun baru je bertolak ke KL lepas maghrib tadi.Syafiy dan Syadza pun dah tido,tinggal Sidqiy je yang teman mama sekarang ni,tu pun tengah dok main tuang-tuang air dalam gelas.Malas mama nak larang,ikut dia laaa...
Sekarang nih dah boleh nak update kerap sikit sebab dah beli charger baru..hehehe..Lepas nih bolehla ronda-ronda blog kengkawan yang lain,lama dah tak buat keje tuh..('',)

Super Moist Eggless Chocolate Cake resepi dari Kak Dayang.Sangat senang buat kek nih dan sangat moist,tak yah pakai butter,tak yah pukul telur sampai kembang,senang yang amat....Antara kek coklat yang mariam suka buat,bulan lepas je 5-6 kali buat kek nih ('',)

~Resepi~ Myresepi (Dayang)

Bahan-bahan ( loyang 5-6 inci )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan muffin cup pun boleh juga.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran. Contoh gambar kek yg menggunakan muffin cup.

2 comments:

  1. assalam Mariam
    slmat bertemu kembali ye di dunia blog pulak. he he meh la singgah kat http:saranur blogsport ye

    sedap kan kek coklat tanpa telur tu, akak Nuri pun penah wat sekali betul2 moist...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam kak nuri,nanti mariam pergi singgah sana..bestkan kak resepi ni,kek dia moist sgt,dan senang sgt nak buat..

    ReplyDelete