Thursday, January 6, 2011

Lepat Pisang

Assalamualaikum...
Petang semalam buat lepat pisang berbekalkan pisang yang ditebang minggu lepas.Selepas agih-agih dekat 7 buah rumah dapatla mariam simpan seikat setengah,tu pun pisang yang dah tak berapa elok bahagian bawah.Pagi tuh buat apam pisang,tapi tang mana silapnya apam tak jadi pulak.Rasanya sebab pisang terover kot,last-last terpaksala sarapan dengan roti paratha je...
Petang tuh ingat nak buat cekodok pisang je,tapi memandangkan minyak sekarang kena catu jadi kenala kurangkan masakan yang goreng-goreng nih...Minyak canola yang ma bagi ada banyak lagi,tapi sayang ooooo kalu nak guna dalam goreng-goreng nih.Biasanya minyak mahal nih mariam guna dalam menumis je....Diaorang nih pun satu,nak sorok-sorok minyak pulak padahal nak naikkan harga.Nak naik cakapla terus terang,nih nak nafi-nafi pulak dahhh...Lepas nih mungkin adala pulak iklan tv yang suruh kurangkan pengambilan minyak dalam makanan,kempen makan bakar-bakar,rebus-rebusla pulak lepas nih.Dahla minyak pertol RON97 dan minyak tanah naik serentak malam tadi,ishhh3.Kalau gula dulu mariam tak heran sangatla sebab kat rumah nih memang jenis tak makan banyak gula,kalau time buat kuih atau kek je la gula parok sikit...Tapi time bab minyak nih susah hati gakla sebab mariam jenis guna minyak sekali atau dua kali je,tak pandai nak guna minyak sampai hitam.Ma pantang kalau guna minyak recycle nih sebab bahayakan kesihatan.Eh lari topik pulak,okla kita tengok lepat kat bawah pulak...('',)Kalu kira nak buat tak padan sebab dapat 5 biji je,tapi tak pela kan.Dapat 5 biji,papa makan 3 biji adik makan 1 1/2 biji,mama makan 1/2 biji yang adik tak habis.Abang pulak tak nak makan...;-)

~Resepi~
~Bahan-bahan~
~Pisang yang dilenyek
~Santan pekat
~Tepung gandum
~Gula
~Garam (secubit)
~Daun pisang yg dilayur
~Sagu (rendam hingga kembang dan toskan) (Option)

~Cara-cara~
~Pisang yang dilenyek dicampurkan dengan tepung,santan,garam,gula,dan sagu.
~Gaul sampai sebati.Kemudian letakkan 2 /3 sudu besar di atas daun pisang.Balutkan.
~Kukus lebih kurang 30-40 minit.

4 comments:

  1. agh yg dok jauh pun pening sama dgr harga brg naik,adehhh camne la nak blk,haha alasan!

    banyaknya pisang,siap agih habis kat org.bila laa rumah agh nak ada pokok pisang,hehe

    ReplyDelete
  2. agh balik sini brg naik tak terasa kot,hehehe..
    tula rezeki pisang byk,bolehla agih2 kt jiran2...nnt blk sini bolehla tanam pokok byk2,buat kebun..hehehe..

    ReplyDelete
  3. hehehe,terima kasih siti....tq sudi singgah sini...

    ReplyDelete