Wednesday, December 1, 2010

Sabtu dan Ahad

Assalamualaikum...
Kali ni mariam update menu yang dimasak hari sabtu dan ahad lepas.Seperti biasa menu simple-simple je macam tukang masak dia...Jomla tengok apa yang ada,tak leh nak celoteh banyak-banyak sebab syafiy dah bising dah,dia cakap nak colour dan tulis laptop mama...Colour dan tulis kejap je,pas tuh bukak game...:( Okla kita tengok apa yang ada.. ('',)
TELUR 3 RASA

Resepi diambil dari resepi ikan 3 rasa (Chef Liza) mariam tukar kepada telur.

~Resepi~
~Bahan-bahan~

~3 biji telur goreng
~2-3 biji bawang merah (ditumbuk/kisar)
~2-3 ulas bawang putih (ditumbuk/kisar)
~3 sb sos cili
~3 sb sos tomato
~3 sb sos tiram

~Cara-cara~
~Tumis semua bahan-bahan hingga naik bau.Kemudian masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram,garam dan gula.Mariam tambah sedikit air.Kacau hingga agak pekat.
~Tuang kuah ke atas telur.

KARI IKAN PARI

Tukang masak dah boring dok masak pari bakar cicah air asam je tiap-tiap minggu,minggu nih tukar buat kari pulak...Lepas tuh suami tanya,ada ke orang masak kari ikan pari...Ehhh..ada kan..kannn..??!!

~Resepi~(Ma)
~Bahan-bahan~

~Ikan
~2-3 sb rempah kari
~3-4 ulas bawang merah *
~2-3 ulas bawang putih*
~2 inci halia*
~Daun kari
~Rempah biji
~Santan cair
~Air asam jawa
~Tomato
~Bendi
~(* separuh ditumbuk dan separuh lagi dimayang halus)

~Cara-cara~

~Tumis bahan yang ditumbuk,dimayang dan rempah biji bersama-sama daun kari hingga naik bau.Masukkan rempah kari dengan sedikit air supaya rempah tak hangus.Masak sehingga naik bau dan pecah minyak.
~Masukkan air asam jawa,santan.Kemudian masukkan ikan dan bendi.Masukkan garam,kalu suka bolehla masukkan sedikit gula melaka.Masukkan tomato dan bolehla diangkat.


UDANG HORLOCK AROMA

Udang horlock aroma ambik resepi dalam majalah rasa,apala maksud horlock tuh ye...Masa raya haji hari tuh ma bawak banyak lauk dari kelantan,antaranya udang,4 ekor ayam kampung dan daging.Bolehla stok lauk 1-1 1/2 bulan untuk anak dia nih.Nikmatnya dapat makan udang laut,kalau nak ikutkan anak dia nih selalu dok angkut beli udang bela je la... (sebab murah...hehhehe)

~Resepi~ (Majalah Rasa,September 2008)
~Bahan-bahan~

~1 kg udang digoreng
~5 ulas bawang merah *
~3 ulas bawang putih*
~5 biji cili api*
~3 cm halia*
~50gm cili kering*
~3 s/b sos cili
~3 s/b sos tiram
~Garam
~Gula
~Perasa (mariam tak letak)
~Minyak untuk menumis
~* semua bahan-bahan dikisar

~Cara-cara~
~Panaskan minyak dan tumis semua bahan-bahan kisar hingga pecah minyak dan wangi.
~Masukkan sos cili dan sos tiram,dan letak garam,gula dan perasa.(Mariam tambah sedikit air)
~Masukkan udang dan gaul rata.
~Boleh diangkat.
SUP AYAM KAMPUNG

Sup ayam kampung dimakan bersama udang horlock aroma...;-)

~Resepi~ (Ma)
~Bahan-bahan~

~Ayam kampung
~3-4 ulas bawang merah (ditumbuk/kisar)
~2-3 ulas bawang putih(ditumbuk/kisar)
~2 inci halia (diketuk)
~Bunga lawang
~Bunga cengkih
~Kulit kayu manis
~Buah pelaga
~1 sb rempah kurma
~Kentang belah 2/4
~Lobak merah
~Daun sup/saderi
~Garam
~Gula (option)

~Cara-cara~
~Tumis bawang merah,putih dan halia hingga naik bau.Masukkan rempah 4 beradik dan tumis hingga naik bau.Masukkan air,tunggu hingga air mendidih masukkan ayam.Masak ayam hingga empuk.Bila ayam dah nak dekat empuk masukkan kentang.
~Apabila kentang sudah empuk masukkan rempah kurma dan lobak merah.
~Bolehla letak garam dan gula.

(Suami suka kuah sup yang pekat,jadi mariam lenyekkan 1/2-1 biji kentang ke dalam sup)

3 comments:

  1. aah laa tak pernah lg dgr ikan pari buat kari,hehe.sedap jugak ye?nak try laa nanti.selalu dok bakar atau buat asam pedas saja.menarik betul idea kaklong.

    ReplyDelete
  2. hehehe..rasanya ada agh org jual kat kedai,abg tak pernah mkn...bolela cuba lps ni,ubah2 resepi sendiri..hehe..mula2 nak masak ikan lain..tp bau ikan tuh cam dah lama je,masuk tong ler..hehehe

    ReplyDelete
  3. udang tu nampak best je. aminah packing haritu lupa nak letak garam n sdkit gula dekat udang tu utk bg fresh. tp, nmpk sedap je udang masak ape tuuuu

    ReplyDelete