Thursday, August 4, 2011

Talam Pandan n Hari Sukan

Assalamualaikum...
Alhamdulillah hari ni hari ke-4 kita semua menyambut Ramadhan,mesti mak-mak masih banyak lagi dok menerai menu-menu yang best2 untuk berbuka...Awal-awal nih resepi-resepi baru mesti banyak lagi yang nak kena cuba,akhir-akhir nanti mesti dah kering idea kan..;-) Mariam masak biasa-biasa je untuk berbuka,2 jenis lauk dah cukup untuk kami,nak masak lebih-lebih susah sikit sebab Syadza tak sporting sangat...Semalam sempat buat kuih talam pandan,petang tuh jiran bagi kuih sagu,Alhamdulillah ada gak kuih semalam,kalau tak memang tak menguih pun,lepas terawih makan buah je lah...('',)
Suami cakap sedap,tapi next time siler kurangkan lapisan atas tuh bagi nipis skit...('',)

LinkKuih talam pandan,mariam ambik resepi dekat rumah Kak Nur
~Resepi~
Bahan Lapisan Bawah

• 1 cawan tepung beras
• 1 s/b tepung jagung
• 1/2 cawan gula (saya tambah 2 sb lagi)
• 2 cawan santan cair + sikit garam
• 1 cawan jus pandan + pewarna hijau
• 1 sb air kapur

Cara Masak L.Bawah
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci dan kukus sebentar.
2. Masukkan semua bahan lapisan bawah ke dlm mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
3. Masak adunan sebentar sehingga naik wap dlm 10 minit dan kacau sentiasa.
4. Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 20 minit.
5. = sementara itu, bolehlah sediakan bahan lapisan atas pula.


Bahan Utk Lapisan Atas
• 1/2 cawan tepung beras
• 4 sudu besar tpng jagung
• 3 cawan santan sederhana pekat + sedikit garam

Cara Masak Lapisan Atas
1. Gaulkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan.
2. Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2 (dlm 10 minit)
3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah tadi.
4. ( sekiranya ada sedikit air atas lapisan tu, bolehlah lapkan sedikit guna kertas tisu dan cakarkan)
5. Kukus lagi selama 20 minit. Setelah siap, angkat dan sejukkan.
6. Sejukkan betul2 sebelum potong dan hidangkan.( potong guna pisau plastik/pisau kek)


Hari sabtu minggu lepas hari sukan sekolah Syafiy,pukul 8.30 pagi acara bermula dan habis pukul 12 tengahari,memang on time sungguh tak macam janji melayu.Seronok tengok anak-anak kecik main sukan,ada yang nangis,ada yang tak nak gerak-gerak pun,puas cikgu-cikgu dok pujuk.Yelah pelajar yang main sukan ni dari 2 tahun hingga 6 tahun,macam-macam perangai ada...Syadza dari mula sampai ke sudah tak buat perangai walaupun mata dah ngantuk,baik sungguh anak solehah mama nih..:-) Pukul 12.30 sampai rumah tidurkan Syadza dulu lepas tu lunch kemudian terus bersilat kat dapur pulak sebab makcik n sepupu belah suami nak datang petang tuh,sempatla jugak masakkan mee bandung walaupun suami suh masak mee goreng je sebab takut wife dia nih tak larat...Okla jom tengok gambar-gambar yang sempat diambik hari tuh...,(*_-)

Game nih group abang Syafiy menang....
Game nih group biru kalah..hehehe..
Ni acara untuk kaum bapa,kaum ibu pun ada gak tapi papa tak sempat nak ambik gambar....Waahh group mama dapat no 1 tuh,group papa dapat no 3....lajuuu mama lariiii... hahaha!!!

Group abang Syafiy,sukan nih abang Syafiy menang 3 medal...(*_*)

Mama dapat adiah..carik mana mama..hehehe ('',)

Syadza dah ngantuk dah nih..(=_=)
My '3 S'

1 comment:

  1. CASINO JOHNN'S CASINO & RESORT - Hendon Mob Casino
    JOHNN'S CASINO & RESORT in Hendon, NH. 동해 출장마사지 6382 서귀포 출장마사지 likes 경상북도 출장샵 · 7341 talking about 청주 출장마사지 this. JOHNN'S CASINO 군포 출장안마 & RESORT.

    ReplyDelete