Monday, November 29, 2010

7 Tandan Pisang

Assalamualaikum..
Alhamdulillah,tahun 2010 nih pisang di laman rumah sudah keluar 7 tandan.2 tandan dah selamat ditumbangkan tinggal 5 tandan lagi tunggu giliran je.Pisang nih mak yang datang tanam tahun 2008,masa tu cuma 6 pokok je tapi sekarang dah ada 20++ pokok.Nasib baik encik suami rajin buang daun-daun kering dan pecah,kalau tak mesti nampak macam hutan rumah kami ni....Tanah dekat laman tak berapa elok sebab banyak batu,tu yang buah lambat masak,biasanya pokok pisang 1 1/2 tahun dah boleh keluarkan hasil.Masa mak tanam tuh pagi-pagi (gelap) lagi kami keluar dok mencangkul tanah,mariam tolong tengok dan kambus je, mak tak bagi cangkul sebab masa tuh baru je lepas bersalinkan Sidqiy,kalau tak silap dalam 5-6 bulan kot.Rumah kami nih memang dicop rumah pokok pisang oleh jiran-jiran,kalau kenduri kat sini jiran-jiran datang ambik daun dekat rumah nih untuk dijadikan alas makanan,ada jugak yang mintak untuk buat kuih.Jantung pisang pun mariam bagi dekat orang,sebab dekat rumah mariam sorang je makan.Malas nak makan sengsorang jadi bagi je dekat yang berminat.Pisang dekat bawah nih suami tebang masa hari raya haji (hari raya pertama).Sampai je rumah dalam pukul 5 (kami bertolak dari ipoh pukul 3.30 petang) belum masuk rumah lagi mariam pergi tengok pokok dulu.Happy la bila buah dah kuning dan setandan pisang lagi keluar,jadi cepat-cepat bagitahu suami,dia pun bersemangatla nak tebang guna parang yang baru dibeli tuh.Masa hari raya puasa hari tuh setandan dah ditebang.Pisang-pisang kat rumah nih pilih time hari raya baru nak masak...;-) Pernah bagitahu kat pisang tuh biarla dia masak masa ma dan abah datang masa raya haji,bolehla ma bawak balik kelantan.(Alhamdulillah Allah S.W.T makbulkan) Selesai je suami tebang,dalam pukul 6.15 petang ma,abah dan adik-adik sampai..... ('',)


Pisang awak kalau orang kelantan panggil pisang 'kelak lego' (kelat lega)
Selepas selesai disikatkan dengan ma,ada 11 sikat semuanya.Pisang ni besar-besar,ma cuma ambik yang kecik-kecik je (bahagian bawah).Ma tak nak yang besar sebab ma cakap yang kecik comel.Mariam ambik satu sikat je,yang lain tuh mariam bagi dekat ma,mak,kak umi,alang dan pakcik man (driver van sekolah syafiy).Kebetulan hari jumaat suami ada meeting dekat ipoh,jadi bolehla kirimkan dekat mak,kak umi dan alang sekali.Ma cakap selain penang 3 negeri boleh makan pisang nih,kelantan,ipoh,dan selangor... ;-)

4 comments:

  1. amboi aih meriahnya pisang depa berbuah.mak mmg trademark dia dah,mesti tanam pisang kat mana ja dia pi.sampai rumah org pun dia tlg tanam jugak.nasib baik rumah alg atas awan,kalau dak,sanggup tu pi kl bawa pokok2 pisang,haha.
    syok laa kaklong,at least ada hasil utk dikongsi dgn jiran2 n adik-beradik kan...tu pisang2 tu nak masak apa tu?

    ReplyDelete
  2. hehehe,kalau agh dekat klong pun boleh pos kat agh sama...nasib baik mak pi jepun hari tuh tak pi tanam pokok pisang rumah agh..hehehe..tula klong pun sejak kawin nih minat nak menanam tuh makin tinggi,(dapat aura dr mak sama kot)tp skrg nih malas nk kisah sangat,tanam skit2 ja.. InsyaAllah rumah sendiri nanti bolehla kembangkan hobi tuh...(jgn ckp tak supe bikin sudah..hehehe)

    ReplyDelete
  3. lupa pulak...pisang tuh klong goreng je,ada skit lagi dlm peti tuh ingat nak wat pengat je... ;-)

    ReplyDelete