Pagi tadi suami bertolak ke kl dalam pukul 6.15 pagi,plan asal balik hari nih jugak.Lepas zohor tadi suami call kata tak jadi balik hari ni,tunda esok.Emmmm,tiba-tiba si isteri ni tak de mood pulak...tak pela nak buat macam manakan...:( Okla kita tengok apa yang ada kat bawah...('',)
Makan malam semalam mariam masak humburger ni je,orang kata biasanya kat Jepun popular benda ni,betul tak angah?? Kalau kat Ausie dulu pun ada tapi kami tak pernah makan pun.Mariam biasa masak macam ni tapi cuma letak daging cincang,bawang besar dadu,serbuk lada hitam,garam dan gula je (panggil daging kebab).Humburger ni pun buat ikut apa yang ada kat rumah je,breadcrumbs tu ganti dengan oat yang dikisar dan taufu mariam tak letak sebab tak ada.Lain kali bila beli taufu bolehla cuba lagi,sebab sedap kena dengan selera kami...('',)
~Resepi~ (Kak Yani)
Bahan-bahan ( 4~5 orang )
~Humburger~
~250g daging hancur/cincang
~150g taufu
~1 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
~1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
~1/2 biji bawang besar-cincang
~garam dan gula secukup rasa
~sedikit minyak
~Sos Humburger ~
~1/2 cawan sos tomato
~1/2 cawan sos tiram
~1/2 cawan air
~1 sudu kecil serbuk lada hitam( boleh dikurangkan kalau tak nak pedas)
~Mariam tambah sos cili,cendawan butang dan sedikit kicap
haa humburger ni laa rafiqh dok sebut2 tu,agh jarang buat,tp mmg glamour laa kat sini.depa mkn dgn nasi,ala2 buat lauk gitu.sedap ek?nanti boleh try resepi ni pulak...
ReplyDeleteaaaa...ingat2,agh pernah ckp hari tuh..klong baca komen2 dekat myresepi diaorg ckp budak2 suka,kalau letak taufu lg sedap kot rasa lemak2 lagi...bolehla try sebab rafiqh pun suka kan..
ReplyDelete