Tuesday, July 5, 2011

Lempuk Durian

Assalamualaikum...
Hari tu durian yang mak tok bagi banyak sangat jadi mariam buat lempuk,kalau buat lempuk ni boleh tahan lama.Bertahun-tahun pun tahan kalau simpan dalam peti ais.Biasanya kalau lempuk ni mariam akan buat kuah lempuk makan dengan roti jala.Kalau buat pun suami dan anak-anak je yang makan,mama dia nih tak tahu kenapa tak boleh nak telan kalau roti jala cicah dengan kuah lempuk ni,mesti nak kena cicah dengan kari atau kuzi jugak.Mungkin sebab dari dulu lagi dah biasa makan macam tu kan...Biasanya kalau buat menu ni,mariam akan cicah dengan roti biasa jela.Okla jom layan gambar lempuk,mariam guna oven untuk buat lempuk nih,sangatla sempoi dan senang.Walaupun makan masa yang lama tapi dapur kita tak bersepah dan tak perlu penat mengacau,kalau masak dapur biasa ni kita tak boleh nak tinggal,nanti hangit pulak..(''_'')Sebelum
Sesudah...

~Resepi~
~Bahan-bahan~

~Durian yang dibuang biji
~Gula (ikut citarasa)

~Cara-cara~
1.Durian digaul dengan gula dan bakar pada suhu 150'c (bergantung pada kepanasan oven masing-masing,jangan terlampau panas nanti cepat hangit)
2.Selepas sejam,gaul semula sampai sebati,bakar lagi dengan suhu yang sama,dan turunkan suhu dan masa membakar apabila nampak dah nak masak.Ulangi langkah ini sehingga durian bertukar warna coklat.(Bila dah masak durian/lempuk tak akan melekat)

No comments:

Post a Comment