Wednesday, June 29, 2011

Kuih Cara Srikaya

Assalamualaikum..
Alhamdulillah semua kerja pagi ni dah beres,masak untuk lunch 2S pun dah siap,hari ni abang Syafiy dia request nak makan sup ayam+kentang+sambal tumis.Alhamdulillah sekarang ni 2S dah makin kuat makan,kalau mama tak buat kuih untuk minum petang mesti 2S bising tanya 'mama,kita tak minum petang ke?'Dulu time baby tak keluar lagi payah sangat nak makan,sekarang ni time mama kalut dengan baby barula nak suruh masak macam-macam.Jadi mama kenala pandai cari resepi yang senang dan cepat,yang penting sedap,karang mama pulak yang kena perabis semua,ishhh...ishh..ishh...('',) Kuih cara srikaya,buat untuk minum petang,2S suka sangat sebab letak kaya..('',)

~Resepi~
~Bahan-bahan~

~Tepung
~Air daun pandan
~Santan
~Telur
~Secubit garam
~Srikaya

~Cara-cara~
1.Bancuh semua bahan-bahan kemudian tapis,kalau nak kisar semuanya pun boleh
2.Panaskan acuan,masukkan adunan,letak kaya (letak dalam pipping bag lagi senang),kemudian tutup dengan tudung periuk.
3.Bolehla diangkat bila dah masak...('',)

Monday, June 27, 2011

Rezeki dari Merbuk

Ni yang tinggal lepas bagi kat jiran tetangga..('',)
Habis aaaa diet mama,mama diet ke??!!..huhuhu
Syafiy tukang kutip,Sidqiy tukang makan je..('',)
Syafiy n Sidqiy


My superhero in action..('',)
Kait jangan tak kait...('',)

Assalamualaikum...
Petang semalam kami balik ke kampung dekat Merbuk,sebenarnya 2 minggu lepas lagi mak tok call suruh balik ambik buah,sekarang kan musim buah,jadi banyakla buah yang ada dekat belakang rumah dan dekat kebun.Memandangkan 2 minggu lepas 2s dan mama dia tak sihat sebab dok selsema dan batuk tak jadila balik ambik buah.Minggu lepas pulak encik suami sibuk jadi kenala tunda lagi.Alhamdulillah minggu ni free bolehla balik merbuk,masa on the way tuh seronok tengok banyak pokok buah tepi jalan yang dah masak,buah rambutan yang paling banyak.Sampai rumah mak tok terus solat asar dulu kemudian baru pergi kait buah rambutan belakang rumah.Buah rambutan je dah masak buah-buah lain belum lagi, pokok buah rambutan kat belakang rumah tok ayah banyak,tapi ada yang tak masak lagi.Nasib baikla buah rambutan tak masak serentak,kalau masak serentak tak laratla nak makan.Masak berperingkat nih boleh kami pergi ulang angkut buat balik..hehehe.Lepas kait buah rambutan kami pergi kebun tok ayah pulak,pergi ambik buah durian.Banyak bijik jugakla mak tok suruh kami ambik buat balik,dalam 11 bijik.Lepas tuh singgah ambik buah manggis pulak,manggis nih kebun abah,tapi dipajakkan dekat orang lain.Tahun ni mak tok kata buah ada tapi tak banyak,takat nak makan bolehla,kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas buah tak menjadi sangat.Lepas makan-makan dan solat maghrib kami pun balik bertam dalam pukul 9 jugakla baru kami sampai rumah,sampai je terus bagi buah-buah tu dekat jiran-jiran,malas nak tunggu esok sebab kalau tunggu esok jawabnya mamala kena pergi ketuk pintu rumah jiran-jiran,hehehe...('',)

Wednesday, June 22, 2011

Bawal Goreng Belacan

Assalamualaikum...
Memandangkan si kecik masih tidor lagi,meh nak update sikit.Sekarang nih tengah hujan,syok gak kalau dapat beradu kan,tapi takut karang bangun-bangun mood ting tong pulak jadi baik layan benda nih kan..hehehe...Lega mama hari ni sebab Syadza tidor lama,pagi tadi lepas syadza tengok papa pergi keja dan abang syafiy dia pergi sekolah kemudian mandi,minum susu dan terus tidor.Sempatla mama bereskan keje jemur kain,lipat kain,masak untuk tengah hari (hari ni masak gulai lengkuas) dan frozen air daun pandan.Mariam selalu buat frozen air daun pandan,sukat terus dan baru simpan bila nak buat kuih senang sikit.
('',)Bawal goreng belacan ni buat untuk lunch weekend lepas...('',)

~Resepi~
~Bahan-bahan~

~Ikan bawal (goreng)
~3-4 biji cili merah
~1 inci belacan
~Bawang besar
~2-3 ulas bawang putih
~Gula melaka
~Garam
~Daun ketumbar/sup

~Cara-cara~
1.Cili merah,bawang besar,bawang putih,dan belacan dikisar.Kemudian tumiskan hingga naik bau.
2.Masukkan gula melaka dan garam.Tambah sedikit air,kacau hingga likat.Siap dan letakkan di atas ikan bawal yang sudah digoreng.
3.Taburkan dengan daun ketumbar

Tuesday, June 21, 2011

Kuih Muih

Assalamualaikum...
Kuih muih yang dibuat minggu lepas,ingat nak update satu-satu tapi memandangkan masa nak mengadap benda alah nih tak berapa nak ada,jadi letakla sekali arong je.Sekarang kena merajinkan diri buat kuih-muih sebab kesian tengok anak-anak dok makan roti dengan biskut je waktu petang.Dalam hati sekarang tengah membuak-buak nak buat apam dotdot tuh lepas tengok makcikku Cik Tie tengah dihujanni dengan tempahan apam dotdot tuh,meriah tengok dekat blog dia.Tapi kena sabar bebanyak sebab mixer tengah sakit,bilerla boleh baik pulih mixer tuh :( Kalau dapat buat mesti 2S nih suka sangat sebab cantik.Okla jomla layan kuih yang mama 3S buat minggu lepas,tak banyak jenis pun..('',)Kuih serimuka,guna resepi Kak MadihaCempedak goreng,guna tepung beras+kapur+kelapa putih+kunyit hidup (tumbuk ambik air dia)/serbuk kunyit,+garam+gula.
Roti GorengRoti goreng guna resepi roti puri,letak inti kacang hijau kat dalam ('',)

~Resepi ~
(Yatiezaini)
~Bahan-bahan~ 12 biji

~2 cwan tepung gandum
~1 sudu kecil yis mauripan
~1/2 sudu kecil garam *
~3 sudu makan minyak masak *
~2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
~175 ml air panas *
~40-50ml air
~minyak utk mengoreng

~Cara-cara~
1. satukan bahan bertanda (*) n panaskn ..kacau sehingga gula hancur n tutup api
2. satukan tepung n yis .. gaul
3. no. 1 dimskkn kedlm no.2 .. dan digaul dgn mgunakan garfu .. sehingga bercampur shj
4. dgn mgunakn tangan gaul adunan mjadi spt ~ breadcrumb~
5. Tambah air sedikit2 . adun hingga x melekat kat tgn n mjadi doh ...
6. Biarkan doh selama 30 minit --- pastu blhler doh dibahagikan kpd 12 bhgian
7. Letakkan inti.
8. Siap utk digoreng ...

Thursday, June 16, 2011

Siti Syadza Damia

Assalamualaikum...
Kali ni tak dak menu masak-masak sebab encik suami ke Kuala Lumpur,Kuantan dan Johor,minggu depan baru balik.Kiranya first timela mariam kena tinggal dengan 3 'S' ni,doa semoga semuanya berjalan lancar.Sekarang ni baby Syadza dah 2 bulan lebih tapi tak pergi cucuk lagi sebab encik suami super busy,harap minggu depan dapatla pergi cucuk sebab mama nak tahu berat Syadza naik berapa,hehehe...Alhamdulillah takad nih Syadza behave dan senang nak bagi tidur dan tidur pun lama,cuma menyusu je tak berapa nak lama.Ni yang tak berapa nak syok sebab Syadza menyusu sikit,jadi berat mama pun lambatla nak turun...
(ada 9 kg lg nih..huhuhu) masa peggy dulu naik 21.2kg, so kirala berapa kg yang baru hilang.Mariam takut jugak sebab dok dengar orang cakap kalau operation ni berat payah nak turun,betul ke??Tapi sekarang nih rasa berat susah sangat nak turun sebab asyik lapar je,hari tuh sarapan makan roti,ingat tengah hari tuh tak nakla makan tapi hampehhh,tengah hari tuh tangan dah start menggigil sebab lapar.(Target sampai raya nih,kalau tak jalan jugak cik yam kena lakukan sesuatu..huhuhu)Gaya anak mama tidur sambil dongak kepala.Syadza tidur sebijik macam abang Syafiy dia tidur...Macam tahu-tahu je abang tidur macam nih,start perasan Syadza tidur macam nih masa umur dia 3 minggu++ ('',)
Anak papa nih..('',)
Adik cepat senyum berbanding dengan abang-abang..('',)Masa nih baru 46 hari tapi dah pergi jalan-jalan KL..ishhh..ishhh..isshhh..

Monday, June 13, 2011

Begedil Daging Beroat

Assalamualaikum...
Hari ni dah start sekolah semula,sepatutnya Syafiy dah start sekolah semula selepas 2 bulan bercuti,tapi hari ni kena ponteng lagi sebab demam.Kesianla pulak dekat dia sebab dah lama tanya bila nak sekolah,tapi alih-alih semalam start demam...:(
Begedil ni buat untuk makan malam,makan ratah gituh je dengan sos..('',)

~Resepi~
~Bahan-bahan~
~200g Daging yang dicincang
~4-5 biji ubi kentang (rebus dan lenyek)
~1/2 sudu besar bawang goreng
~Daun ketumbar
~1 sudu kecil serbuk lada hitam
~Sedikit tepung jagung
~Oat
~Garam
~Gula

~Cara-cara~
1.Campurkan kentang lenyek,bawang gorang,daging,serbuk lada hitam,garam,gula.Gaul hingga sebati kemudian masukkan daun ketumbar dan tepung jagung.Uli sampai tidak melekat di tangan.(Letakkan tepung jagung sedikit demi sedikit)
2.Bentukkan dan apabila hendak goreng salutkkan dengan oat.Goreng dengan api yang perlahan.

Saturday, June 11, 2011

Colek Ikan Tenggiri

Assalamualaikum...
Tiba-tiba pulak malam ni terlebih rajin update tengah-tengah malam,tengah temankan suami stay-up buat kerja dia.Sebenarnya pukul 7.30 malam tadi kami baru je sampai dari ipoh.Minggu lepas hari isnin kami pergi KL hingga hari jumaat,tengah hari jumaat tu kami balik ke ipoh dan hari ni balik semula ke 'sarang'.Pergi kl temankan suami sebab ada meeting kat sana.Kat sana kami 4 beranak duduk terperap dalam hotel jela,malam je baru boleh keluar ronda-ronda,nak buat macam mana kan bercuti sambil bekerja.'2 S' seronokla dapat jalan-jalan,'S' yang kecik tu baru 2 bulan dah 2 kali pergi kl,berjalan sakan adik nih
('',)

Resepi ambik dekat myresepi,buat untuk lunch..('',)

Thursday, June 2, 2011

Gulai Lemak Telur Itik

Assalamualaikum....
Dah lama tak bersiaran pasal menu masak-masak ni,rasa rindula pulak nak jenguk blog masakan kawan-kawan nih.2-3 bulan kebelakangan ni memang blog masak-masak mariam jarang bukak,mengadap laptop pun curi-curi je.Sekarang ni tengah kumpul 'kerajinan' untuk cuba resepi-resepi baru dan mengupdate blog nih.Kalau tak update blog mesti mood nak cuba resepi-resepi baru terbantut.Harapnya lepas nih rajinla mengupdate dan 'memasak' resepi baru..('',)

Gulai lemak telur itik,kalau dekat kelantan kami panggil gulai kuning telur itik...('',)

~Resepi~Ma
~Bahan-bahan~

~Telur itik 2-3 biji
~Santan
~Asam keping 1 keping
~Cili kering 1-2 biji *
~Lengkuas 1 inci *
~Bawang besar 1 biji *
~Kunyit hidup 1 inci *
~Garam
~* perlu dikisar

~Cara-cara~
~Panaskan air hingga mendidih,pecahkan telur itik satu persatu.Biar telur masak baru angkat.Jangan pecahkan semua sekali dalam satu masa nanti tak cantik.(mariam pecahkan telur ni dalam senduk)
~Bahan kisar dimasak bersama santan dan asam keping dan kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.Bila santan dah masak masukkan telur.Kacau 2-3 minit kemudian bolehla diangkat.