Monday, February 28, 2011

Sup Mamak Power

Assalamualaikum...
Dah lama cari resepi sup mamak ni,suami dah 2-3 kali tanya boleh tak buat sup macam sup mamak yang pekat dan banyak rempah tuh.Alhamdulillah akhirnya jumpa jugak resepi yang dicari-cari.Masa mula-mula encik suami makan dia tanya mamak mana yang bagi resepi nih,hehehe..Suami kata kalau macam ni hari-hari makan sup pun tak pe... ('',)

~Resepi~Diana

Bahan A

~1 kg daging/lidah/ekor kambing/lembu
~4 helai daun pandan
(daging direbus + daun pandan)

Bahan B
~4 sudu makan rempah sup

~30gm lada padi
~100gm bawang kecil
~30gm bawang putih
~50g halia
( dikisar halus)

~2 batang kayu manis (mariam tambah bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga)
~garam secukup rasa
~gula sedikit

~3 sudu tepung dhal dicampur sedikit air (bahan pemekat) (mariam letak 2 sudu je)
(boleh ganti dengan kentang yg dikisar...lagi sedap,dia x bau tepung)
Bahan untuk taburan:
~daun sup dan daun bawang
~bawang goreng

Cara-caranya:
1. Tumis bahan kisar + rempah sup hingga garing..
2. Masuk kan ke dalam periuk rebusan daging tadi.
3. Jika semua dah ok.. baru masuk kan tepung dhal..
4. Harus kacau selalu.. jika tidak tepung jadi bergentel.(mariam kacau asing tepung ni,ambil satu senduk kuah sup dan kacau dengan tepung hingga sebati,baru tuang dalam periuk)
5. Kalau nak lagi pedas-masa dihidang a dash of pepper...

No comments:

Post a Comment

Post a Comment