Assalamualaikum....
2 hari lepas mariam dapat jiran baru,kak ina sebelah rumah nih dah pindah sebelum puasa hari tu,jadi beberapa bulan sebelum ni sebelah kiri rumah kami memang kosong.Yang sebelah kanan tu memang sejak azali lagi tuan rumah dia tak nak bagi sewa atau jual.Jiran baru ni pun pangkat akak dengan mariam,semua jiran-jiran kat sini semua pangkat kakak-kakak dan makcik-makcik (perasan mude lak..hehehe) Jiran baru ni cantik sangat-sangat,bagi mariam cantik sangat dari segi rupa dan luaran (muslimah sejati) Kalau cantik rupa tapi luaran pakai tak tutup aurat memang tak cantik sangatla kan..(macamla diri sendiri warak sangat...) Pagi semalam sambil-sambil kami jemur kain maka adala sesi berkenalan,harap jiran baru ni sama dengan jiran dulu,baik.Okla kita tengok pulak apa ada kat bawah...Jom layannn...
Nasi lemak pandan,menu hari selasa sempena cuti Maal Hijrah.Resepi yang di cnp dari fotopages Kak Madiha,(terima kasih ye kak) dimakan bersama dengan sambal kerang...('',)
~Resepi~ Kak Madiha
~Bahan-bahan~
~3 pot beras wangi
~10 helai daun pandan ~ dikerat2 & mesin bersama 1 pot air dibawah ~ perah ambil airnya
~1 pot air (guna utk mesin daun pandan)
~4 pot santan (atau secukupnya santan mengikut sukatan beras) dari sebiji kelapa (guna pot yg sama utk menyukat beras)
~garam secukup rasa
~pewarna hijau jika suka
~1 batang serai ~ diketuk (mariam tak letak)
~3 ulas bawang merah ~ dihiris
~1 inci halia ~ hiris halus memanjang
~2 helai daun pandan ~ simpul (mariam tak letak)
~Cara Memasak~
~ Basuh beras hingga bersih & tos sebentar.
~ Masukkan beras dalam periuk elektrik. Tuangkan 4 pot santan bersama 1 pot air daun pandan. Jika suka boleh masukkan sedikit pewarna hijau.
~ Masukkan daun pandan, serai, halia, bawang merah & garam lalu dikacau rata.
~ Tekan butang 'cook' pada periuk elektrik dan biarkan nasi masak seperti biasa.
~ Bila nasi dah masak buka penutup periuk dan kacau2 nasi gunakan chopstik agar rata. Jangan kacau terlalu kuat supaya nasi tak patah2. Tutup periuk nasi dan biarkan sehingga sedia utk dihidangkan.
ishhh terliur aih tgk nasi lemak pandan tu,mesti semerbak harum baunya.kena plak sambal kerang,mantap breakfast depa noo...
ReplyDeleteooo dah ada jiran baru,insyaALlah harap2 baik2 ler semua jiran tetangga kan.tak syok jugak kalau ada jiran tak berapa best even kita tak bercampur sangat pun kan,mcm agh kat sini,ada gak jiran2 yg kureng,tp bolayan sajalah,agh pura2 tak faham bahasa depa,ala2 pekak tuli gitu,hahaha
meh jemput makan agh..hehehe..ni bukan breakfast,tapi lunch kami..isshhh,bf mana abg nk telan nasik-nasik nih,abg kan mat salleh yg tak puith..hehehe
ReplyDeletetula jiran nih penting,yg paling penting kiri kanan nih..sbb kita dok tgk muka depa sokmo..yg lain tuh x heran sgtla..hehhee