Tuesday, November 2, 2010

Dari Fotopages Ke Blog

Assalamualaikum....

Bersua kembali setelah sekian lama menyepi....

Kiranya kali ni Mariam beralih angin berblog pula selepas berfotopages.Nampak gayanya fp dah semakin sunyi sebab ramai yang beralih ke sini...Harap-harap ramaila kawan-kawan yang sudi bertandang ke sini.Disebabkan dah lama tak update,jadi mood nak mencuba resepi-resepi baru tuh kurenggg sikit.Masak pun menu-menu ulang tayang je.Lepas ni harapnya angin rajin nak cuba resepi-resepi baru tuh mai la...Okla disebabkan dah lama tak snap gambar masak-masak jadi jomla tengokmenu sempoi apa yang baru disnap semalam dan pagi tadi...

PENGAT PISANG


Pengat pisang ni Mariam masak semalam,bukan untuk minum petang tapi untuk makan malam.Masak pun lepas Maghrib sebab suami pun dekat pukul 11 malam baru sampai rumah.Kiranya untuk supper la... :-)

~Resepi~
~Bahan-bahan~

~Pisang 5-6 biji dipotong dua
~Santan 2 cawan
~Gula melaka
~Secubit garam
~Daun pandan sehelai

~Cara-cara~

~Masakkan santan,gula melaka,garam,dan daun pandan.Sebelum santan mengelegak masukkan pisang.
~Pastikan sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak,gunakan api yang kecil.

LEMPENG PISANG

Lempeng pisang sarapan pagi kami pagi ni sebelum suami bertolak ke Kuala Lumpur....Adussss,malam nih layan citer Gelora Di Hati Sara sengsorang lagila.... :-(

~Resepi~

~Bahan-bahan~

~Pisang 4-5 biji dilecek
~Tepung gandum 1/2 cawan (bergantung pada jumlah pisang)
~Santan pekat 3-4 sudu besar
~Secubit garam
~Gula
~Daun pisang
~Sedikit butter/minyak (untuk disapu pada daun pisang)

~Cara-cara~

~Sapukan sedikit butter/minyak pada daun pisang supaya tak melekat
~Letakkan daun pisang atas kuali leper,bakar lempeng.Sapukan satu lagi daun pisang untuk tutup di atasnya,supaya senang bila nak terbalikkan nanti....Bakar hingga masak..

No comments:

Post a Comment