Tuesday, November 30, 2010

Jom Masak Bingka Ubi Kayu

Assalamualaikum..
Dah lama teringin nak makan bingka ubi kayu ni,kalau dekat kelantan cara masak dia bukan macam ni.Kalau kat kelantan ubi kayu dimasak lembut,dan dimakan dengan santan yang dimasak hingga pekat.Tapi mariam buat macam ni sebab takut suami tak makan style kelantan punya.Beli ubi kayu dekat pasar malam hari sabtu dan buat hari ahad petang,mula-mula malas la jugak nak buat sebab banyak step dan petang tu nak outing.Tapi takut ubi kayu tu masuk angin nanti rosak pulak jadi kena rajinkan diri jugakla...Dah kata nak makan kannnnn...;-)
Disebabkan dekat rumah nih tak ada sagat kelapa,jadi mariam potong ubi tu nipis-nipis (ala-ala potong ubi nak buat kerepek) dan kisar dengan sedikit air (tak leh potong besar-besar nanti rosak pulak pengisar).Air tak boleh letak banyak terus nanti susah pulak nak perah nanti.Resepi ni pun mariam kurangkan gula dan tambah susu pekat.Bak kata mak letak susu pekat supaya dia lemak-lemak manis,petua orang dulu-dulu...(",)

Selepas siap dikisar dan diperahAir perahan ubi kayu,yang putih tu sagu ubi kayu,jangan dibuang.Gaul sekali bersama ubi dan bahan-bahan lain nanti.Cuma buang air yang kuning tu je.Siap digaul dengan bahan-bahan lain,mariam tambah sedikit pewarna kuning sebab ubi yang mariam beli isi dia putih.Siap dibakarBismillah.....Sarapan pagi isnin,bingka dimakan bersama air kopi 'O'

Mariam guna resepi dari Kak Fiza
~Resepi (MyResepi- Kak Fiza) ~

~Bahan-bahan ( loyang 4 segi 9"x 9"x 3" )~

~2 kilo ubi kayu kuning @ putih.
~2 1/2 cawan gula pasir (mariam kurangkan gula dan tambah 3 sudu besar susu pekat manis)
~4 1/2 cawan santan pekat
~1 sudu teh garam
~sagu dari ubi kayu
~pewarna kuning sedikit (mariam tambah)

Cara-cara

-Ubi kayu dibuang kulit dan dibersihkan.
-Kemudian sagat ubi dgn sagat kelapa. (mariam hiris nipis2 pas tu blend,kemudian perah dengan kain.)
-Setelah habis sagat perah ubi dgn kain bersih utk mengeluarkan airnya.
-Air dari perahan tadi jangan terus dibuang, biarkan 20 min di dlm mangkuk @ besen.
-Setelah itu tuang air perahan tadi perlahan2 dan kita akan dapati sagu ubi kayu.
-Kemudian campur ubi kayu,sagu,gula,garam dan santan.gaul hingga sebati.
-Tuang adunan dlm acuan yg telah disapu dgn minyak kelapa @ butter.
-Bakar dlm oven 180C selama 11/2 jam @ sehingga masak.

Monday, November 29, 2010

7 Tandan Pisang

Assalamualaikum..
Alhamdulillah,tahun 2010 nih pisang di laman rumah sudah keluar 7 tandan.2 tandan dah selamat ditumbangkan tinggal 5 tandan lagi tunggu giliran je.Pisang nih mak yang datang tanam tahun 2008,masa tu cuma 6 pokok je tapi sekarang dah ada 20++ pokok.Nasib baik encik suami rajin buang daun-daun kering dan pecah,kalau tak mesti nampak macam hutan rumah kami ni....Tanah dekat laman tak berapa elok sebab banyak batu,tu yang buah lambat masak,biasanya pokok pisang 1 1/2 tahun dah boleh keluarkan hasil.Masa mak tanam tuh pagi-pagi (gelap) lagi kami keluar dok mencangkul tanah,mariam tolong tengok dan kambus je, mak tak bagi cangkul sebab masa tuh baru je lepas bersalinkan Sidqiy,kalau tak silap dalam 5-6 bulan kot.Rumah kami nih memang dicop rumah pokok pisang oleh jiran-jiran,kalau kenduri kat sini jiran-jiran datang ambik daun dekat rumah nih untuk dijadikan alas makanan,ada jugak yang mintak untuk buat kuih.Jantung pisang pun mariam bagi dekat orang,sebab dekat rumah mariam sorang je makan.Malas nak makan sengsorang jadi bagi je dekat yang berminat.Pisang dekat bawah nih suami tebang masa hari raya haji (hari raya pertama).Sampai je rumah dalam pukul 5 (kami bertolak dari ipoh pukul 3.30 petang) belum masuk rumah lagi mariam pergi tengok pokok dulu.Happy la bila buah dah kuning dan setandan pisang lagi keluar,jadi cepat-cepat bagitahu suami,dia pun bersemangatla nak tebang guna parang yang baru dibeli tuh.Masa hari raya puasa hari tuh setandan dah ditebang.Pisang-pisang kat rumah nih pilih time hari raya baru nak masak...;-) Pernah bagitahu kat pisang tuh biarla dia masak masa ma dan abah datang masa raya haji,bolehla ma bawak balik kelantan.(Alhamdulillah Allah S.W.T makbulkan) Selesai je suami tebang,dalam pukul 6.15 petang ma,abah dan adik-adik sampai..... ('',)


Pisang awak kalau orang kelantan panggil pisang 'kelak lego' (kelat lega)
Selepas selesai disikatkan dengan ma,ada 11 sikat semuanya.Pisang ni besar-besar,ma cuma ambik yang kecik-kecik je (bahagian bawah).Ma tak nak yang besar sebab ma cakap yang kecik comel.Mariam ambik satu sikat je,yang lain tuh mariam bagi dekat ma,mak,kak umi,alang dan pakcik man (driver van sekolah syafiy).Kebetulan hari jumaat suami ada meeting dekat ipoh,jadi bolehla kirimkan dekat mak,kak umi dan alang sekali.Ma cakap selain penang 3 negeri boleh makan pisang nih,kelantan,ipoh,dan selangor... ;-)

Friday, November 26, 2010

Masak sorok-sorok

Assalamualaikum..
Menu kali nih roti jala kuah kuzi dan dadih.Roti jala dan kuzi ni dah lama buat,masa tu hari ahad kebetulan suami nak pergi meeting dekat KL.Mariam buat lebih sikit untuk kirimkan dekat mak di Ipoh.Mula-mula nak buat kuzi dengan ayam kampung,tapi cari ayam kampung tak jumpa.Jadi buatla dengan ayam yang tak dicucuk tuh....(",)

~Resepi~
~Bahan-bahan~

~Tepung 500g
~Santan cair 2 cawan
~Telur sebiji
~Secubit garam
~Serbuk kunyit/pewarna kuning
~Air secukupnya

~Cara-cara~

~Bancuh semua bahan-bahan hingga sebati.
~Kemudian tapiskan
~Bolehla mula menjala...

Tajuk kat atas tu sebenarnya ditujukan pada menu dadih ni.Bukan apa,biasanya bila buat dadih nih kena masak secara sorok-sorok.Kalau anak-anak masuk dapur mesti disuruh keluar,kalau 2 beradik tuh nampak mama dia masak apa,alamatnya dok jadi pak jaga tunggu sampai dadih nih masak la...Kadang-kadang tak sampai beku 2S dah tak sabar-sabar nak makan.Kadang-kadang kena letak dalam peti beku dulu supaya cepat sejuk...Kadang-kadang tu bila dah bising sangat mama dia bagi je hirup,haaaa nak sangat kan.... ;-)

~Resepi ~(Mak)
~Bahan-bahan~
~1/3 (8 gm) Agar-agar bertali yang 24 gm
~3/4 cawan gula
~2 liter susu segar
~Secubit garam

~Cara-cara~

-Masak agar2 bersama 1 1/2 cawan air hingga larut(air tu agak2 agar2 tenggelam ).Kemudian masukkan ke dalam susu.Pastikan tapis agar2 semasa masukkan ke dalam susu.Masukkan gula dan secubit garam.
-Masak hingga susu mengelegak skit2.Kacau sentiasa (jangan sampai susu tu pecah minyak)
-Masukkan ke dalam bekas.
(kalu suka perisa lain bolehla tambah kemudian )

Thursday, November 25, 2010

Malam Penyampaian Hadiah

Assalamualaikum....
Malam semalam hari penyampaian hadiah dan malam annual dinner untuk tadika Syafiy.Majlis diadakan di dewan Bertam Ria,tak sampai 10 minit dari rumah kami.Ramai jugak hadirin yang datang,dewan pun hampir penuh.Pada mulanya ingatkan kami tak dapat hadiri walaupun yuran dah dibayar sebab suami ada meeting semalam.Tup,tup kul 6.30 petang suami call dan cakap meeting batal (Alhamdulillah Allah S.W.T makbulkan doa). Dalam pukul 8.15 malam barulah suami sampai rumah,janji pukul 7.30 tapi disebabkan jammed dekat jambatan (hujan) .Suami sampai je kami pun terus pergi ke dewan.Acara bermula pukul 8.30 malam dan berakhir dekat pukul 10 malam. Seronok tengok telatah anak-anak buat persembahan dekat pentas.Syukur,Alhamdulillah pencapaian Syafiy kali nih di luar jangkaan mama dan sangat-sangat melepasi target mama.Walaupun tak semua subject 100% macam kakak Dina dan adik Syirah (sepupu Syafiy) (cuma 3 dari 6 subject dapat full marks) mama dan papa tetap happy.Good job sayang....
Turn Syafiy,Puan Roha berbaju biru di belakang(Principal)Kawan-kawan sekelas SyafiyAdik dengan tak malunya duduk tepi pentas tengok abang dia ambik hadiah...Issshh....kalut nak naik pentas jugak..

Sedia untuk buat persembahan...
Dah start,papa dan mama gelak besar tengok Syafiy buat persembahan...Maklumlah kami tak pernah tengok Syafiy macam nih,tak macam Sidqiy yang suka dok menyanyi n goyang-goyang.. ;-)
Sidqiy kalut tanya mama mana abang,dan nak ikut abang dia.Masa nih abang tengah duduk beratur dekat dewan sebelah.

Aksi-aksi dia atas 2 beradik tengah posing.Tengah tunggu papa balik... ;-)

Tuesday, November 23, 2010

JOM BUAT KETUPAT

Assalamualaikum...
Ketupat ni buat masa raya haji dekat Ipoh,mak masak pulut 2kg,1 kg ketupat kosong dan 1kg lagi ketupat jagung.Mariam dan Syazana (Ateh) tukang balut ketupat ni,yang setia membalutnya ateh la sebab kejap-kejap mariam bangun pergi jemur kain,kejap-kejap si kecik ni nak itu ini...Nak cakap cara-cara balut dengan jelas susah sikit,tengok gambar pun macam tak jelas je step by step dia,kalau nak belajar kena berguru depan-depan baru senang.Tak pela,jom kita tengok cara orang utara balut ketupat palas.Orang belah pantai timur lain pulak cara balutannya.Orang cakap,balutan belah timur lagi kemas dan elok (ni mak yang cakap,bukan sebab mariam orang pantai timur ye....)Mula-mula bukak dulu daun palasPulut diisikan (ketupat jagung)



Taraaa...
Siap dibalut
Siap dipotong lebihan daun,tunggu untuk direbus ;-)
Siap direbus
Bismilah...Jemput makan ;-) (Sidqiy makan ketupat dengan susu pekat)

~Resepi~ (Mak)

~Pulut 1 kg
~Santan pekat 500g-600g
~Secubit garam
~1 sudu besar gula
~Daun pandan

~Cara-cara~

~Masukkan semua bahan-bahan,kacau pulut hingga 3/4 masak.
~Bolehla dibalut.

Monday, November 22, 2010

PULUT DAKAP (step by step)

Assalamualaikum...
Bersua kembali dengan menu pulut dakap ;-) Sebenarnya dah lama buat kuih nih,sebelum raya haji lagi.Tapi sebab nak saing update dengan Kak Madiha kuih ni dalam waiting list,hari ni baru dapat keluar ;-) Kalau dekat fotopages dulu kuih ni selalu masuk entry.Okla,tak nak celoteh banyak-banyak sebab keje rumah tak siap lagi..Jom layan gambar kat bawah... (",)Pulut diletakkan di atas daun pisang (tekan sampai pulut rata,jangan tebal nanti tak sedap)Pisang dibelah dua dan disalutkan dengan gula.Letakkan pisang dia atas pulutKemudian balutkan pisang dengan pulut Ikat dengan menggunakan tali rafia,kemudian kukus selama 30-40 minit dengan api yang serdahana.Siap di dikukus Siap untuk di ngappp ;-)

~Resepi~
~Bahan-bahan~

-Pulut 500g (rendam)
-Santan pekat 1 1/2 cawan (Ikut citarasa nak lemak atau tak)
-Pisang raja
-Garam
-Gula
-Daun pisang (layurkan)

Cara-cara

-Kukus pulut hingga masak.
-Santan dicampur dengan sedikit garam,kemudian digaul bersama pulut.
-Letakkan pulut di atas daun pisang yang sudah dilayurkan.Pulut ditekan supaya rata.
-Pisang yang sudah dibelah dua disalutkan dengan gula.Kemudian letakkan di atas pulut.
-Balut pulut,kemudian ambil 2 biji pulut yang sudah dibalut,ikatkan dengan tali.
-Kukus selama 30-40 minit dengan api yang serdahana.Alih-alihkan pulut itu.
-(Kalau nak gaul terus gula bersama pulut pun boleh,jadi pisang tu tak perlulah disalut gula lagi )




Tuesday, November 16, 2010

RIADAH DI KAMPUNG

Assalamualaikum....
Sekarang ni Mariam dan anak-anak masih lagi dekat Ipoh,suami pergi KL hari Ahad dan InsyaAllah tengah hari (Selasa) nanti sampaila Ipoh.Tak ada menu masakan kali ni sebab dekat rumah pun mak tak masak sangat sebab hari Sabtu dan Ahad kami semua pergi kenduri dan hari ni semua puasa dan malam nanti ada kenduri majlis takbir raya dekat rumah jiran dekat sini.InsyaAllah kami semua akan ke sana malam nanti.Okla jom layan aktiviti anak-anak,encik suami dan adik-adik waktu petang.... ('',)

Friday, November 12, 2010

GULAI TEMPOYAK

Assalamualaikum...
Sebenarnya hari ni Mariam nak update pasal menu lain tapi dah janji ngan akak kita sorang ni,jadi mariam hold dulula pasal menu tuh sebab nak saing update ngan kakak kita tu hehehe.. InsyaAllah pagi esok kami akan balik cuti beraya kat Ipoh,raya hari rabu esok dah balik kampung dah.Awal sungguh dapat cuti ;-) sebenarnya hari Ahad hingga Selasa suami ada kerja kat KL,tu yang kami semua kena ikut sekali balik terus ke Ipoh.Okla jom tengok apa yang ada kat bawah...

Gulai tempoyak,lupa pulak ikan ni orang panggil nama apa.Masa beli tuh dah siap potong,tuan kedai tuh ada cakap nama dia,tapi mariam lupa sebab dia cakap sleng kedah,dan nama ikan kat belah utara ni nama dia lain dari kelantan...(Echeeehhh macamla semua ikan mariam kenal nama dia...hehehe) Mula-mula ingat nak masak kari je tapi malas nak perah santanla pulak,jadi berbekalan tempoyak yang ma bagi dulu,maka terhasila resepi nih.Tapi mariam call tanya adik (zainab) dulu resepi dia sebab dia memang pro masak-masak tempoyak nih... ;-)

~Resepi~ (My Mum)
~Bahan-bahan~

~Ikan
~Tempoyak 2-3 sudu besar
~Daun kesum
~Bunga Kantan 1 kuntum belah 2
~Asam keping 1-2 keping
~Cili kering 2-3 biji *
~Lengkuas 1 inci *
~Bawang besar 1 biji *
~Kunyit hidup 1 inci *
~Garam
~Gula (option,ikut citarasa)
~* perlu dikisar

~Cara-cara~
~Masukkan air,masak semua sekali bahan-bahan kisar hingga mendidih kemudian masukkan bunga kantan,tempoyak dan daun kesum.Tunggu hingga mendidih,perisankan dengan garam
~Masukkan ikan.Bila ikan sudah masak bolehla diangkat.


Ni selingan je,tiada kaitan ngan mana-mana masakan,hehehe.Kalau stok air-air macam ni ada dalam peti ais,nila projek adik sebelum abang balik dari sekolah.Letak air dalam bekas dan masukkan air-air macam ni kat dalam,satu untuk adik satu untuk abang.Sebab mama dia tak bagi minum yang sejuk-sejuk.. ;-)

Thursday, November 11, 2010

GEMUKLA MAMA MACAM NI....

Assalamualaikum....
Sebelum cerita lebih lanjut tentang menu hari ni mariam cuma nak update sikit cerita pasal melecur semalam.Nak tambah tips satu lagi,selain dari letak garam tempat kita melecur,mengikut kata Kak Madiha air liur kita juga boleh digunakkan untuk mengelak dari mengelembong.Cara ni lagila senang,tak yahla susah payah nak lumur garam kan.Mengikut kata Dato' Dr.Fazilah Kamsah,air liur sangat mujarab untuk sesetengah penyakit jika digunakkan secara berterusan.Macam pengalaman dia sendiri,kalau kita tengok sebelum ni Dato' pakai kaca mata,tapi Dato' cakap selepas dia amalkan selepas bangun pagi (jangan gosok gigi dulu) ambil kedua-dua belah ibu jari tangan,bukan ibu jari kaki ye..hehehe... masukkan ke dalam mulut,ambil sedikit air liur dan calitkan ke kelopak mata.Alhamdulillah dengan kuasa Allah S.W.T. selepas 2 tahun amalkan setiap pagi sekarang Dato' dah tak perlu pakai kaca mata lagi.Bolehla kita amalkan juga.... :-)
Okla berbalik kepada cerita masakan pulak,jom layan apa yang ada kat bawah.... ;-)


Nasi lemak asas,sesuai tak dengan nama tajuk entry hari ni,hehehe...Sebenarnya ni request dari anak sulung mariam,dia cakap mama kawan abang Syafiy bawak nasi ada sambal kat sekolah,abang nak jugak.Mama dia pun fikir tu mesti nasi lemak,jadi mama dia pun masakla nasi lemak.Bila mariam letak dalam bekas,dia cakap kawan syafiy bawak nasi dalam paper dan plastik.Mama dia cakap tak pela,mama kawan abang tak sempat masak sebab kerja,jadi mama dia beli...Mama sempat masak sebab mama tak kerja,mama letak dalam bekas ye.Lepas tuh hari-hari request nak nasi lemak,mama pun cakap gemukla mama macam nih,mama dahla pantang tengok nasi lemak,mesti nak makan banyak...Semalam ngelat tak masak nasi lemak,masak macaroni goreng selepas berhari-hari dok makan nasi lemak je,tapi tengok-tengok Syafiy tak makan habis pun dia cakap dah kenyang.Amboiii nasi mama bagi banyak boleh je licin...Jadi hari ni masakla nasi lemak lagi... :-)'Bento' bak kata mak ngah,bekal bak kata orang melayu...;-) untuk dibawa ke sekolah.Syafiy dan Sidqiy panggil 'Nasi lemak pedas sikit'...Sebab mariam buat sambal dia letak cili sikit je,bawang besar dan putih banyak.Asam jawa ganti dengan sos tomato.

~Resepi~
~Beras dibersihkan
~Santan
~Daun pandan
~Halia (diketuk)
~Bawang Besar(dihiris)
~Garam
~Gula

~Cara-cara~
~Masakkan nasi dengan sedikit air,letak daun pandan,halia dan bawang besar.Kemudian masukkan santan.(Mariam guna santan pekat,tu yang masak nasi dengan air dulu)
~Kemudian masukkan garam dan gula dekat-dekat nasi nak kering,kacau sedikit supaya garam dan gula sekata.
~Masak nasi sehingga kering.