Lama jugak tak update blog ni,rindu pulak rasanya.Memandangkan mata tak mengantuk lagi,dan tengah tunggu encik suami stay up siapkan kerja dia baik ambik peluang nih untuk buat apa yang patut kan ;-) Terima kasih dekat kawan-kawan yang bertanyakan khabar dan doakan keselamatan mariam dan baby.Setakat ni baby masih lagi dekat dalam (39 minggu 2 hari) mama dia ni tengah menghitung hari je, yang abang-abang pulak tak jemu-jemu tanya bila baby nak keluar.Semoga Allah S.W.T permudahkan semuanya.Ameen...
Sekarang ni mariam ada dekat Ipoh dan InsyaAllah jantung hati kami yang ke-3 akan lahir di sini.
Kalau dulu ramai yang tanya "Nanti bersalin kat mana" my answer "tak tahu lagi," dan orang akan cakap,la tak tahu lagi??? Dalam hati,yela tak tahu lagi nak bersalin kat mana,penang ke,kelantan ke ipoh ke ausie ke (yang nih melampau dan ngada-ngada sangat la kan..hehehe) Mariam buat keputusan nak bersalin dekat sini pun dalam 2 minggu lepas je bila kata hati dah tekat tanpa paksaan atau cadangan dari mana-mana pihak ('',) hehehe
Salah satu sebab yang membolehkan mariam nak bersalin kat ipoh nih sebab angah ada kat sini dan tak berangkat ke Holland lagi,nanti bolehla angah tengok-tengokkan 2S (Syafiy n Sidqiy) kalau mariam n mak pergi hospital nanti.Mula-mula kesian jugak sebab angah sekarang still dalam fasa 'sakit pagi' tapi angah kata tak apa dia boleh jaga.Harap-harap 2S tak buat perangai terutama sekali Sidqiy.
Pagi tadi kami pergi buat check up dekat Pusat Perubatan Ar-Ridzuan,mula-mula ada 2 pilihan antara Ipoh Specialist Hospital atau Ar-Ridzuan,bila pergi tengok Hospital Ar-Ridzuan selesa (sebab dah pindah bangunan baru) dan kami puas hati sangat,jadi kami buat keputusan untuk bersalin dekat situ.InsyaAllah mariam dan angah akan bersalin dekat Ar-Ridzuan kali ni (2 orangla cucu mak abah akan keluar dekat situ tahun ni,InsyaAllah ) ('',)
(Gambar di Hospital Ar-Ridzuan pagi tadi ;-))


