Friday, November 26, 2010

Masak sorok-sorok

Assalamualaikum..
Menu kali nih roti jala kuah kuzi dan dadih.Roti jala dan kuzi ni dah lama buat,masa tu hari ahad kebetulan suami nak pergi meeting dekat KL.Mariam buat lebih sikit untuk kirimkan dekat mak di Ipoh.Mula-mula nak buat kuzi dengan ayam kampung,tapi cari ayam kampung tak jumpa.Jadi buatla dengan ayam yang tak dicucuk tuh....(",)

~Resepi~
~Bahan-bahan~

~Tepung 500g
~Santan cair 2 cawan
~Telur sebiji
~Secubit garam
~Serbuk kunyit/pewarna kuning
~Air secukupnya

~Cara-cara~

~Bancuh semua bahan-bahan hingga sebati.
~Kemudian tapiskan
~Bolehla mula menjala...

Tajuk kat atas tu sebenarnya ditujukan pada menu dadih ni.Bukan apa,biasanya bila buat dadih nih kena masak secara sorok-sorok.Kalau anak-anak masuk dapur mesti disuruh keluar,kalau 2 beradik tuh nampak mama dia masak apa,alamatnya dok jadi pak jaga tunggu sampai dadih nih masak la...Kadang-kadang tak sampai beku 2S dah tak sabar-sabar nak makan.Kadang-kadang kena letak dalam peti beku dulu supaya cepat sejuk...Kadang-kadang tu bila dah bising sangat mama dia bagi je hirup,haaaa nak sangat kan.... ;-)

~Resepi ~(Mak)
~Bahan-bahan~
~1/3 (8 gm) Agar-agar bertali yang 24 gm
~3/4 cawan gula
~2 liter susu segar
~Secubit garam

~Cara-cara~

-Masak agar2 bersama 1 1/2 cawan air hingga larut(air tu agak2 agar2 tenggelam ).Kemudian masukkan ke dalam susu.Pastikan tapis agar2 semasa masukkan ke dalam susu.Masukkan gula dan secubit garam.
-Masak hingga susu mengelegak skit2.Kacau sentiasa (jangan sampai susu tu pecah minyak)
-Masukkan ke dalam bekas.
(kalu suka perisa lain bolehla tambah kemudian )

2 comments:

  1. kaklong,nak request resepi kuzi,boleh?kot terasa nak mkn nanti boleh laa try.cantik sgt roti jala kaklong,haluih sungguh...

    ReplyDelete
  2. boleh2,no prob...tadi mls nak taip sebab panjang,nnt bila senang klong tulis naaa...
    haluihhh mcm tuan dia kot...hahhahaha...

    ReplyDelete