Sunday, November 13, 2011

Apam Dot-dot

Assalamualaikum....
LinkTuan rumah baru nak update menu yang tersohor seantero dunia nih,tak apa la kan sekurang-kurangnya ada pengalaman buat apam nih..('',)
Minggu ni saja dah 2 kali buat apam ni atas permintaan bakal imam-imam muda mama.Suka sangat buat sebab kejap je licin sampai kena sorok sikit sebab nak balas pinggan jiran sebelah.Terima kasih banyak-banyak Cik Tie sebab bagi acuan untuk buat apam nih...(cik tie,dah lulus ke belum...hehehe)
Kalau mengikut resepi yang asal,bagi mariam sukatan gula dia super sweet,kurangkan gula sangatla digalakkan sebab inti pun dah manis...('',)

~Resepi~ (My Resepi)
~Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )

~3 biji telur
~275 gm tepung gandum
~200 gm gula halus (mariam kurangkan pada 150gm)
~150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
~3 sudu teh baking powder
~1 sudu teh ovallete
~Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna & Esen Vanilla

Cara-cara

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas dan putarkan dalam kelajuan tinggi selama 6-8 minit
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. 5.. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik
6. Picitkan blueberry filling secukupnya
7. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
8. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
9. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
10. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.
11.Selamat Mencuba

~Cara-cara~

3 comments: