Wednesday, November 10, 2010

KELI MAKAN TANGAN

Assalamualaikum...

Tajuk entah apa-apa pulak,hehehe...Alhamdulillah,semua kerja rumah dah beres…Baju dah diampaian,lantai dah disapu dan dilap,dapur dah dimop, garage dah dibasuh, pokok dah diberi minum air dan hidangan tengah hari hanya tunggu tuan dia makan je… ;-)

Sekarang nih masa untuk berdating dengan my old Compaq pulak...Macam nila la kan kalu kerja surirumah,kalau yang bekerjaya tuh lagila bertambah-tambah kerjanya.....Okla dipendekkan cerita jom kita layan apa yang tuan rumah nak update menu yang sempoi hari ni...Layannnn.....;-)


Ikan keli berlada,nak dijadikan cerita masa tengah dok mengoreng si keli ni minyak dia pulak makan tangan tuan..Cepat-cepat basuh tangan dan sapukan garam tempat yang kena tuh.Tip sapu garam ni kawan ma yang cakap,(suami dia kerja bomba) jadi bab-bab melecur kena minyak panas atau air panas jangan disapu kicap ke,ubat gigi ke.Sebaiknya cepat-cepat letak garam,mengelakkan daripada gelembong (betul ke perkataan ni,hehe) Walaupun sedikit pedih,tapi kalu kat rumah dah ada ubat atau krim untuk kes-kes macam ni tak yahla sapu garam kan,baik sapu krim je... :-) Bila mama dia ni dok ngadu sakit,Syafiy datang dapur tanya mama dia kenapa,bila tengok tangan mama dia sakit,dan-dan tu jugak cakap "Dah-dah,mama jangan masak,suruh papa pulak masak,mama sapu ubat tau"...Mama dia gelak je la kan...hehehe..Alhamdulillah setakat nih kalau mama atau papa dia sakit 2 beradik nih sangat-sangatla perihatin...Panjang pulak citer pasal ni..;-) Okla kita tengok resepi pulak...

Resepi sempoi ni diambil dari majalah rasa...


~Resepi~ (Majalah Rasa Disember 2008)

~Bahan-bahan~


~1 ekor Ikan Sembilang -Goreng (mariam guna2 ekor ikan keli)

~200gm cili merah

~300rm bawang merah

~2 batang serai (mariam tak letak)

~100 gm asam jawa

~100 gm daun bawang

~Garam secukupnya

~Gula (mariam tambah,dlm resepi tak tulis pun)

~Air secukupnya

~Belacan (mariam tambah)


~Cara-cara~


~ Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.Masukkan bawang merah dan cili merah yang dikisar dan tumis hingga wangi (mariam tambah belacan)

~Masukkan serai yang dah diketuk.Kacau rata dan biar sehingga mendidih.

~Bila dah mendidih masukkan asam jawa,sedikit air,garam dan gula.Kacau.

~Kemudian masukkan ikan yang dah digoreng tadi.Kacau dan angkat.(Mariam tak masukkan ikan pun,curah sos tuh atas ikan je... :-) )







2 comments:

  1. kalau papa yg masak,agak2 menu apa lah yer?hahaha.
    ni feveret agh ni,waduhhh setahun bbrp kali je boleh jamah,sedapnyaaa...

    ooo letak garam ye,thanks for the tips!sgt berguna ni,agh mmg selalu sgt laa tangan melecur,cuai bebenor!

    ReplyDelete
  2. hahaha...kalau papa masak,menu apa yg akan menjadi santapan kita,meh sama2 kita bayangkan...hehehe...
    kat sana mesti susah nk dpt kan,agh dpt mkn time balik ipoh ja kan..tak pe nanti balik menetap kat sini bolela santap hari2..
    aaaa,cuba letak garam in case kalu agh x de krim tuk melecur...biasala kan,tak melecur time masa baik jadi tuan puteri,tak yah wat kijer...hehehe..

    ReplyDelete