Friday, January 28, 2011

Udang Masak Kari

Assalamualaikum...
Hari ni suami ke Kl atas urusan kerja,InsyaAllah kalau kerja cepat siap malam ni sampaila penang.Mariam suruh bermalam je kat sana,tapi katanya malas sebab boring sengsorang kat sana.Suami ajak ikut,tapi my answer is 'tok sea',penatla travle jauh-jauh ni dahla sekejap,buat sakit pinggang je.Kalau ikutkan hati nak je ikut,walaupun alasan tadi sampingan je..hehehe.Tapi sebolehnya mariam nak minimumkan 'kepontengan' syafiy ke sekolah,sebab lepas ni banyak hari Syafiy akan ponteng sekolah ;-)
Pagi tadi masa tengok NLKO (Nasi lemak kopi o),ada satu segmen tuh pasal Penawar Syifa',siapa yang biasa tengok 106(oasis) mungkin biasala kot tengok segmen Penawar Syifa' yang Ustaz Lokman jadi perawatnya dan Ashraf Muslim jadi hos dia tu.Pagi tadi baru mariam tahu yang Ashraf nih pun dah jadi salah satu murid Ustaz Lokman,dan dia sekarang boleh merawat pesakit menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.Tengok muka dia sekarang pun macam bersih dah,bagus sangatla mariam rasa,lepas nih bolehla jadikan kerjaya tuh sebagai kerjaya tetap.Kalu tak silap mariam lepas ni pun satu slot pasal penawar syifa' akan ada dekat NLKO (hari jumaat).
Issshh,merewang ke lain pulak...Okla,jom tengok apa yang ada kat bawah... ('',)

Udang masak kari,simple-simple je..Habiskan udang yang ma bagi hari tuh.Clearkan stok lauk dalam peti sebab nanti nak balik kampung dah...('',)

~Resepi~ Ma

~Bahan-bahan~
~Udang
~2-3 sudu besar rempah kari ikan
~1 tangkai daun kari
~3-4 ulas bawang merah
~2-3 ulas bawang putih
~1/2 inci halia
~Air asam jawa
~Santan cair(option)
~Gula melaka/gula
~Garam

~Cara-cara~
~Bawang merah,putih dan halia dikisar/ditumbuk lumat.Kemudian tumis hingga naik bau,masukkan daun kari.
~Masukkan rempah kari dan sedikit air,tumis hingga pecah minyak.Masukkan santan,air asam jawa,gula melaka,garam dan akhir sekali masukkan udang.Bila udang sudah masak bolehla diangkat.

5 comments:

  1. Salam...nampak sedap la udang tu...ada stok udang nnt leh try =)

    ReplyDelete
  2. Salam kak norul...masak simple2 je,nnt bolehla try.. :)

    ReplyDelete
  3. wah cantiknya udang tu posing...terliur dh akak nengok ni...ada lagi ke?nk tapau sepiring..hehe

    ReplyDelete
  4. posing huduh2 je kak nieza,hehe...
    kena balik kg dulula baru boleh tapau..hehee

    ReplyDelete
  5. Sedap..sedap..ieza baru cuba..mudah n ringkas..tq for sharing ;))

    ReplyDelete