Friday, November 18, 2011

Apam Marmar

Assalamualaikum....
Barsiaran di pagi Jumaat yang penuh dengan keberkatan...Hari ni mak-mak masak apa ye,tengahari ni mariam buat ayam goreng oat je untuk anak-anak.Pagi tadi abah mariam bertolak balik ke kelantan,abah datang hari rabu sebab ada kerja dekat Perlis tidur dekat rumah 2 malam je...Abah kata dah nak kena balik pagi ni sebab dah rindu dekat ma dah..hehe..Mula-mula abah ajak ma datang jugak,tapi ma tak boleh nak tinggalkan rumah sebab kak umi tengah berpantang dekat kelantan...Okla,kita tengok apam marmar yang gebusss nih...bagi jiran sebelah sikit...Sekarang ni kalau mama buat apa-apa je kuih mesti 2s tegur ''mama nak bagi makcik Nurul ke...??'' hehehe...

~Resepi~ My Resepi(Mat Gebu)

~Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )

  • 250 g tepung berserbuk penaik
  • 200 ml santan
  • 200 g gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 1 camca teh vanila esen
  • 1 camca makan ovallate
  • Secubit garam
  • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
  2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
  3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
  4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
  5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.

2 comments:

  1. cantiklah kaler apam marmar ni..
    akak lum penah wat he he ada rupa kek butter tapi nampak lebih lembut dan gebu je..
    rasanya macam kek tak? nanti senang2 leh gak try hihi menyibuk je kan akak nuri ni...

    ReplyDelete
  2. kak nuri,mariam guna resepi ni lembut n gebusss je apam dia..aaa,rasa mcm butter kek versi kukus...takpe kak,kiter sama2 menyibukkan diri masing2..heheh..

    ReplyDelete