Seminggu lebih tak berupdate dan tak mengadap benda nih,sebenarnya sibuk dengan majlis perkahwinan adik mariam yang ke-3 (gambar update kemudian ye).Majlis akad nikah diadakan pada malam 23/12/2010(Khamis), kenduri 24/12/2010(Jumaat ) dan majlis hantar menantu 25/12/2010 (Sabtu).Suami hantar mariam dan anak-anak balik kampung seminggu awal lagi,kemudian dia balik semula ke penang dan out station ke kl pulak,sehari sebelum kenduri baru suami balik kampung semula.Walaupun hati masih lagi berada dekat kampung,mood pun tunggang langgang lagi,tapi kuatkan semangat jugak untuk mengadap blog nih…Alhamdulillah kenduri kali ni semua makcik pakcik (sebelah ma,sebelah abah semua duduk kelantan) dapat balik,kecuali adala sepupu 4-5 orang yang tak dapat balik sebab ada kelas.Pakcik dari Russia pun (suami cik tie) ambil cuti awal semata-mata nak balik kenduri nih.Jemputan malam akad nikah cuma saudara mara dan kenalan terdekat je,tak sampai 300 orang.Majlis akad nikah diadakan lepas solat Insya', suami dan abang Mursyid (abang ipar) jadi saksi malam tu.
Hidangan malam akad nikah ma yang masak sendiri,malam tu menu nasi hujan panas,nasi putih,pajeri nenas, kuzi kambing, ayam percik,kerutub daging,sambal belacan dan agar-agar santan (pandan) sebagai pencuci mulut.
Kali ni memang mariam rasa nikmat memasak untuk kenduri sebab adik (Sidqiy) tak kacau,dia dah ada geng dengan sepupu-sepupu dan makcik pakcik dia,jadi kalau tak nampak kelibat mama dia nih pun tak apa.Ma tugaskan mariam untuk masak nasi hujan panas,nasi putih dan pajeri nenas untuk malam tuh.Pagi hari Khamis tuh kami (Kak Umi dan Mariam) masak mee kari untuk buat makan-makan untuk saudara-mara dan pekerja-pekerja ma.Kami buat 20 bungkus mee,kira untuk pagi dan lunch,senang sebab sebelah petang dah kalut nak masak untuk majlis akad nikah dah…Majlis kahwin adik kali nih ma buat lain sikit,biasanya jemputan kenalan dan pengantin lelaki sampai selepas solat Jumaat,tapi kali ni pengantin lelaki dan rombongan ma jemput pukul 9.30 pagi dan jemputan lain selepas solat Jumaat pukul 2.30 petang.Jadi ma dan abah tak kalut sangat nak layan keluarga pihak lelaki dan jemputan yang datang.Kenduri adik kali ni tak macam kenduri mariam dan kak umi (kakak).Kalau kenduri kami dulu malam akad nikah ma masak sendiri,dan masa kenduri pun ma yang masak.Tapi kali nih ma cuma masak untuk majlis akad nikah je,untuk kenduri ma buat style gerai.Ma beli gerai-gerai(sekali dengan tuan dia sekali) dan buat macam majlis open house hari raya.Antara menu yang ada ais cream,nasi beriani,satay,kueh teow goreng,mee goreng,otak-otak,satay ikan,laksa kelantan,laksam,air,roti canai,colek buah dan kuih-muih. Tak semua gerai ma beli sebab ada yang kak umi dan makcik sponser.Kami(makcik,pakcik,sepupu) jaga gerai ais cream (ma beli ais cream dan sewa peti je,tuan dia tak ada) dan gerai colek buah, kuih muih (menu yang ni kami buat sendiri).
Buat macam ni seronok sangat,tak penat nak kena cuci pinggan.Ma kata buat macam ni senang sebab sekarang musim orang kawin,kadang-kadang tetamu yang datang tuh dah kenyang makan kenduri tempat lain,jadi kalau ada makanan selain nasi elokla…Sebelum maghrib semua dah selesai,malam tu acara bukak hadiah la pulak kan…Kali ni kami [makcik-pakcik(sebelah ma),kak umi dan mariam]8 keluarga semuanya kongsi hadiah bagi dekat pengantin pakej percutian (duit poket sekali) ke Kota Kinabalu selama 5 hari 4 malam.Mula-mula kami plan nak bagi bagi pakej percutian ke Bali,tapi disebabkan Indon sekarang tak berapa selamat,jadi tukarla ke KK.
Keesokkan harinya majlis hantar menantu ke Tanah Merah (dalam 10 minit dari Machang).Dalam pukul 10.30 pagi bertolak dari rumah dan kami semua berkumpul dekat rumah pakcik di tanah merah, pukul 11 sampai rumah pengantin lelaki.Rombongan kami dalam 100 orang.Seronok dapat adik ipar baru,kami bertiga dah lepas tinggal 2 lagi yang belum.Kami semua doakan semoga ikatan yang suci antara Siti Zainab dan Nik Hafiz diberkati oleh Allah S.W.T dan semoga jodoh mereka kekal hingga ke Syurga.Amin…
SELAMAT PENGANTIN BARU SIS, WE LOVE YOU SO MUCH….
salam mariam..
ReplyDeletepatutlah sunyi je 'umah' mariam ni.. rupanya sibuk ngan persiapan perkahwinan adik ye? dengar dari cerita tu memang meriah sungguh majlis. & yg istimewanya.. juadahnya sangat berlainan sekali.. walaupun gitu.. nasi beriani tetap ada gak tu.. tapi bagus juga kan.. banyak menu2 pilihan utk tetamu.. tetamu boleh pilih menu mana yg dorang suka.. ala2 mkn buffet kat hotel pulak sebab mcm2 menu ada... kalau akak rasanya mesti serang gerai laksam dulu kot.. pastu baru gi ke gerai kuih muih... hehehe..
salam kak,tula sibuk balik kampung...meriah la jugak sebab masak-masak sendiri,kalau semua pakai order mesti tak meriah sgt kan...tula sebab musim kenduri orang pun dh muak kot nak makan nasi kenduri nih..tu yg ma mariam plan buat cara nih pulak..hehehe
ReplyDeletemariam pun tak sempat nak makan laksam tuh,tup tup dah habis...hehehe..