Friday, December 3, 2010

Ayam Panggang Serai

Assalamualaikum...
Ayam panggang serai ni resepi dari Kak Hana,walaupun gambar kat bawah tak cun melecun,tapi rasanya sangat puas hati.Mula-mula ingatkan hajat nak buat ayam ni untuk makan malam dah hancusss,sebab masa nak pergi ambik serai kat belakang rumah tuh hujan punyala lebat,kilat,petir,gurun semua cukup lengkap.Ingatkan tak sempatla nak buat,tapi rezeki kami jugak boleh makan ayam panggang serai malam tuh.Hujan reda lepas sejam turun mencurah-curah,sempatla perap ayam tuh dalam 2 jam.Resepi yang simple dan yang penting memenuhi selerakuuuu...('',)Resepi cnp dari blog kak hana,tq ye kak...;-)

~Resepi~
(Blog HaNa's FamiLy) Kak Hana
~Bahan-bahan~

~1/2 ekor ayam
~*1/2 labu bawang putih
~*2 inci halia
~*1-2 batang serai
~1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
~2 sudu besar kicap manis
~1-2 sudu makan madu
~garam sedikit
~lemon
~butter - potong kecil @ minyak zaitun
~kentang, carrot, bawang besar - potong empat

~Cara-cara~
~Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
~Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
~Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
~Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

No comments:

Post a Comment