Saturday, November 6, 2010

NASI JAGUNG AYAM SERAI

Assalamualaikum....
Berbekalkan jagung yang ma poskan bersama-sama baju dan seluar beberapa minggu lepas maka terhasillah nasi jagung ni.Sebelum ni mariam dah buat bubur jagung,ada banyak lagi dalam peti ais tu...Ingat nak cuba buat jemput-jemput/cucur jagung pulak sebab tak pernah rasa cucur tu lagi... ;-)


Menu lunch hari Jumaat, nasi jagung digandingkan bersama sup ayam dan ayam masak serai kat bawah....;-)
Resepi Mariam ambil dari Chef Liza.

~Resepi~

~Bahan~

~6 caw beras bathmati....basuh dan toskan
~2 caw jagung parut/jagung frozen
~1 caw susu cair
~8 caw air
~2 s/b rempah kurma
~2 biji buah tomato.....mesinkan
~3 s/b minyak sapi
~1 tangkai daun ketumbar.....mayang
~daun pandan........simpulkan
~garam
~gula

~Bahan tumis~

~5 ulas bawang merah ]
~3 ulas bawang putih ] mayang halus
~2 cm halia ]
~2 cm kulit kayu manis
~2 kuntum bungka lawang
~5 biji bunga cengkih
~3 biji buah pelaga

~Cara-cara~

1. Panaskan minyak sapi dlam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, tomato dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, jagung dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Bila telah masak bolih dihidangkan dengan lauk daging atau ayam serta acar.






Ayam masak serai,simple dan sedap.Sangatla sesuai dimasak kalau stok serai dekat laman rumah atau dalam peti ais masih banyak lagi.Rasa macam ayam masak sambal tumis atau ayam masak merah.

~AYAM MASAK SERAI~
(cnp dari Fp Kak Liza.Resepi asal dari Maklang)

~Bahan-bahannya~

~1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan.Mariam potong besar-besar
~6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai
itu kurang dan serai lambat kering)
~2 keping asam gelugor
~Garam dan kunyit

~Bahan untuk di kisar~

~6 biji bawang merah
~1 labu bawang besar
~4 ulas bawang putih
~20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

~Caranya~

~Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
~Angkat ayam dan toskan minyaknya
~Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
~Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng ~lagi sehingga serai kering.
~Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
~Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. ~Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.


No comments:

Post a Comment