Friday, December 3, 2010

Murtabak ke???

Assalamualaikum...
Isshhh,hari ni 2 kali update,pecah rekod sendiri ni...Biasanya lepas solat Zohor,capai buku baca 2-3 muka sambil guling-guling atas katil,lepas tuh paham-paham je la kan...Hari ni berhelai-helai dok baca tapi tak lelap-lelap jugak...So apa lagi,sambil tunggu pencuci mulut atas dapur tu masak kiter buat la apa yang patut kan...;-)
Tak tahula boleh ke panggil menu kat bawah ni murtabak,sebab nama murtabak diambil dari bahasa arab yang bermaksud berlapis-lapis.Tapi yang nih tak berlapis ponnnn...Tak pela kan nama apa-apa pun bukannya penting sangat kan ;-) 2 menu kali nih biasa masuk fotopages dulu...Jomla tengok ulang tayang ('',)
MURTABAK PARATHA

~Resepi~

~Bahan-bahan~
~Roti Paratha

Inti

~Daging/Ayam (potong kecil-kecil/cincang)
~1@2 biji Ubi Kentang (potong dadu)
~3@4 sudu makan Rempah kari
~2 ulas bawang putih (tumbuk)
~1 biji bawang besar (potong dadu)
~Telur (sebiji telur untuk sebiji roti paratha)
~Garam
~Gula
~Air

~Cara-cara~
~Masukkan daging ke dalam kuali,keringkan airnya dahulu, kemudian masukkan minyak diikuti dengan bawang putih.
~Masukkan air,rempah dan kentang.Masak hingga daging dan kentang empuk.
~Masukkan bawang besar,garam dan gula.Masak sehingga kering.

(P/S-mariam lebihkan garam dan gula sebab murtabak ni mariam makan macam tu je...kalau nak makan dengan pencicahnya tak perlula nak lebihkan garam dan gula...lagi satu kalau tak lebihkan garam dan gula, lepas letak telur rasa tu akan berkurangan )

1.Nipiskan roti paratha (mariam guna penggelek-sapu sedikit minyak di tempat yg kita nak canai tu dan juga dekat penggelek supaya ia tidak melekat)
2.Perlahan-lahan angkat dan letakkan di atas pan yang disapu dengan sedikit minyak..(Boleh bukak api sebelum kita letakkan roti tu.Pastikan api perlahan)
3.Letakkan 3-4 sudu makan inti dengan 1 biji telur (pukul sikit telur tu)- sebiji telur untuk sebiji roti...
4.Letakkan inti di atas roti kemudian lipat.
5.Letak sedikit minyak.Masak dengan api yang perlahan
6.Bolehla menjamu selera

Roti puri dimakan dengan gulai kurma ayam kampung..Tabik springggg to my makcik (Yatiezaini) dengan resepi yang mablessss nih...Kat rumah ni kalau dah tak ada idea nak masak benda apa,maka menu nilah antara yang jadi pujaan hatikuu.. (",)

~Resepi ~
(Yatiezaini)
~Bahan-bahan~ 12 biji

~2 cwan tepung gandum
~1 sudu kecil yis mauripan
~1/2 sudu kecil garam *
~3 sudu makan minyak masak *
~2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
~175 ml air panas *
~40-50ml air
~minyak utk mengoreng

~Cara-cara~

1. satukan bahan bertanda (*) n panaskn ..kacau sehingga gula hancur n tutup api
2. satukan tepung n yis .. gaul
3. no. 1 dimskkn kedlm no.2 .. dan digaul dgn mgunakan garfu .. sehingga bercampur shj
4. dgn mgunakn tangan gaul adunan mjadi spt ~ breadcrumb~
5. Tambah air sedikit2 . adun hingga x melekat kat tgn n mjadi doh ...
6. Biarkan doh selama 30 minit --- pastu blhler doh dibahagikan kpd 12 bhgian
7. Canai doh nipis cam karipap / duit 50sen ..
8. Siap utk digoreng ...


Tips mengoreng : mgoreng mgunakan api yg kecil n sederhana shj .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalu guna api yg besar mybbkan roti nih x naik kembong ...
masa mgoreng hdklah disimbah2 kan minyak ke atas roti ni .. bila dah mengelembOoong baru ler di terbalikan..

2 comments:

  1. amboi pecah rekod ni,bagus2,sila rajin update,hehe...
    bestnya boleh golek2 ptg2,agh kena tunggu anak2 besaq mcm 2S baru ada chance nak golek2 sampai tergolek,haha,skrg tak bleh lg,ramai pengacau...

    ReplyDelete
  2. nak habiskan gmbr masak2 minggu ni sama...hehehe
    tula bila 2s nih besar skit barula boleh golek2 di siang hari..nih pun tak lama kot,sampai bulan 4 thn dpn je...ehhehehe..nnt 2r besar skit bole la kot mama nak lelap jap... :)

    ReplyDelete