Sunday, March 27, 2011

Perth - Kota Bharu - Ipoh

Assalamualaikum.....
Lama jugak tak update blog ni,rindu pulak rasanya.Memandangkan mata tak mengantuk lagi,dan tengah tunggu encik suami stay up siapkan kerja dia baik ambik peluang nih untuk buat apa yang patut kan ;-) Terima kasih dekat kawan-kawan yang bertanyakan khabar dan doakan keselamatan mariam dan baby.Setakat ni baby masih lagi dekat dalam (39 minggu 2 hari) mama dia ni tengah menghitung hari je, yang abang-abang pulak tak jemu-jemu tanya bila baby nak keluar.Semoga Allah S.W.T permudahkan semuanya.Ameen...
Sekarang ni mariam ada dekat Ipoh dan InsyaAllah jantung hati kami yang ke-3 akan lahir di sini.
Kalau dulu ramai yang tanya "Nanti bersalin kat mana" my answer "tak tahu lagi," dan orang akan cakap,la tak tahu lagi??? Dalam hati,yela tak tahu lagi nak bersalin kat mana,penang ke,kelantan ke ipoh ke ausie ke (yang nih melampau dan ngada-ngada sangat la kan..hehehe) Mariam buat keputusan nak bersalin dekat sini pun dalam 2 minggu lepas je bila kata hati dah tekat tanpa paksaan atau cadangan dari mana-mana pihak ('',) hehehe
Salah satu sebab yang membolehkan mariam nak bersalin kat ipoh nih sebab angah ada kat sini dan tak berangkat ke Holland lagi,nanti bolehla angah tengok-tengokkan 2S (Syafiy n Sidqiy) kalau mariam n mak pergi hospital nanti.Mula-mula kesian jugak sebab angah sekarang still dalam fasa 'sakit pagi' tapi angah kata tak apa dia boleh jaga.Harap-harap 2S tak buat perangai terutama sekali Sidqiy.
Pagi tadi kami pergi buat check up dekat Pusat Perubatan Ar-Ridzuan,mula-mula ada 2 pilihan antara Ipoh Specialist Hospital atau Ar-Ridzuan,bila pergi tengok Hospital Ar-Ridzuan selesa (sebab dah pindah bangunan baru) dan kami puas hati sangat,jadi kami buat keputusan untuk bersalin dekat situ.InsyaAllah mariam dan angah akan bersalin dekat Ar-Ridzuan kali ni (2 orangla cucu mak abah akan keluar dekat situ tahun ni,InsyaAllah ) ('',)

(Gambar di Hospital Ar-Ridzuan pagi tadi ;-))
Paksu dan anak-anak buah,baru 4 orang,bila semua menjerit macam ada 40 orang...feninggg...feningggg ('',)Sama-sama pandai cakap dan sama-sama kuat menjerit....Ishhh..ishhh.. ;-)Takeshi yang putih melepak dan kuat makan...betul tak dik...('',)

4 comments:

  1. menghitung hari ye mariam... insyaAllah.. bersalin kat mana2 pun tak kisah.. yg penting selamat.. mesti 2S tak sabar2 nak tgk adik dia kan? hehe.. mcm dini & haziq dulu gitulah jugak... takeshi dah besar dah ehh.. aritu tgk dlm fp... comel je dia..

    ReplyDelete
  2. take care....sy doakan awk selamat dgn baby....miz u so much..:)

    ReplyDelete
  3. aaa kak,tgh menghitung hari ni...terima kasih doakan keselamatan mariam n baby...2s tuh mmg dh tak sabar2 nk tgk adik baru ni,kalau 2s buat perangai lps tuh mariam ckp nnt baby x nak kawan mesti 2s nangis..hehehe...
    aaa,takeshi dh besar dah..masa kat fp dulu baru je lahir... :)

    ReplyDelete
  4. thanks doakan kak yea n baby...kak yea dokan lepas ni baby dari pahang pulak..mizzz u 2..

    ReplyDelete