Tuesday, December 28, 2010

Selamat Pengantin Baru Adikku Sayang

Assalamualaikum...
Seminggu lebih tak berupdate dan tak mengadap benda nih,sebenarnya sibuk dengan majlis perkahwinan adik mariam yang ke-3 (gambar update kemudian ye).Majlis akad nikah diadakan pada malam 23/12/2010(Khamis), kenduri 24/12/2010(Jumaat ) dan majlis hantar menantu 25/12/2010 (Sabtu).Suami hantar mariam dan anak-anak balik kampung seminggu awal lagi,kemudian dia balik semula ke penang dan out station ke kl pulak,sehari sebelum kenduri baru suami balik kampung semula.Walaupun hati masih lagi berada dekat kampung,mood pun tunggang langgang lagi,tapi kuatkan semangat jugak untuk mengadap blog nih…Alhamdulillah kenduri kali ni semua makcik pakcik (sebelah ma,sebelah abah semua duduk kelantan) dapat balik,kecuali adala sepupu 4-5 orang yang tak dapat balik sebab ada kelas.Pakcik dari Russia pun (suami cik tie) ambil cuti awal semata-mata nak balik kenduri nih.Jemputan malam akad nikah cuma saudara mara dan kenalan terdekat je,tak sampai 300 orang.Majlis akad nikah diadakan lepas solat Insya', suami dan abang Mursyid (abang ipar) jadi saksi malam tu.

Hidangan malam akad nikah ma yang masak sendiri,malam tu menu nasi hujan panas,nasi putih,pajeri nenas, kuzi kambing, ayam percik,kerutub daging,sambal belacan dan agar-agar santan (pandan) sebagai pencuci mulut.
Kali ni memang mariam rasa nikmat memasak untuk kenduri sebab adik (Sidqiy) tak kacau,dia dah ada geng dengan sepupu-sepupu dan makcik pakcik dia,jadi kalau tak nampak kelibat mama dia nih pun tak apa.Ma tugaskan mariam untuk masak nasi hujan panas,nasi putih dan pajeri nenas untuk malam tuh.Pagi hari Khamis tuh kami (Kak Umi dan Mariam) masak mee kari untuk buat makan-makan untuk saudara-mara dan pekerja-pekerja ma.Kami buat 20 bungkus mee,kira untuk pagi dan lunch,senang sebab sebelah petang dah kalut nak masak untuk majlis akad nikah dah…Majlis kahwin adik kali nih ma buat lain sikit,biasanya jemputan kenalan dan pengantin lelaki sampai selepas solat Jumaat,tapi kali ni pengantin lelaki dan rombongan ma jemput pukul 9.30 pagi dan jemputan lain selepas solat Jumaat pukul 2.30 petang.Jadi ma dan abah tak kalut sangat nak layan keluarga pihak lelaki dan jemputan yang datang.Kenduri adik kali ni tak macam kenduri mariam dan kak umi (kakak).Kalau kenduri kami dulu malam akad nikah ma masak sendiri,dan masa kenduri pun ma yang masak.Tapi kali nih ma cuma masak untuk majlis akad nikah je,untuk kenduri ma buat style gerai.Ma beli gerai-gerai(sekali dengan tuan dia sekali) dan buat macam majlis open house hari raya.Antara menu yang ada ais cream,nasi beriani,satay,kueh teow goreng,mee goreng,otak-otak,satay ikan,laksa kelantan,laksam,air,roti canai,colek buah dan kuih-muih. Tak semua gerai ma beli sebab ada yang kak umi dan makcik sponser.Kami(makcik,pakcik,sepupu) jaga gerai ais cream (ma beli ais cream dan sewa peti je,tuan dia tak ada) dan gerai colek buah, kuih muih (menu yang ni kami buat sendiri).

Buat macam ni seronok sangat,tak penat nak kena cuci pinggan.Ma kata buat macam ni senang sebab sekarang musim orang kawin,kadang-kadang tetamu yang datang tuh dah kenyang makan kenduri tempat lain,jadi kalau ada makanan selain nasi elokla…Sebelum maghrib semua dah selesai,malam tu acara bukak hadiah la pulak kan…Kali ni kami [makcik-pakcik(sebelah ma),kak umi dan mariam]8 keluarga semuanya kongsi hadiah bagi dekat pengantin pakej percutian (duit poket sekali) ke Kota Kinabalu selama 5 hari 4 malam.Mula-mula kami plan nak bagi bagi pakej percutian ke Bali,tapi disebabkan Indon sekarang tak berapa selamat,jadi tukarla ke KK.

Keesokkan harinya majlis hantar menantu ke Tanah Merah (dalam 10 minit dari Machang).Dalam pukul 10.30 pagi bertolak dari rumah dan kami semua berkumpul dekat rumah pakcik di tanah merah, pukul 11 sampai rumah pengantin lelaki.Rombongan kami dalam 100 orang.Seronok dapat adik ipar baru,kami bertiga dah lepas tinggal 2 lagi yang belum.Kami semua doakan semoga ikatan yang suci antara Siti Zainab dan Nik Hafiz diberkati oleh Allah S.W.T dan semoga jodoh mereka kekal hingga ke Syurga.Amin…

SELAMAT PENGANTIN BARU SIS, WE LOVE YOU SO MUCH….

Thursday, December 16, 2010

Masakan Pertamaku Untuknya....

Assalamualaikum...
Pagi semalam sebelum sarapan mariam godek-godek kek ni dulu,balas dendam sebab tak dapat buat weekend hari tu.Masa tu suami dan anak-anak tengah beradu lagi.Kek ni masakan pertama mariam untuk encik suami,masa tuh mariam form 4.
(gataiiiii).Pernah story pasal kek ni dekat fotopages dulu,malas nak story lagi nanti ada yang (loyaaa) pulak kan...('',)

Buat 2 adunan,sebab nak bawak balik kampung....('',)
~RESEPI~(Sepupu)

~7 sudu besar Serbuk koko (Van Houten)
~125 g Magerin (Buttercup)
~3 sudu besar Gula (kalau tak nak letak gula lebihkan sikit susu pekat)
~1 susu kecil Asen Vanilla
~3 biji Telur
~Susu pekat (setengah tin)
~Biskut Marie (mariam guna perisa biasa)

~Cara-cara~
~Pukul magerin dengan gula (biar sebati je,tak perlu sampai kembang), kemudian masukkan telur dan asen vanilla.
~Kemudian masukkan susu, selepas itu masukkan koko.
~Selepas itu masakkan di atas api yang kecil, kacau selalu sehingga betul2 likat
~Kemudian masukkan biskut...biskut tu bergantung pada coklat yg ada...masa masukan biskut tu sambil-sambil kacau supaya semua coklat menyaluti biskut...
~Lepas tu masukkan dlm loyang yg dh disapu magerin skit....tekan dengan tangan...sebelum tekan tu lapik plastik dulu....Kemudian bolehla dihias...
~Masukkan dalam peti dulu..bile dah sejuk baru boleh dipotong..

Apam ni makan untuk sarapan pagi hari ni,kali pertama makan masa datang penang 3 tahun lepas.Masa tu beli dekat pasar malam.Rasa sedap sangat jadi mariam cari resepi kat internet,alih-alih jumpa resepi ni.Bila tengok dekat blog kawan-kawan,rupanya apam ni boleh makan cicah dengan sambal ikan bilis atau kari.Tapi tak pernah cuba lagi sebab mariam buat jenis manis,tak payah cicah-cicah dah.

~Resepi~ (Internet)


~300 gm tepung beras
~240ml-270ml santan kelapa dari 1/2 biji kelapa (mariam tambah jadikan 300ml)
~3/4 sudu kecil yis
~3/4 sudu kecil garam
~60 gm gula castor (mariam tambah sikit lagi)
~1/2 cawan nasi
~1 biji telur(mariam tambah)

~Cara-cara~
-Kisar semua bahan-bahan dan kacau rata
-Tutup adunan dan rehatkan selama 45-60 minit
-Tuangkan sesenduk ke dalam kuali yang telah disapu minyak dan lenggangkan adunan.
-Guna api yang kecil,masak selama 2-3 minit

Tuesday, December 14, 2010

Daging Lada Hitam

Assalamualaikum...
Semalam masak daging lada hitam ni je,makan dengan nasi goreng pattaya.Okla tak tahu nak cerita apa dah,jom tengok gambar pulak.. ('',)
~Resepi~

~Daging(bahagian yg lembut)
~Kicap
~Sos tiram
~Black pepper (serbuk/biji yg ditumbuk)
~Bawang putih*
~Bawang merah*
~Bawang besar
~Cili besar
~Tomato
~*Ditumbuk atau dikisar

~Cara-cara~
~Masak daging tanpa minyak..biar air daging kering dahulu
~Masukkan minyak dan bawang putih dan merah..tumis hingga naik bau
~Masukkan kicap, sos tiram dan black pepper
~Garam dan gula secukup rasa
~Masukkan cili besar, tomato dan bawang besar.. Bubuh daging kat situ sebab nak tutup telur yang pecah...hehehehe

Monday, December 13, 2010

Mama nak mandi kolam air....

Assalamualaikum...

Nak kongsi cerita sikit pasal semalam (macamla pandai sangat bercerita,ayat pun tunggang langgang..hehehe) Semalam kami pergi Tanjung Bungah dekat batu Ferringhi buat bbq tepi pantai.Kawan-kawan suami ajak buat bbq kat situ sebab diaorang bercuti dan menginap dekat Paradise Hotel.Mula-mula rancang nak pergi hari sabtu,tapi hari sabtu (malam)suami baru balik dari Kl,jadi dituda hari ahad.Nak pergi sana kiranya bukan dirancang dari awal,hari khamis malam baru mariam dapat tahu.Mula-mula ingat nak masak kuih,tapi bahan-bahan pulak tak cukup.Nak buat kek mixer pulak buat hal,jadi mariam plan nak buat kek batik jela,tapi biskut tak ada dan telur pulak tak cukup,adoiiii…Jadi kenala tunggu suami balik dari Kl dulu baru boleh pergi beli barang-barang.Suami kata buat kek pun ok,mariam cakap mixer rosak,ingat nak bawak balik machang baiki.Dia cakap kita baiki dekat ipoh jela senang sikit,takut baiki kat machang kalu tak sempat siap susah nak ambik balik nanti.Buat kek batik pun ok jugak suami cakap (macam tahu je wife dia nak buat benda tuh)Hari ahad pagi tuh ingat nak beli barang-barang dekat kepala batas je,tapi suami nak pergi supermarket dekat sungai petani pulak.Dalam hati dah rasa dah macam tak sempat je nak buat kek tuh,buat sempat tapi nak bagi dia sejuk tuh yang lambat.Sampai sungai petani dah pukul 10.30 pagi,pung,pang,pung,pang tup..tup..dah pukul 12 lebih,sampai rumah dah pukul 1 tengahari.Memang cancel la kek tuh sebab balik tuh dok kalut cuci 3 ekor ayam untuk perap buat bbq dan nak lunch lagi.Jadi kami cuma bawa ayam,air,kelengkapan untuk makan dan bakar je la.Dalam pukul 3 petang kami bertolak ke sana,dekat sejam jugakla baru sampai.Sampai tu,naik bilik dulu lepas solat asar turun bagi anak-anak mandi kolam dan main pantai.Dalam pukul 7.50 malam semua settle dan kami naik solat maghrib dulu,bagi Syafiy dan Sidqiy mandi dalam pukul 8.30 malam kami bertolak balik.Jalan dekat pulau segenap ceruk jammed,nasib baik en.suami tahu jalan short cut masuk lorong-lorong rumah orang.Mula-mula ingat suami nak balik terus,tapi dia ajak makan dekat pulau dulu,selama 3 tahun kat sini tak pernah lagi la kami makan malam dekat pulau.Selalu dok makan belah sana je,mula-mula nak makan tempat open air,tapi hari hujan dan orang punyala ramai,jadi kenala tukar plan makan tempat lain.Settle semua percutian dekat pulau kami pun balikla ke tanah besar pulak,dekat pukul 11 malam baru sampai Bertam.Untuk anak-anak papa dan mama yang disayangi,nanti minggu ni kita bercuti ke tempat lain pulak ye…tempat nih lagi superrrr powerrrrrrrr..hehehehe




Adik dah kesejukan,menggigil.....Kecut dan biru habis tangan..hehehe..
Syafiy dan Sidqiy dah sejuk dah...
Jom kita pergi main pantai pulak....
2 beradik tengah memanjat pasir...Masa nih adik cakap "Abang Syafiy,jangannnn!!!!Bahaya tuh!!!!!"Adik main dengan kawan-kawan,abang tak join sekali sebab takut dengan ombak...
Buat istana pasir...(makngah tuh bukan mama ye..hehehe)Dah nak balik dah......

Friday, December 10, 2010

Humburger

Assalamualaikum...
Pagi tadi suami bertolak ke kl dalam pukul 6.15 pagi,plan asal balik hari nih jugak.Lepas zohor tadi suami call kata tak jadi balik hari ni,tunda esok.Emmmm,tiba-tiba si isteri ni tak de mood pulak...tak pela nak buat macam manakan...:( Okla kita tengok apa yang ada kat bawah...('',)
Makan malam semalam mariam masak humburger ni je,orang kata biasanya kat Jepun popular benda ni,betul tak angah?? Kalau kat Ausie dulu pun ada tapi kami tak pernah makan pun.Mariam biasa masak macam ni tapi cuma letak daging cincang,bawang besar dadu,serbuk lada hitam,garam dan gula je (panggil daging kebab).Humburger ni pun buat ikut apa yang ada kat rumah je,breadcrumbs tu ganti dengan oat yang dikisar dan taufu mariam tak letak sebab tak ada.Lain kali bila beli taufu bolehla cuba lagi,sebab sedap kena dengan selera kami...('',)

~Resepi~ (Kak Yani)
Bahan-bahan ( 4~5 orang )


~Humburger~
~250g daging hancur/cincang
~150g taufu
~1 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
~1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
~1/2 biji bawang besar-cincang
~garam dan gula secukup rasa
~sedikit minyak

~Sos Humburger ~
~1/2 cawan sos tomato
~1/2 cawan sos tiram
~1/2 cawan air
~1 sudu kecil serbuk lada hitam( boleh dikurangkan kalau tak nak pedas)
~Mariam tambah sos cili,cendawan butang dan sedikit kicap

Nasi Goreng Kampung

Assalamuaalaikum...
Berbekalkan kangkung yang ditanam tumbuh 3-4 jemput je dan lebihan ketam yang kami makan dekat Juru hari tuh,maka terjadilah menu yang simple nih untuk santapan kami di malam hari.... ;-) Kali nih tak yahla tulis resepi sebab semua orang tahu nak buat...Okla petang nanti kalau rajin mariam update satu lagi resepi...('',)Isssshhh...kalau mama ambik gambar adala yang nak sibuk-sibukkkk letak tangan...

Thursday, December 9, 2010

Jiran Baru....

Assalamualaikum....
2 hari lepas mariam dapat jiran baru,kak ina sebelah rumah nih dah pindah sebelum puasa hari tu,jadi beberapa bulan sebelum ni sebelah kiri rumah kami memang kosong.Yang sebelah kanan tu memang sejak azali lagi tuan rumah dia tak nak bagi sewa atau jual.Jiran baru ni pun pangkat akak dengan mariam,semua jiran-jiran kat sini semua pangkat kakak-kakak dan makcik-makcik (perasan mude lak..hehehe) Jiran baru ni cantik sangat-sangat,bagi mariam cantik sangat dari segi rupa dan luaran (muslimah sejati) Kalau cantik rupa tapi luaran pakai tak tutup aurat memang tak cantik sangatla kan..(macamla diri sendiri warak sangat...) Pagi semalam sambil-sambil kami jemur kain maka adala sesi berkenalan,harap jiran baru ni sama dengan jiran dulu,baik.Okla kita tengok pulak apa ada kat bawah...Jom layannn...


Nasi lemak pandan,menu hari selasa sempena cuti Maal Hijrah.Resepi yang di cnp dari fotopages Kak Madiha,(terima kasih ye kak) dimakan bersama dengan sambal kerang...('',)

~Resepi~ Kak Madiha
~Bahan-bahan~

~3 pot beras wangi
~10 helai daun pandan ~ dikerat2 & mesin bersama 1 pot air dibawah ~ perah ambil airnya
~1 pot air (guna utk mesin daun pandan)
~4 pot santan (atau secukupnya santan mengikut sukatan beras) dari sebiji kelapa (guna pot yg sama utk menyukat beras)
~garam secukup rasa
~pewarna hijau jika suka
~1 batang serai ~ diketuk (mariam tak letak)
~3 ulas bawang merah ~ dihiris
~1 inci halia ~ hiris halus memanjang
~2 helai daun pandan ~ simpul (mariam tak letak)

~Cara Memasak~

~ Basuh beras hingga bersih & tos sebentar.
~ Masukkan beras dalam periuk elektrik. Tuangkan 4 pot santan bersama 1 pot air daun pandan. Jika suka boleh masukkan sedikit pewarna hijau.
~ Masukkan daun pandan, serai, halia, bawang merah & garam lalu dikacau rata.
~ Tekan butang 'cook' pada periuk elektrik dan biarkan nasi masak seperti biasa.
~ Bila nasi dah masak buka penutup periuk dan kacau2 nasi gunakan chopstik agar rata. Jangan kacau terlalu kuat supaya nasi tak patah2. Tutup periuk nasi dan biarkan sehingga sedia utk dihidangkan.

Wednesday, December 8, 2010

Macam tak sedap je......

Assalamualaikum....
Selamat menyambut tahun baru buat rakan-rakan semua...Semalam tak bersiaran sebab suami cuti,biasanya tak cuti pun kalau tahun baru Hijrah ni,jadi semalam bolehla kami outing ke Juru sambil makan mee ketam... (yummyyyy) Pau ni buat hari isnin untuk minum petang dengan anak-anak dan frozen untuk sarapan pagi esokkannya.Masa tengah isi sri kaya,Sidqiy (adik) mintak nak ratah makan kaya,mama bagi sikit jela (satu sudu kecik) tapi still mintak lagi.Mama dia buat tak tahu jela,malas nak bagi makan banyak-banyak sebab manis.Masa kuih dah masak,adik masuk dapur dan tengok,lepas tuh dia cakap "Eeemmm,macam tak sedapppp jeeee...." mama dia dah gelak dah sebab cara dia cakap tuh nada berlenggok.Dalam hati mama cakap,nih mesti kes tak puas hati sebab tak bagi makan sri kaya tadi...Mama pun cakap, "Kalau tak sedap adik tak payahla makan ye...." Cakap tak sedap,tapi dekat 3 biji jugak habis adik makan,isshhh..isshhh...('',)
Teringin nak makan pau lepas tengok Angah buat dan jual pau yang putih gebussss... ;-) Tapi kenala tunggu weekend sebab bahan-bahan tak cukup masa tuh...

~Resepi~ (Kak Jasmeen)
~Bahan-bahan~

~500 gm Tepung Pau
~2 sdt Baking powder
~260 gm air suam
~1/2 peket instant yis (mauripan) or 6gm
~7 sdb gula halus
~3 sdb shortening / lemak sayur

~Cara-cara~
~ Campurkan tepung & baking powder (gaul rata)
~Bancuh yis & gula dgn air suam, kacau sehingga gula larut
~Masukkan air kedlm tepung & uli sehingga licin..(lembik adunan lbh krg spt adunan roti canai, klu rasa keras, leh tmbh air)
~Masukkan lemak sayur, uli lg sehingga licin..
~Tutup dgn kain, biarkan naik sekali ganda..(teman msukkan dlm oven, set low temp about 30 min)-shortcut step..hehehe..
~Bila dah naik..tumbuk2 utk keluarkan angin..dan bentukkan bulat2 kecil..
~Masukkan inti kegemaran..dah biarkan 10 min sblm dikukus..
~Kukus selama 10 min dgn api yg kuat (jgn lama2)
**Pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu & balut penutup kukus dgn kain..

Monday, December 6, 2010

Ayam Kampung,Ikan Haruan

Assalamualaikum...
Sambil-sambil tunggu adunan kuih naik 2 kali ganda baik update benda alah ni dulu kan..;-) 2 menu kali ni dimasak untuk hari sabtu dan ahad.Ayam kampung diimport dari kelantan dan ikan haruan diimport dari ipoh.Tukang masak je yang dari penang...('',) Jomla tengok apa yang ada...

NASI AYAM,AYAM KAMPUNG

~RESEPI ~

Nasi
~Beras (Basuh dan toskan)
~Kunyit hidup (tumbuk,campur sedikit air kemudian ambil airnya)
@Kunyit serbuk
~1-2 helai daun pandan
~Air rebusan ayam
~3-4 biji bawang merah
~2-3 ulas bawang putih
~1 inci halia
~Garam dan gula

Ayam
~Kicap
~Madu
~Sos tiram
~Halia
~Bawang putih
~Garam
~Gula

Sup
~Ayam(bahagian rangka2)
~Kentang
~Bawang putih
~Halia
~Rempah sup
~Garam

Sambal
~Cili kering
~2-3 ulas bawang putih
~1 biji bawang besar
~2-3 sb sos tomato
~Garam
~Gula

Kicap
~Kicap
~Air rebusan ayam

Cara-cara
~Nasi dimasak seperti biasa,guna air rebusan ayam.Kemudian masukkan daun pandan dan serbuk kunyit.Bila dah nak dekat-dekat kering masukkan garam dan gula kemudian gaul sekejap.
~Ayam : Bawang putih dan halia ditumbuk atau dikisar kemudian di gaul bersama bahan2 lain dan perap ayam selama sejam atau lebih. Kemudian bakar.(Kalau nak goreng, ayam direbus terlebih dahulu sebelum diperap) -Ayam ni mariam rebus dulu kemudian goreng.
~Sambal: Kisar semua bahan2 kemudian tumis sehingga masak barulah masukkan sos , garam dan gula
~Kicap: campur bahan2 tu.
~Sup: buat macam sup ayam


Menu simple hari ahad,ikan haruan bakar+air asam+sambal kentang tempe,ulam temu (my favorite) dan ulam raja yang kurus-kurus.Tanam ulam ni tak gemuk-gemuk pun daun dia,mungkin sebab kurang baja kot...('',)

Friday, December 3, 2010

Murtabak ke???

Assalamualaikum...
Isshhh,hari ni 2 kali update,pecah rekod sendiri ni...Biasanya lepas solat Zohor,capai buku baca 2-3 muka sambil guling-guling atas katil,lepas tuh paham-paham je la kan...Hari ni berhelai-helai dok baca tapi tak lelap-lelap jugak...So apa lagi,sambil tunggu pencuci mulut atas dapur tu masak kiter buat la apa yang patut kan...;-)
Tak tahula boleh ke panggil menu kat bawah ni murtabak,sebab nama murtabak diambil dari bahasa arab yang bermaksud berlapis-lapis.Tapi yang nih tak berlapis ponnnn...Tak pela kan nama apa-apa pun bukannya penting sangat kan ;-) 2 menu kali nih biasa masuk fotopages dulu...Jomla tengok ulang tayang ('',)
MURTABAK PARATHA

~Resepi~

~Bahan-bahan~
~Roti Paratha

Inti

~Daging/Ayam (potong kecil-kecil/cincang)
~1@2 biji Ubi Kentang (potong dadu)
~3@4 sudu makan Rempah kari
~2 ulas bawang putih (tumbuk)
~1 biji bawang besar (potong dadu)
~Telur (sebiji telur untuk sebiji roti paratha)
~Garam
~Gula
~Air

~Cara-cara~
~Masukkan daging ke dalam kuali,keringkan airnya dahulu, kemudian masukkan minyak diikuti dengan bawang putih.
~Masukkan air,rempah dan kentang.Masak hingga daging dan kentang empuk.
~Masukkan bawang besar,garam dan gula.Masak sehingga kering.

(P/S-mariam lebihkan garam dan gula sebab murtabak ni mariam makan macam tu je...kalau nak makan dengan pencicahnya tak perlula nak lebihkan garam dan gula...lagi satu kalau tak lebihkan garam dan gula, lepas letak telur rasa tu akan berkurangan )

1.Nipiskan roti paratha (mariam guna penggelek-sapu sedikit minyak di tempat yg kita nak canai tu dan juga dekat penggelek supaya ia tidak melekat)
2.Perlahan-lahan angkat dan letakkan di atas pan yang disapu dengan sedikit minyak..(Boleh bukak api sebelum kita letakkan roti tu.Pastikan api perlahan)
3.Letakkan 3-4 sudu makan inti dengan 1 biji telur (pukul sikit telur tu)- sebiji telur untuk sebiji roti...
4.Letakkan inti di atas roti kemudian lipat.
5.Letak sedikit minyak.Masak dengan api yang perlahan
6.Bolehla menjamu selera

Roti puri dimakan dengan gulai kurma ayam kampung..Tabik springggg to my makcik (Yatiezaini) dengan resepi yang mablessss nih...Kat rumah ni kalau dah tak ada idea nak masak benda apa,maka menu nilah antara yang jadi pujaan hatikuu.. (",)

~Resepi ~
(Yatiezaini)
~Bahan-bahan~ 12 biji

~2 cwan tepung gandum
~1 sudu kecil yis mauripan
~1/2 sudu kecil garam *
~3 sudu makan minyak masak *
~2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
~175 ml air panas *
~40-50ml air
~minyak utk mengoreng

~Cara-cara~

1. satukan bahan bertanda (*) n panaskn ..kacau sehingga gula hancur n tutup api
2. satukan tepung n yis .. gaul
3. no. 1 dimskkn kedlm no.2 .. dan digaul dgn mgunakan garfu .. sehingga bercampur shj
4. dgn mgunakn tangan gaul adunan mjadi spt ~ breadcrumb~
5. Tambah air sedikit2 . adun hingga x melekat kat tgn n mjadi doh ...
6. Biarkan doh selama 30 minit --- pastu blhler doh dibahagikan kpd 12 bhgian
7. Canai doh nipis cam karipap / duit 50sen ..
8. Siap utk digoreng ...


Tips mengoreng : mgoreng mgunakan api yg kecil n sederhana shj .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalu guna api yg besar mybbkan roti nih x naik kembong ...
masa mgoreng hdklah disimbah2 kan minyak ke atas roti ni .. bila dah mengelembOoong baru ler di terbalikan..