Thursday, December 16, 2010

Masakan Pertamaku Untuknya....

Assalamualaikum...
Pagi semalam sebelum sarapan mariam godek-godek kek ni dulu,balas dendam sebab tak dapat buat weekend hari tu.Masa tu suami dan anak-anak tengah beradu lagi.Kek ni masakan pertama mariam untuk encik suami,masa tuh mariam form 4.
(gataiiiii).Pernah story pasal kek ni dekat fotopages dulu,malas nak story lagi nanti ada yang (loyaaa) pulak kan...('',)

Buat 2 adunan,sebab nak bawak balik kampung....('',)
~RESEPI~(Sepupu)

~7 sudu besar Serbuk koko (Van Houten)
~125 g Magerin (Buttercup)
~3 sudu besar Gula (kalau tak nak letak gula lebihkan sikit susu pekat)
~1 susu kecil Asen Vanilla
~3 biji Telur
~Susu pekat (setengah tin)
~Biskut Marie (mariam guna perisa biasa)

~Cara-cara~
~Pukul magerin dengan gula (biar sebati je,tak perlu sampai kembang), kemudian masukkan telur dan asen vanilla.
~Kemudian masukkan susu, selepas itu masukkan koko.
~Selepas itu masakkan di atas api yang kecil, kacau selalu sehingga betul2 likat
~Kemudian masukkan biskut...biskut tu bergantung pada coklat yg ada...masa masukan biskut tu sambil-sambil kacau supaya semua coklat menyaluti biskut...
~Lepas tu masukkan dlm loyang yg dh disapu magerin skit....tekan dengan tangan...sebelum tekan tu lapik plastik dulu....Kemudian bolehla dihias...
~Masukkan dalam peti dulu..bile dah sejuk baru boleh dipotong..

Apam ni makan untuk sarapan pagi hari ni,kali pertama makan masa datang penang 3 tahun lepas.Masa tu beli dekat pasar malam.Rasa sedap sangat jadi mariam cari resepi kat internet,alih-alih jumpa resepi ni.Bila tengok dekat blog kawan-kawan,rupanya apam ni boleh makan cicah dengan sambal ikan bilis atau kari.Tapi tak pernah cuba lagi sebab mariam buat jenis manis,tak payah cicah-cicah dah.

~Resepi~ (Internet)


~300 gm tepung beras
~240ml-270ml santan kelapa dari 1/2 biji kelapa (mariam tambah jadikan 300ml)
~3/4 sudu kecil yis
~3/4 sudu kecil garam
~60 gm gula castor (mariam tambah sikit lagi)
~1/2 cawan nasi
~1 biji telur(mariam tambah)

~Cara-cara~
-Kisar semua bahan-bahan dan kacau rata
-Tutup adunan dan rehatkan selama 45-60 minit
-Tuangkan sesenduk ke dalam kuali yang telah disapu minyak dan lenggangkan adunan.
-Guna api yang kecil,masak selama 2-3 minit

3 comments:

  1. laa ter-sama pulak.agh pun buat kek batik jugak.nak bawa pi jamuan sabtu ni,tp ptg ni dah buat siap2 sbb esok bz amat.pakai resepi kaklong jugak,hihi...

    ReplyDelete
  2. oooo,sehati sejiwa la pulak..hehehe
    agh try resepi ni ye...tp klong pun dh ubah skit kurangkan gula dan lebihkan susu,biar dia lagi lemak2 gituh..:)

    ReplyDelete
  3. Saya tak guna telur pun n esen vanila .tapi menjadi , ramai orang suka , tapi akk punya kemas jee ,

    ReplyDelete