Tuesday, November 30, 2010

Jom Masak Bingka Ubi Kayu

Assalamualaikum..
Dah lama teringin nak makan bingka ubi kayu ni,kalau dekat kelantan cara masak dia bukan macam ni.Kalau kat kelantan ubi kayu dimasak lembut,dan dimakan dengan santan yang dimasak hingga pekat.Tapi mariam buat macam ni sebab takut suami tak makan style kelantan punya.Beli ubi kayu dekat pasar malam hari sabtu dan buat hari ahad petang,mula-mula malas la jugak nak buat sebab banyak step dan petang tu nak outing.Tapi takut ubi kayu tu masuk angin nanti rosak pulak jadi kena rajinkan diri jugakla...Dah kata nak makan kannnnn...;-)
Disebabkan dekat rumah nih tak ada sagat kelapa,jadi mariam potong ubi tu nipis-nipis (ala-ala potong ubi nak buat kerepek) dan kisar dengan sedikit air (tak leh potong besar-besar nanti rosak pulak pengisar).Air tak boleh letak banyak terus nanti susah pulak nak perah nanti.Resepi ni pun mariam kurangkan gula dan tambah susu pekat.Bak kata mak letak susu pekat supaya dia lemak-lemak manis,petua orang dulu-dulu...(",)

Selepas siap dikisar dan diperahAir perahan ubi kayu,yang putih tu sagu ubi kayu,jangan dibuang.Gaul sekali bersama ubi dan bahan-bahan lain nanti.Cuma buang air yang kuning tu je.Siap digaul dengan bahan-bahan lain,mariam tambah sedikit pewarna kuning sebab ubi yang mariam beli isi dia putih.Siap dibakarBismillah.....Sarapan pagi isnin,bingka dimakan bersama air kopi 'O'

Mariam guna resepi dari Kak Fiza
~Resepi (MyResepi- Kak Fiza) ~

~Bahan-bahan ( loyang 4 segi 9"x 9"x 3" )~

~2 kilo ubi kayu kuning @ putih.
~2 1/2 cawan gula pasir (mariam kurangkan gula dan tambah 3 sudu besar susu pekat manis)
~4 1/2 cawan santan pekat
~1 sudu teh garam
~sagu dari ubi kayu
~pewarna kuning sedikit (mariam tambah)

Cara-cara

-Ubi kayu dibuang kulit dan dibersihkan.
-Kemudian sagat ubi dgn sagat kelapa. (mariam hiris nipis2 pas tu blend,kemudian perah dengan kain.)
-Setelah habis sagat perah ubi dgn kain bersih utk mengeluarkan airnya.
-Air dari perahan tadi jangan terus dibuang, biarkan 20 min di dlm mangkuk @ besen.
-Setelah itu tuang air perahan tadi perlahan2 dan kita akan dapati sagu ubi kayu.
-Kemudian campur ubi kayu,sagu,gula,garam dan santan.gaul hingga sebati.
-Tuang adunan dlm acuan yg telah disapu dgn minyak kelapa @ butter.
-Bakar dlm oven 180C selama 11/2 jam @ sehingga masak.

3 comments:

  1. cantiknya bengkang ubi kayu tu,mesti sedap!adehhh teringin pulak,tp tak reti nak buat,nanti buat bengkang gandum saja laa jawabnya,hihi

    ReplyDelete
  2. tak tahula sedap ke tak,sbb sendiri yg masak..karang org kata SS pulak kan..hehehe
    tak pe nanti balik sini belaja ngan mak mcm mana nk buat...bengkang gandum pun sedap,budak2 mesti suka..2s nih tak makan pun bengkang ubi kayu nih..yg gandum mkn pulak..

    ReplyDelete
  3. nk resepi bingka ubi style kelantan, tingin :)

    ReplyDelete